Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label A. Darwisy. Show all posts
Showing posts with label A. Darwisy. Show all posts

Monday, 18 February 2019

Projek Seram: Muzium ~ A. Darwisy, Suzani Nadzir, Faizul Rahim

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Hari pertama Azham bekerja di Muzium Tekstil Negara, dia sudah diganggu dengan perkara-perkara aneh. Bukan dia seorang saja, tetapi hampir semua pekerja di dalam muzium itu turut merasai pengalaman yang menakutkan. Kemuncaknya, adalah pada program Denai Malam yang dianjurkan oleh Jabatan Muzium Malaysia. Apa yang terjadi pada malam itu? Benarkah muzium itu berhantu atau ada cerita di sebaliknya yang mereka tidak tahu?

“Setiap yang lama itu, ada penjaganya...” / KAIN IBU SYAITAN


Satu tugasan yang diterima membawa sekumpulan ahli arkeologi ke Gua Cha. Perjalanan mereka tidak semudah yang dirancang. Kemalangan yang berlaku membuatkan mereka mengambil jalan pintas ke sebuah kampung. Tambah memburukkan keadaan, kenderaan yang dinaiki oleh mereka rosak di tengah jalan. Dengan pertolongan yang ditawarkan oleh Rahman, mereka menumpang teduh di rumah lelaki itu sementara menunggu kereta siap dibaiki. Di situ, mereka terjumpa sebuah bangunan terbengkalai yang dipercayai merupakan sebuah muzium lama. Usul telah diajukan oleh Fahrin kepada pihak Muzium Kesenian Pantai Timur untuk cadangan membaik pulih bangunan itu.

“Aku memburu jiwa yang hitam, menghapuskan hati yang kotor!” / CANANG ANISAH

Tuesday, 23 October 2018

Ngauman Cindaku ~ A. Darwisy

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Di dalam catatan seorang Residen Jeneral British tahun 1884 yang telah dibukukan secara akademik, ada dinyatakan tentang sekumpulan manusia yang biologinya boleh berubah menjadi seekor binatang. Ini mendorong Scha, seorang wartawan majalah, merungkai cerita di sebaliknya. Penyertaan Balqis, seorang pelajar tahun akhir Komunikasi Massa dan Kewartawan ke dalam sidang redaksi itu mempertembungkan mereka kepada hujah sains dan kepercayaan hantu juga tahyul.

Pada masa yang sama, kepulangan Faizal sekeluarga ke kampung halaman diduga dengan petaka apabila anak bujangnya, Fareez hilang tidak dapat dikesan. Faizal meminta bantuan masyarakat orang asli untuk menjejak anaknya tetapi dia tidak sedar, penduduk di sana juga sedang berdepan dengan serangan makhluk buas yang keluar dari hutan, mencari makanan setiap kali malam bulan mengambang.

Apa mungkin segala kejadian seram, mistik dan misteri yang berlaku di kampung itu berpunca daripada peristiwa lampau pada tahun 1948? Tragedi berdarah melibatkan tujuh buah keluarga dibaham hidup-hidup dan dipercayai angkara bangsa cindaku.

Thursday, 30 November 2017

Projek Seram Terowong ~ A. Darwisy, Zaifuzaman Ahmad, Syasya Bellyna

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

LRT – A. DARWISY
~luar nampak manusia, tidak semestinya dia manusia~
Azlan, dalam perjalanan balik menggunakan LRT terkandas di terowong bawah tanah bersama sekumpulan penumpang yang lain. Mereka berusaha untuk keluar dan menyelamatkan diri di stesen paling berhampiran. Tetapi mereka tidak sedar di sepanjang terowong itu adalah tempat laluan lintasan makhluk halus yang turut berasimilasi dengan peredaran zaman. Berjayakah Azlan dan lain-lain mengharungi malam yang penuh kegilaan itu? Apakah mungkin pembinaan stesen sekitar tahun 90-an itu menyimpan sejarahnya tersendiri?

TUMBAL TEROWONGAN TERAWANGAN – SYASYA BELLYNA
~kau ghaib pendamping berganti~
Selari dengan waktu peristiwa kontrak selang 20 tahun sekali, ia telah membuka episod baru tentang Terawangan iaitu sebuah terowong yang tersembunyi di celah Gunung Kelibut. Terowong alam ghaib yang terbuka itu menghantui enam manusia yang telah ditanda pemilikan oleh qarin masing-masing. Campur tangan para pelajar sekolah agama dari Kalimantan yang dihantar oleh seseorang, membuka tabir rahsia perjanjian dua demensi. Mampukah perhubungan antara penguasa, si raja hitam dengan pewaris pesugihan dihentikan?

Friday, 2 June 2017

Amukan Jembalang Tanah ~ A. Darwisy

(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Menelusuri sejarah lisan yang terakam pada tahun 1942, sewaktu askar Jepun datang ke Tanah Melayu, sekolah itu satu-satunya kebal dari ditawan. Menurut orang kampung, sekolah itu ada penjaganya. Razali, guru muda di kampung itu tidak terkecuali mengalami kejadian seram di sekolah. Makhluk mistik yang terlebih dahulu mendiami tanah asal sebelum wujudnya perkampungan. Tidak cukup dengan itu, kampung mereka juga diganggu makhluk jadi-jadian yang berterbangan mencari mangsa.

Di zaman kini, kehilangan pelajar bernama Sakinah beberapa hari sebelum berlangsungnya majlis ulang tahun sekolah, mencetuskan keadaan gawat. Kawan-kawannya, Mira, Natrah dan Kaisara cuba menyiasat. Cikgu Badrul dan Cikgu Mastura turut sama membantu. Satu rahsia yang terpelihara selama ini bakal menakutkan mereka semua. Rahsia jin. Rahsia manusia. Rahsia sebuah sekolah yang berusia 100 tahun kewujudannya. Dapatkah Razali bertahan hidup di kampung itu? Berjayakah tiga sekawan itu membongkar apa yang terjadi di sekolah mereka? Dan mampukah cikgu-cikgu di sekolah itu melindungi para pelajarnya?

“Orang Jepun tak takut dengan hantu Melayu!” – Leftenan Takashi
“Selagi polis belum selesai menyiasat, kita semua kunci mulut.” – Cikgu Mastura

Wednesday, 13 July 2016

Jangan Biar Dia Masuk II ~ A. Darwisy

Rakaman orang minyak terbakar di Istana Budaya telah mencetuskan viral di media sosial. Sekaligus mengheret Ain dan Liana ke kancah sumpahan. Pertemuan dua gadis itu dengan Maya telah membuka satu episod baru yang lebih menakutkan. Sementara itu, Suraya dan Defi terus menjadi pelindung Maya sehingga nyawa mereka jadi pertaruhan. Siri kejadian rogol dan bunuh yang kembali menggemparkan negara, menguatkan hujah akan kemunculan semula Haris. Keprofesionalan Inspektor Intan sekali lagi teruji.

Penghijrahan Ambarsari dan Ambarwati mengikut suami masing-masing ke Tanah Melayu membawa sekali petaka Kepulauan Jawa. Di sini, mereka bertemu semula dengan musuh lama, Lanang. Selain serangan orang minyak, dunia kejahatan bunian menjadikan kampung yang didiami dua beradik Ambar itu porak-peranda. Keadaan semakin kacau-bilau dan mereka tidak mampu lagi melindungi diri sendiri.

Dua keturunan celaru. Dua keturunan semakin terdesak. Dua keturunan berdepan dengan kematian. Sandiwara syaitan terlalu ramai pelakonnya. Siapa lagi yang mereka boleh harapkan? Mampukah semangat gamelan Ambarsari melawan? Mampukah Maya kali ini berdikari dan berjuang untuk nasibnya sendiri?
*****
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90