Nabi dikurniakan ahli keluarga dan sanak saudara yang ramai. Merekalah yang mengasyikkan lagi kehidupan dan perjuangan Baginda.
Buku ini akan menghidangkan babak-babak interaksi Nabi dengan ahli keluarga dan kerabat Baginda. Paling kurang kita akan berkenalan dengan 60 orang daripada mereka menerusi 13 kelompok berikut:
- Ibu-ibu Nabi; 3 orang.
- Bapa saudara Nabi: 2 orang.
- Sepupu Nabi: 15 orang.
- Anak Nabi: 4 orang.
- Anak Angkat Nabi: 1 orang.
- Anak Tiri Nabi: 4 orang.
- Menantu Nabi: 3 orang.
- Mentua dan Besan Nabi: 4 orang.
- Ipar Duai Nabi: 5 orang.
- Cucu Nabi: 4 orang.
- Keluarga Susuan Nabi: 4 orang.
- Kaum Keluarga Besar Nabi: 6 orang.
- Hamba dan Khadam Nabi: 5 orang.