Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Sunday 28 February 2021

Membongkar Misteri Dewa & Dewi Yunani Purba ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM37.90 > RM36.00

Masyarakat Yunani purba pernah menyembah dan percaya kepada banyak dewa dan dewi. Dewa-dewi itu tinggal di Gunung Olimpia, di bawah kepimpinan suatu dewa tertinggi iaitu Zeus. Zeus adalah raja para dewa. Dia mampu mengendalikan cuaca. Penyair Yunanu kuno, Hesiod, memanggilnya sebagai 'awan-pengumpul' dan 'guntur atau guruh'. Senjatanya yang paling ampuh adakah petir. Masyarakat Yunani purba percaya bahawa ketika petir menyambar bumi, itu adalah tanda Zeus hadir. Zeus juga sangat mementingkan sifat keramahtamahan, jika ada yang memperlakukan tetamu dengan buruk maka Zeus akan marah. Kepercayaan masyarakat Yunani juga merupakan kumpulan beberapa mitologi. 

Keyakinan terhadap kuasa Dewa-dewi dikaitkan dengan aktiviti seharian masyarakat Yunanu purba. Contohnya, Aphrodit sebagai dewi cinta. Di sebuah gunung iaitu Olympus yang berdekatan dengan Athena didirikan sebuah kuil besar yang dipersembahkan untuk Dewa Agung Yunani Zeus dan didirikan juga patung Zeus. Di samping kuil tersebut didirikan pula sebuah lapangan besar agar masyarakat Yunani merasa lebih dekat dengan Zeus iaitu melalui permainan dan pertandingan. Para dewa yang disembah mempunyai hari ray setiap empat tahun sekali, yang dianggap oleh masyarakat Yunani sebagai upacara suci dan perayaan terbesar bagi mereka. 

Bangsa Yunani memuliakan hari dan bulan, dan menjadikan musim untuk memecah terjadinya perang. Mereka menyalakan obor api besar sebagai lambang kekekalan para dewa. Para pemuka agama berbaris memakai baju berwarna putih dan menyambut para peserta pertandingan, dalam upacara ini pemenang pertandingan diperlakukan atau diagungkan sebagai seorang dewa. Melalui patung juga masyarakat Yunanu memperkenalkan aliran realisme dalam seni dan membuat dewa dewi mereka kelihatan begitu manusiawi. Beberapa abad kemudian aliran realisme ini menyebar hungga ke India dan Jepun , di mana patung Buddha juga diperbuat dalam gaya realistik. Mitologi Yunani juga merupakan sebahagian daripada agama di Yunani Purba. Para sejarawan moden mempelajari mitologi Yunani untuk mengetahui keadaan politik, agama, dan peradaban di Yunani Purba, serta untuk mendapatkan pemahaman mengenai mitos itu sendiri. Kebanyakan dewa Yunani digambarkan seperti manusia , dilahirkan namun tidak kana tua , kebal terhadap apapun, tidak boleh dilihat, dan tiap dewa mempunyai karakteristiknya yang tersendiri. Kerana itu, para dewa juga memiliki nama-nam gelaran untuk tiap karakternya, yang mungkin lebih dari satu. Dewa-dewi ini kadang-kadangmembantu manusia, bahkan menjalin hubungan cinta dengan manusia yang menghasilkan anak, yang merupakan separuh manusia separuh dewa. Anak-anak itulah yang kemudiannya dikenali sebagai pahlawan.