Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday, 22 September 2021

Ada Yang Tertinggal ~ Mimie Afinie

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

Tertipu oleh Harris Shah yang mengaku bujang walhal sudah berkeluarga, Sofea Hana mengambil keputusan untuk lari dari lelaki itu. Dia tak mahu jadi perosak rumah tangga orang. Tinggal di kampung tok ma dan tok ayah dengan harapan dia akan mendapat ketenangan.

“Awak yang tinggalkan dia, dah kenapa awak berkelakuan macam orang tak siuman terjerit-jerit kat tempat awam macam ni?” - Jeffry.
“Eh, saya kenal awak pun tak, tiba-tiba nak menyibuk tentang saya ni, apa hal?” – Sofea.

Mulut tak bertapis + suka menyibuk Jeffry Asyraf, anak teruna jiran tok ma membuatkan tenang yang Sofea cari ternyata gagal. Yang dia dapat selalunya sakit hati.Tapi di sebalik mulut Jeffry yang begitu, rupa-rupanya lelaki itulah tukang azan di masjid yang bersuara merdu, yang selalu buat Sofea terpikat dengan kemerduannya.

“Tentang Harris tu, boleh saya tanya sikit?”- Jeffry.
“Suka jaga tepi kain orang ya, awak ni?” – Sofea.
“Saya jaga tepi kain awak je.” – Jeffry.
“Katalah awak jumpa Harris lagi, apa awak nak buat?” – Jeffry.
“Saya nak lempang dia laju-laju. Biar otak dia bergegar, biar dia jadi sewel.” – Sofea.

Bila Sofea mula jatuh suka pada si tukang azan bersuara merdu itu, ada gadis lain turut menyimpan rasa yang sama.Taasub dengan cintanya, Hawa sanggup menghantar cincin untuk meminang Jeffry. Lebih menyulitkan keadaan, Harris pula muncul menuntut janji yang belum tertunai.

Sanggupkah Sofea terima Harris semula sedangkan hatinya sudah berpindah pada Jeffry?

Dan Jeffry pula, sudikah dia menerima pinangan Hawa? Dalam masa sama, relakah dia melihat Sofea menjadi milik Harris?