Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Ezza Mysara. Show all posts
Showing posts with label Ezza Mysara. Show all posts

Friday, 12 June 2020

Jodoh Yang Sekadar Singgah ~ Ezza Mysara

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Hidup Asiah jadi huru-hara bila dia tiba-tiba dilamar oleh dua lelaki serentak. Dua-dua pun duda. Yang seorang, duda Asiah sendiri dan yang seorang lagi, duda a.k.a bos sendiri. 

“Marry me, again. Beri abang peluang kedua.” – Dayyan. 
“Kalau awak pilih saya, saya tak akan minta peluang kedua.” - Iskandar. 

Dayyan dan Iskandar saling merebut tempat di hati Asiah. Ada sahaja benda yang hendak digaduhkan. 

“Kau ni pun kalau nak teman As menangis, bawalah stok tisu.” - Dayyan. 
“Mana aku jangka dia nak menangis. Sikit lagi aku nak pinjamkan bahu untuk dia tadi.” – Iskandar. 
“Alah, tak hairan. Aku pernah pinjamkan bahu aku pada As.” – Dayyan. 
“Pernah tu sesuatu yang dah berlalu. Sekarang kau dah tak dapat lesen yang dulu tu.”- Iskandar. 

Sunday, 29 April 2018

Luluh ~ Ezza Mysara

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Tapi bagaimana pula jika terlebih kenal hingga hilang rasa cinta?

“Maaf. Saya memilih untuk tinggal di hati yang lain.” Haura Ameena.
“Saya mencintai awak sepenuh hati, tapi awak sekadar menyintai saya separuh hati?” Ariq Zafri.

Haura yang degil. Haura yang ego. Tapi kenapa masih Haura yang bertahta dalam hati Ariq? Demi menyelamatkan Haura dari lelaki seperti Muaz, Ariq merancang sesuatu.

“You kahwin je dengan Ariq. Buat dia terseksa. Bila dah tak tahan, mesti dia akan ceraikan you.” - Muaz.

Bermacam masalah dilakukan Haura untuk menjentik kemarahan Ariq setelah mereka berkahwin. Namun kesabaran Ariq bagai tiada batasnya. Sehinggalah sesuatu terjadi membuatkan Ariq mengalah.

“Tolong bahagiakan saya walaupun secara berpura-pura. Saya tak mintak lama, sebulan je. Bahagiakan saya walaupun ianya cuma satu lakonan.” - Ariq Zafri.

Maka, bermulalah kisah kebahagiaan rumahtangga mereka. Masalahnya, benarkah semua itu hanya satu lakonan atau Haura akan sedar bahawa sisa cintanya pada Ariq masih belum terpadam? Bagaimana pula dengan Muaz? Adakah lelaki itu akan tinggal diam dan membenarkan Haura bahagia?

Thursday, 14 September 2017

Wanita Terindah ~ Ezza Mysara

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

“You rasa, marah yang selalu you bawa tu marah terkeji atau marah terpuji?” – Nuryn Nafeesa.

Yang suka marah itu ialah Fahim Aiman. Yang sangat beku itu juga Fahim Aiman. Dan yang mulut tidak ada insurans itu juga Fahim Aiman. Nuryn yang sederhana, tapi sangat istimewa di mata semua. Cuma Fahim yang tidak pernah mahu mengakuinya. Cuma Fahim yang cuba menidakkannya. Namun, bila tiba detik di mana dia perlukan pertolongan, Nuryn lah orangnya yang dicari dan Nuryn lah orangnya yang hulurkan tangan.

“Kita nikah. Let’s do it for Fikri.” – Nuryn

Mengahwini Nuryn demi orang lain? Kalau ditanya hati, dia tidak sanggup. Tapi demi menyambung rantaian kasih yang ibu tinggalkan, Fahim akur.

“Esok I uruskan borang. Kita nikah.” - Fahim