Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday 19 February 2020

Penghargaan yang boleh diberikan pada kanak-kanak bila selesai membaca @ Reading incentive that can attract children to read


KANAK-KANAK DAN BUKU, HUBUNGANNYA TAK BERAPA NGAM. TAPI KALAU GAJET, TAK DINAFIKAN LAGI.

JADINYA, SETELAH DIKAJI BEBERAPA ARTIKEL & PENGALAMAN SENDIRI JUGA PEMERHATIAN, KAMI SENARAIKAN 14 INSENTIF ATAU REWARDS YANG ANDA BOLEH TACKLE ANAK ATAU PELAJAR ANDA UNTUK MEMBACA.

1. Hand out special bookmark @ Hadiahkan penanda buku yang cantik & unik - Anda boleh dapatkan penanda buku yang cantik, unik, istimewa di kedai buku atau kedai atas talian.


2. Free book that they like to read @ Hadiahkan genre buku yang mereka suka - Tarik minat mereka dengan hadiahkan genre buku yang mereka suka. Ini lebih mudah.

3. Create a classroom lending book library @ Adakan perpustakaan kecil di kelas agar pelajar boleh bertukar buku - Ini sangat bagus untuk dijadikan tabiat yang baik. Bertukar-tukar buku yang bagus sambil belajar berkongsi.


4. Bring them to watch a movie based on on a book @ Bawa mereka tonton wayang buku yang telah difilemkan - Ada banyak buku yang telah difilem mahupun didramakan. Ajak mereka baca & tonton bersama.


5. Give free coupon / discount coupon @ Berikan kanak-kanak voucher percuma untuk membeli barang kesukaan mereka - Yang ni, rasanya semua orang suka. Jadikan ia salah satu tarikan dengan memberikan voucher / kupon berkaitan dengan buku atau peralatan sekolah.

6. Buy students/kids a lunch or tea @ Belanja pelajar atau anak anda makan di tempat tertentu - Reward yang sangat bagus & mengenyangkan. Belanja mereka makan benda yang sihat.

7. Have a popcorn party while reading @ Adakan parti popcorn sambil membaca di dalam kelas - Ia lebih santai dari terus mendesak mereka untuk membaca. Sambil makan, mereka akan lebih selesa untuk berinteraksi.


8. Print T-Shirt with their favourite books / character @ Cetak T-shirt yang ada gambar karektor / buku kesukaan mereka - Anda boleh custom-made baju seperti ini. Atau jika dah ada terjual, belikan sahaja.

9. Make time for game time every month they achieve reading goal @ Adakan masa untuk beriadah di tempat tertentu pilihan mereka - Jika membaca sahaja, takut mereka akan cepat bosan. Jadinya, jadikan aktiviti beriadah atau main permainan tertentu setiap bulan. At least, badan pun sihat, otak juga cergas.

10. Make custome book bag based on their favourite genre @ Buatkan beg istimewa berdasarkan genre buku yang mereka suka - Mungkin anda boleh mencipta satu beg yang cantik atau istimewa sempena kejayaan mereka menghabiskan buku yang dibaca.


11. Make favorite smoothie / cookies @ Buatkan mereka air, biskut atau makanan kesukaan -  reward yang paling mudah dan semua orang suka. Anda boleh buat 1 bekas & ia boleh bertahan hingga 3-4 hari.

12. Give special journal or note book @ Hadiahkan jurnal atau buku nota yang menarik - Jurnal atau buku nota ini menjadi salah satu cara mereka meluahkan perasaan atau review lepas membaca buku. Ia menjadi satu ringkasan pendapat mereka tentang buku tersebut atau apa sahaja yang berlaku di sekeliling mereka.


13. Create a cute pillow as a book buddy @ Buatkan satu bantal 'kiut' sebagai geng membaca kanak-kanak - Kiranya bantal ini menjadi peneman ketika anak anda membaca buku.


14. Bring them to a place that they can relate to what they read @ Bawa mereka ke tempat yang berkaitan dengan apa yang telah dibaca - Jika mereka membaca tentang kisah haiwan, boleh bawakan mereka ke zoo atau jika mereka suka membaca tentang sains, boleh bawakan mereka ke Pusat Sains Negara atau apa sahaja yang berkaitan dengan aktiviti sains.

Happy Reading & Books For All