Iskandar… Dia tiba-tiba saja muncul dalam hidup Anum Danisha. Kehadirannya bagaikan bintang. Bercahaya dan berkilauan, tetapi kelipannya akan hilang apabila mentari menjelma. Mula-mula muncul, kemudian hilang. Datang, selepas itu ghaib. Hingga Anum seperti hilang arah. Di mana Iskandar? Ke manakah Iskandar pergi? Tetapi, yang paling utama, siapakah sebenarnya Iskandar?
Biar sejuta kali orang lain menafikan, namun Anum tahu tentang kewujudan lelaki itu. Dia tahu realiti tentang Iskandar. Biarpun Iskandar itu misteri, biarpun Iskandar itu suka main sorok-sorok; datang dan pergi sesuka hati, tetapi dia tahu bahawa Iskandar itulah orang yang telah merubah hidupnya menjadi manusia yang lebih baik berbanding dulu. Dia tidak gila. Dia sudah jatuh cinta dengan Iskandar!
Tapi… Iskandar ini manusia ke hantu? Orang ke Bunian? Human or Vampire?
“Dari mana awak boleh terfikir dakwaan mengarut ni? Saya hantu? Ada rupa macam hantu ke saya ni?” – Iskandar
“Manalah tahu… hantu sekarang dah tak macam dulu-dulu. Hantu moden ni banyak yang handsome. Apatah lagi kalau hantu vampire, memang semuanya tak ada yang hodoh. Boleh cair tengok muka dia.” – Anum
“Maksudnya, awak dah cairlah tengok muka saya?” – Iskandar

Ah, merepeklah! Hantu vampire itu hanya fantasi. Kisah antara dia dengan Iskandar pula satu kisah nyata dan realiti. Iskandar hanya satu; lelaki yang tercipta hanya untuk Anum Danisha. Iskandar yang pelik dan misteri, tetapi cukup romantis sehinggakan bintang di langit pun dinamakan dan dihadiahkan buat Anum.
“Apa yang istimewa sangat bintang tu? Dahlah kecik, susah nak tengok pulak tu.” – Anum
“That star is belong’s to you. Kalau tadi ada bintang nama Aquarius, Gemini, tapi bintang yang awak tengah tengok tu namanya Anum Danisha.” – Iskandar