Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 8 July 2022

Jin, Sihir & Ilmu Ghaib Dalam Masyarakat Melayu ~ Hj. Abu Bakar bin Abdul Jamak

(SEM & SS) RM44.00 > RM42.00

Buku ini melangkaui kejadian-kejadian alam ghaib yang penuh misteri dan di luar membatasi akal fikiran manusia. Alam ghaib yang Ghaib dimaksudkan di sini banyak melibatkan persekitaran antara alam jin, manusia dan malaikat.

Tujuan buku ini adalah untuk menimbulkan kesedaran kepada setiap orang tentang apa yang berlaku dipersekitaran kita yang melibatkan alam jin, kepercayaan masyarakat melayu, ilmu ghaib hitam dan amalan-amalan yang bercanggah dengan kehendak agama dan bangsa.

Anda akan dapati :
1. Mengenali jenis-jenis sihir dan ilmu ghaib hitam.
2. Penyakit-penyakit misteri dan kronik dalam dunia ilmu ghaib.
3. Merungkai gangguan Jin-jin Hinggap dan jin-jin penunggu dalam ilmu Ghaib Hitam.
4. Mengenali jin-jin sihir dalam menjatuhkan perniagaan kecil dan besar.
5. Bagaimana ilmu ghaib hitam dan sihir merosakkan kesejahteraan masyarakat melayu.

LATAR BELAKANG PENULIS
HJ. Abu Bakar Sedek merupakan Pensyarah Kanan Universiti Teknologi PETRONAS dan sebelumnya Universiti Tenaga Nasional, semenjak 2001, telah dianugerahkan Ijazah Amalan Perubatan Alternatif Islam dan ljazah Sarjana Pemasaran dari The University of Newcastle, Australia. Beliau juga adalah pakar perunding perubatan alternatif sejak 10 tahun dan berkebolehan mendiagnosis penyakit-penyakit ghaib serta telah memberi rawatan alternatif lebih dari seribu orang dengan pelbagai jenis penyakit-penyakit ghaib berpunca dari ilmu hitam dan sihir terhadap individu, perniagaan, keluarga, organisasi bisnes, peniaga kecil dan besar.