ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, 12 June 2020

Pilihan Encik Singa ~ Cik Amal Amina

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Ahmad Idrus Bin Ahmad Qalif a.k.a bapa singa, lelaki paling garang pernah wujud dalam hidup Nuha. Lelaki yang hanya tahu menyakitkan hati dan paling Nuha ingin elak di atas muka bumi ini. Namun, lain pula yang tertulis di lipatan takdir. Orang yang paling Nuha tak suka itulah yang bakal menjadi suaminya. Padahal yang Nuha puja ialah si adik, bukannya si abang. 

“Kalau tak dapat yang bujang, duda pun ada.” – Idrus. 
“Awak duda? Barang second hand? Barang reject? Barang bundle?” – Nuha. 

Antara terpaksa dan rela, Nuha terima Idrus sebagai suami. Dan menjadi isteri pada Ahmad Idrus bukan mudah. Lagi-lagi bila bapak singa bertukar menjadi anak kucing. Makin pening Nuha nak melayan. 

“Tolong buka butang baju. Saya tak pandai.” – Idrus. 
“Nuha, you are the missing part of my soul puzzle.” – Idrus. 

Rupanya, Idrus versi anak kucing ini sangat manja dan sentiasa mendamaikan hati Nuha. Tidak lagi menyakitkan seperti sebelumnya. Idrus mengajar Nuha erti cinta yang sebenarnya. Asyik menyulam bahagia, tiba-tiba gelora melanda. Kata-kata Idrus buat hati Nuha parah terluka. 

“Nikah dengan awak ialah kesalahan terbesar pernah abang buat dalam hidup.” – Idrus. 
“Jadi, tamatkan semua ni!” – Nuha. 
“Awak wanita paling abang sayang. Paling cinta.” – Idrus. 

Jika Nuha itu wanita yang paling dicintai, kenapa Idrus sanggup melukakan hati seorang isteri? Adakah cinta seorang bapa singa itu hanya di mulut dan bukannya di hati? Atau... Nuha itu hanyalah pilihan sementara Encik Singa?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...