Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 21 February 2022

Peluru Patriot ~ Khairul Nizam Anarkis

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

Omar Tarim, seorang perisik Mesir telah menyusup masuk ke dalam gerakan militan di Afghanistan. Namun sebaik dia kembali ke Mesir utnuk menyalurkan maklumat yang dikumpul, Omar telah dibunuh.
Tentera Amerika Syarikat melancarkan satu operasi untuk menangkap Ayman Al Zawahiri. Namun kerahsian operasi itu bocor sehingga menyebabkan kematian ramai anggota tentera Amerika Syarikat. Badan risikan Amerika Syarikat percaya, individu yang membocorkan maklumat berkaitan operasi itu adalah seorang rakyat Malaysia bernama Arman Ghanni.

Arman seorang jutawan firma industri pertahanan dan juga pemilik syarikat Tenggara Corporation dipercayai menjual senjata yang dihasilkan syarikatnya kepada pihak militan di Afghanistan selain menyalurkan maklumat sulit berkaitan tentera Amerikas Syarikat dan sekutunya. Badan risikan Mesir, Al Mukhabarat pula percaya yang Arman bertanggungjawab di atas kematian perisik mereka, Omar Tarim.

Badan risikan CIA dan Al Mukhabarat telah bekerjasama menculik Arman sewaktu beliau berada di Mesir. Ketua bahagian keselamatan Tenggara Corporation, Awai Anak Gamung yang juga sahabat rapat Arman bertindak cuba menjejakinya dan menyelamatkannya sebelum dia dibunuh.