Tafsir Surah An-Nahl dan Juzuk 14 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepebagaian mazhab.
Antara kandungan:
Surah al-Hijr (BATU BESAR)
Insan dan Iblis
Tetamu Ibrahim a.s.
Umat Nabi Luth a.s.
Penduduk Aikah dan Al-Hijr
Surah an-Nahl (lebah)
Kehendak Allah
Allah Penunjuk Jalan
Lautan
Perbandingan
Jawapan Musyrikin
Hijrah
Kembali Tentang Keindahan Alam