Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday 10 December 2020

Terlajak Jatuh Cinta ~ Kay Omena

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

“Syaratnya, saya tak nak anak. Cukup kita berdua saja.” – Izrad.

Syarat yang diletakkan Izrad untuk sebuah perkahwinan membuatkan Nalia tolak tanpa berfikir walau sesaat. Tapi, hanya kerana seorang ayah, perkahwinan yang ditolak itu terjadi jua.

“Sebagai wanita, selain menjadi isteri, saya impikan untuk menjadi seorang ibu.”- Nalia.

Pada Izrad, memilih Nalia sebagai isteri bukan sekadar demi kepentingan dirinya sendiri. Ada sesuatu yang dicari dan dia yakin Nalia mampu untuk membawa dia menemukan apa yang hilang dari hidupnya selama ini.

“Saya akan pastikan cuma bahagia yang awak rasa sepanjang awak hidup dengan saya.” – Izrad.

Seperti mana syarat diterima, sebegitulah juga janji ditunaikan. Izrad yang mulanya beku, secara perlahan bertukar rupa menjadi suami yang penyayang dan bertanggungjawab.

“Terima kasih sebab belikan saya dress ni.” – Nalia.
“Abang pernah cakap sebelum ni. Abang lagi prefer amali daripada teori. Untuk ayat 'terima kasih' pun, abang mahukan tindakan sebagai bukti.” – Izrad.

Nikmat bahagia yang dikecapi buatkan Nalia jadi lupa pada syarat yang terikat. Nalia lupa yang Izrad tidak mahu ‘orang ketiga’ dalam perkahwinan mereka. Dan bila yang tidak dimahukan Izrad itu melekat juga di rahimnya, Nalia jadi bimbang.

“Untuk cakap pada Izrad yang aku mengandung, sama macam aku pertaruhkan nyawa dan nasib anak aku sendiri, Mila.” – Nalia.

Kebahagiaan yang mereka harapkan untuk kekal sampai bila-bila makin kuat teruji dengan kemunculan semula seseorang dalam hidup Izrad.

“Izrad tak akan benci you sorang. Dia akan benci anak you tu sekali.” - Diana.

Siapa sebenarnya Diana yang tahu segalanya tentang Izrad? Diana yang tahu tentang ‘kebencian’ dan ‘kesukaan’ Izrad.

Antara anak dan suami, siapakah yang akan menjadi pilihan Nalia?Dan antara syarat dan janji, apakah yang akan menjadi keutamaan Izrad?