Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Ainon Mohd. Show all posts
Showing posts with label Ainon Mohd. Show all posts

Thursday, 27 July 2023

Teach Like Muhammad ~ Ainon Mohd, Khairulaniza Khairuddin

(SEM & SS) RM45.00 > RM 43.00

Teori-teori psikologi dan aplikasi teknik nabi dalam pendidikan di dalam bilik darjah.

Tugas hakiki pertama guru-guru adalah mendorong pelajar supaya mereka sendiri mahu menjadi individu yang bagus sikap dan akhlaknya. Selepas pelajar terdorong suka belajar, barulah guru dapat memulakan tugas mengajar pelajar sehingga mereka mampu lulus peperiksaan dengan cemerlang.

Guru hanya dapat mengajar apabila pelajar sendiri mahu belajar. Justeru, sebelum mengajar, guru perlu menjadi pendorong dahulu. Guru perlu buat supaya pelajar suka belajar. Selepas pelajar suka hendak belajar barulah guru dapat mengajar dengan rasa seronok dan dengan cara yang mudah mudah. Guru seronok mengajar, dan pelajar pun suka belajar.

Antara teori psikologi dan teknik nabi dalam pendidikan yang dihuraikan dalam buku ini adalah:
1. Guru Menjadi Motivator Kepada Pelajar Supaya Mereka Suka dan Kemaruk Mahu belajar
2. Mendorong dengan Tidak Membebel
3. Memberikan Gelaran Baik dan Menaikkan Estim Diri

Thursday, 10 November 2022

Motivate Like Muhammad: Teknik Melaksanakan Nilai Positif Dalam Pengurusan dan Pentadbiran ~ Ainon Mohd, Ahmad Shukri Yusoff

(SEM & SS) RM40.00 > RM38.00

Nabi Muhammad adalah seorang ketua dan pemimpin yang mempunyai ramai anak buah dan pengikut. Dari masa ke masa anak-anak buahnya sentiasa bertambah.

Nabi Muhammad meninggalkan banyak teknik mendorong yang sangat mudah dipelajari dan dipraktikkan kepada kita. Dengan melaksanakan teknik-teknik positif itu, ketua-ketua, guru-guru dan ibu bapa dapat membantu orang-orang bawahan, para pelajar dan anak-anak agar mengubah sikap dan tingkah laku mereka sendiri secara sukarela tanpa dipaksa, diugut, ataupun dikenakan hukuman.

Antara teknik yang melaksanakan nilai positif dalam mengurus dan pentadbiran dalam buku ini adalah:
1) Ayat Ajakan Tidak Mempunyai Daya Pengaruh ke atas Mereka yang Belum Suka Melakukan Kebaikan yang Diajak

2) Nabi Tidak Menggunakan Teknik Sandwich Apabila Mendorong Orang Supaya Mengubah Sikap Mereka

3) Nabi Tunjukkan Bagaimana Cara yang Betul Mengurus Kesilapan Orang-Orang Bawahan

4) Ketua Menjadi Kaunselor kepada Anak Buahnya yang Mengalami Tekanan Masalah Peribadi

Thursday, 20 October 2022

Motivate Like Muhammad: Teknik Menerapkan Nilai Positif Dalam Diri ~ Ainon Mohd, Ahmad Shukri Yusoff

(SEM & SS) RM40.00 > RM38.00

Nabi Muhammad adalah seorang ketua dan pemimpin yang mempunyai ramai anak buah dan pengikut. Dari masa ke masa anak-anak buahnya sentiasa bertambah.

Nabi Muhammad meninggalkan banyak teknik menerapkan nilai positif yang sangat mudah dipelajari dan dipraktikkan kepada diri kita. Dengan menggunakan teknik-teknik positif ini, ketua-ketua, guru-guru dan ibu bapa dapat membantu orang-orang bawahan, para pelajar dan anak-anak agar mengubah sikap dan tingkah laku mereka sendiri secara sukarela tanpa dipaksa, diugut, ataupun dikenakan hukuman.

Antara teknik yang mendorong penerapan nilai positif dalam buku ini adalah:Teknik Menyampaikan Ucapan yang Mempunyai Kuasa Pengaruh, Kuasa Motivasi dan Kuasa Inspirasi
Cakap Ketua yang Berfikiran Positif Lebih Berpengaruh ke Atas Anak Buah dan Orang Bawahannya
Contoh-Contoh Ayat Pujian yang Mampu Mencetuskan Motivasi dan Inspirasi kepada Orang Bawahan
 

Thursday, 14 July 2022

Business Like Muhammad: Strategi Memulakan Bisnes Bagi Pemula ~ Ahmad Shukri Yusoff, Ainon Mohd

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

“Syarat Utama Bagi Memulakan Bisnes Baharu Tidak Semestinya Perlu Ada Wang Juta-Juta, Tetapi Perlu Ada Ilmu ‘Juta-Juta’”

Nabi membawakan kebaikan bukan hanya kepada umat Islam sahaja, bahkan penduduk seluruh dunia. Banyak ilmu perniagaan yang beliau tunjukkan dapat dipraktikkan oleh orang Islam mahupun bukan Islam.

Buku ini ditulis khusus untuk bacaan sesiapa sahaja yang berminat hendak menceburi dunia bisnes pada suatu hari nanti. Sesuai dengan tujuan itu, idea-idea dan pandangan dalam buku ini dapat dijadikan bahan berfikir sebelum membuat keputusan bisnes apa yang mahu dimulakan.

Dalam buku ini, kita akan belajar:
  • Idea bisnes baharu bagi pemula
  • Cara Nabi dalam mengendalikan bisnes beliau
  • Ilmu strategi dalam menguruskan risiko gaya nabi
  • Idea membesarkan pasaran dan memaksimumkan keuntungan
  • Dan banyak lagi.
Buku ini sesuai menjadi rujukan kepada pemula bisnes.

Tuesday, 14 December 2021

Seni berfikir dalam kotak


Grab the opportunity yang ada di sekeliling kita. Kita takkan tahu yang mana satu akan berikan hasil paling lumayan mahupun memberangsangkan.
Do your best. Try.

Friday, 19 November 2021

Orang Kreatif itu Kita


KITA PERLU KREATIF UNTUK CERIAKAN DIRI 💝💝

Fikirlah cara yang berfaedah untuk kebahagiaan diri & orang sekeliling. Mengeluh tidak menyelesaikan apa-apa 😊

Buku: Ainon Mohd. Zamri Mohamad. 2020. Seni berfikir kreatif untuk bisnes & hidup. PTS Publishing. Selangor.

Friday, 10 July 2020

Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup ~ Ainon Mohd, Zamri Mohamad

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.80

Berfikir kreatif tidak bergantung pada keupayaan diri semata-mata. Mencetuskan idea yang kreatif datang daripada keupayaan diri, kesediaan pasukan, dan penerimaan pelanggan terhadap idea yang bertukar menjadi benar. Berfikir secara kreatif tidak diberikan penekanan sebagai sesuatu yang mesti dipelajari bagi meningkatkan potensi.

Kita dapat melihat, mempelajari proses berfikir ditekankan oleh ibu bapa ke atas bayi melalui latihan rangsangan deria. Cabang berfikir yang tertentu kemudian diasah melalui silibus pendidikan. Tiba-tiba, proses berfikir tidak ditekankan sebagai cara survival hidup. Situasi yang berlaku, pandai-pandai sendirilah berfikir dan menyelesaikan masalah yang timbul.

Sesetengah orang percaya proses berfikir secara kreatif dianggap bakat dan mereka yang terpilih sahaja mampu melakukannya. Kesannya, ada yang berhenti mencari cara dan membiarkan diri mengikut keadaan semasa.

Monday, 15 April 2019

Seni Bercakap-cakap & Berbual-bual ~ Abdullah Hassan, Ainon Mohd

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Apabila kita ingin menjadi orang yang popular, disukai ramai dan disanjung, salah satu kemahiran yang mesti ada pada diri kita ialah kemahiran bercakap-cakap dan berbual-bual dengan orang lain. Ramai orang yang rezeki mereka bergantung kepada sejauh mana mereka memiliki kemahiran jenis ini.

Ahli-ahli politik, jurujual, penghibur, artis-artis filem dan televisyen, pakar-pakar motivasi dan banyak lagi, mereka itu semuanya hidup dengan kemahiran bercakap-cakap dan berbual-bual dengan sesiapa sahaja, di samping mereka juga memiliki kemahiran-kemahiran lain.

Tuesday, 16 May 2017

Psikologi Orang Berjaya ~ Ainon Mohd

(SEM & S/S) RM40.00 > RM35.20

Kejayaan dipengaruhi oleh banyak faktor, bukan setakat kelulusan akademik, modal, semangat, dan kecekalan. Buku ini adalah usaha sederhana bagi menerangkan faktor-faktor selain daripada yang empat itu, yang begitu mempengaruhi kejayaan. Ini bukanlah buku terbaik, tetapi mudah-mudahan dengan terbitnya buku ini pembaca mendapat maklumat yang membantu mereka mengorientasikan semula sistem keutamaan mereka dalam mengejar kejayaan.

Antara Kandungan:
Bab 01 Milik Siapa Kejayaan?
Bab 02 Psikologi Pejaya
Bab 03 Prestasi di Sekolah dan Kejayaan
Bab 04 Konsep Diri dan Kejayaan
Bab 05 Orientasi Waktu dan Kejayaan
Bab 06 Menangguhkan Kepuasan dan Kejayaan
Bab 07 Sikap Optimis dan Kejayaan
Bab 08 Pemantauan Diri dan Kejayaan
Bab 09 Efikasi dan Kejayaan
Bab 10 Dorongan dari Dalam
Bab 11 Halangan dari Dalam

Memulakan Bisnes Sendiri ~ Ainon Mohd

(SEM & S/S) RM40.00 > RM35.20

Memulakan Bisnes Sendiri adalah sebuah naskah yang cukup lama bertahan di pasaran. Dalam edisi terbaru, buku ini telah diolah 100% ke bentuk infografik dan berwarna.

Buku ini ditulis bagi saudara yang baru hendak mencari peluang memulakan bisnes sendiri. Buku-buku panduan memulakan bisnes sendiri yang sudah ada dalam pasaran lazimnya mengandaikan sesiapa sahaja dapat memulakan bisnes sendiri dengan jayanya. Andaian itu meleset daripada realiti sebenar.

Tidak semua orang dapat memulakan bisnes sendiri dengan jayanya. Majoriti individu yang cuba menceburi bidang bisnes mengalami kegagalan dan kerugian dalam tempoh tiga tahun selepas membuka bisnesnya. Ini adalah realiti. Jadi buku ini ditulis bagi membantu saudara mengukur diri saudara, apakah saudara mempunyai keupayaan dan kesanggupan memulakan bisnes sendiri.

Buku ini juga ditulis bagi membantu saudara mengenal pasti beberapa jenis kesilapan yang kerap dilakukan oleh mereka yang baru hendak memulakan bisnes sendiri, supaya saudara tidak mengulangi kesilapan jenis itu. Ada tiga kumpulan orang yang cuba memasuki dunia bisnes:

1. Mereka yang mempunyai bakat semula jadi dalam bidang bisnes.
2. Mereka yang tidak mempunyai bakat bisnes.
3. Mereka yang mempunyai bakat, tetapi bakatnya itu tidak cukup besar.