Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Abdul Razak Muthalib. Show all posts
Showing posts with label Abdul Razak Muthalib. Show all posts

Thursday, 10 November 2022

Mana Dalil? ~ Abdul Razak Muthalib

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Dengan agama,
sebotol air RM1 dapat dijual dengan RM10.
Dengan agama,
politikus korup dapat menjadi suci.
Dengan agama,
kata-kata palsu dapat menjadi seutuh ‘hadis.’

Ada apa pada agama? Sehingga kebenaran yang suci itu mampu ditutup oleh debu-debu kepentingan. Agama itu menjadi begitu berharga bagi golongan-golongan ‘ternama.’ Agama dieksploitasi selumatnya bagi mendapat keuntungan dan kemasyhuran. Biarpun helah-helah yang dimainkan oleh mereka begitu halus, namun alat utama yang menjadi ‘penapis’ bagi segala helah ini adalah wahyu dan akal. Wahyu dapat difahami dengan metodologi dan cara fikir yang benar sementara akal adalah enjin bagi kedua-duanya.

Pemahaman yang sejahtera menjadikan masyarakat lebih yakin mengorak langkah apabila berhadapan dengan kekeliruan. Masyarakat tahu perkara apa yang perlu dipersoalkan. Tidaklah hanya tunduk dan turut sahaja.

Buku ini menghidangkan kerangka asas dalam memahami agama, kaedah asas pemahaman
terhadap hadis dan adab-adab dalam mendepani satu isu. Sama ada bersikap lunak ataupun tegas. Pemahaman yang benar dapat membezakan yang mana satu bahan utama dan mana satu rencah-rencahnya. Penulis juga menyertakan kritikan-kritikan terhadap peristiwa yang berlaku pada dirinya dan masyarakat.

Monday, 18 April 2016

40 Hadis Palsu dan Lemah Popular ~ Abdul Razak Muthalib

Amalan hadis palsu yang disandarkan sumbernya kepada Rasulullah boleh merosakkan pegangan umat Islam. Jika tidak dibendung, dikhuatiri menimbulkan amalan yang dianggap sahih tetapi sebenarnya adalah terpesong daripada ajaran Islam. Usaha serius perlu digarap bagi mendedahkan hadis palsu yang wujud dikalangan masyarakat kini. Begitu juga dengan hadis lemah yang tidak boleh dijadikan hujah.

Buku 40 Hadis Palsu dan Lemah Popular - Edisi 2016 ini membincangkan perkara asas berkaitan hadis palsu dan lemah yang berlegar di dalam masyarakat. Himpunan hadis palsu dan lemah ini dikumpul daripada sumber yang dipercayai bagi menjamin pendedahannya berdasarkan bukti yang kukuh.

ANTARA ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN 1 : PENGENALAN
Bab 1 : Mengenali Hadis
Bab 2 : Hadis Sahih
Bab 3 : Hadis Hasan
Bab 4 : Hadis Dhaif
Bab 5 : Hadis Maudu’

BAHAGIAN 2 : 40 HADIS PALSU POPULAR
Hadis 1 : Menuntut Ilmu Sehingga ke China
Hadis 2 : Menuntut Ilmu Daripada Buaian
Hadis 3 : Nabi Kota Ilmu dan Ali Pintunya
Hadis 4 : Doa Ketika Membasuh Anggota Wuduk
Hadis 5 : Solat Yang Tidak Mencegah Kemungkaran
*****
(SEM & S/S) RM14.00 > RM12.30