NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

Anda PEMINAT TEGAR novel popular dan buku-buku berunsur Islamik dan juga kanak-kanak?
Ingin HADIAHKAN bahan bacaan menarik buat yang tersayang? Dan paling penting... dapatkan DISKAUN ISTIMEWA SEBANYAK 12% SETIAP HARI...
Caj pos adalah MINIMUM...

Curi-curi Cinta ~ Siti Rosmizah

“Kalau dah susah sangat, hantar aje rumah orang tua! Lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. Orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biar tuhan panjangkan umur abang Is. Kalau boleh biar mak yang mati dulu dari abang Is. Jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan beban kat orang lain!”.

Ya Allah! Terkedu Iskandar mendengarnya. Kenapa perangai adiknya sampai sebegitu rupa? Biadap! Kurang ajar! Berlagak! Sombong! Itulah Intan Raihana. Buang emak, buang saudara kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. Perancangan diatur. Daniel Hakim harus menjadi miliknya!

“Hei! Kalaulah niat awak nak tackle saya, sebab berangan nak jadi bini orang kaya. Mulai hari ni! Detik ni! Awak campak terus niat awak tu! Sebab saya akan pastikan, sampai saya mati pun awak tak akan jadi isteri saya!” Itu kata Daniel pada Intan. Namun perancangan tuhan tiada siapa boleh menghalangnya.

“Saya akan bertanggungjawab Is. Saya akan bernikah dengan Intan. Itu janji saya.” Tegas jawapan Daniel. Namun jelas kelukaan pada setiap patah katanya. Dendam Daniel berlingkar di hati. Janjinya! Intan Raihana akan memamah segala perbuatannya nanti!

“Kau ingat aku nak percaya lagi cerita bohong kau tu! Aku tau kau dah terdesak nak ikat aku! Kau goda aku! Kau buat aku jatuh cinta dengan kau dan akhirnya aku tersungkur di kaki kau! Aku akui memang aku dah cintakan kau! Tapi dengan apa yang kau dah buat dekat aku! Mulai saat ini, cinta aku dah mati buat kau! Aku tak akan terima anak tu! Sebab perempuan macam kau bukan saja tak layak jadi bini aku! Tapi kau juga tak layak nak jadi ibu pada anak aku! Aku tak nak anak aku lahir dari rahim perempuan macam kau! Hambur Daniel sepuas hatinya.

Ya Allah! Luluh hati Intan mendengarnya. Kejamnya lelaki ini? Tanpa dapat dikawal air mata menitis tanpa henti.

“Adik tahu memang manusia tu tak sempurna mak. Sebab adik pun pernah buat kesilapan yang cukup besar dalam hidup adik. Adik kecewakan mak, adik kecewakan abang Is. Tapi akhirnya adik berubah mak. Dia janji nak mulakan hidup baru dengan adik. Tapi mana janji dia mak? Dia campak adik macam kucing kurap! Adik benci dia mak! Adik benci dia! Dia tak layak jadi suami adik! Lelaki ini dah mati dalam hidup adik!

Kini Daniel Hakim memamah perbuatannya pula. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata inilah padahnya! Curi-curi cinta hanya itu yang mampu dilakukannya. Hati Intan telah mati buatnya! Berdoalah moga cinta Intan Raihana akan menjadi miliknya jua..

*****

(SEM) RM37.90 - RM33.40
(S/S) RM40.90 - RM36.00

12 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. bestnya buku ni. sheila big fans Siti Rosmizah. tak sabar nak grab novel ni. heee :)

Azie Namico said...

yess...to be read soon...

Muhammad Ryan Iskandar said...

Saya nak beli

Diana Ismail said...

memang best cite nie.. Bengkak mata sbb byk nangis... Antara nukilan terbaik siti rosmizah.. tahniah

Beli Diskaun said...

Diana Ismail: ia ke? Mmg hebat ya penangan SR. Saya suka buku dia yg 1st dulu :)

Hlovete Junior said...

Penangan novel kak siti rosmizah membuatkan saya selalu tersenyum sorng2 , ketwa sorang2 , menangis apabila membacanyaa ... hehehe...

rie kha said...

HARGA NI TERMASUK POS KER? AND MCM MANA NAK ORDER?

Beli Diskaun said...

Rie kha: harga ini hanya harga buku slps diskaun 12%. Caj pos, saudari boleh klik logo pos laju/skynet. :)

Rose.Blogspot said...

harga nak ikut font hitam or font merah?

Beli Diskaun said...

Rose: ikut yg merah. Caj pos pula, belian 1-2 buku RM7 atau blh klik logo pos laju/skynet di sisi blog. TQ

Noor Hafeezah said...

Mcm mana klu saya nk dpatkan buku ni..harga trmasuk kos pnghntaran ke

Beli Diskaun said...

Noor Hafeezah: boleh emel order di belidiskaun@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...