Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Muzayyanah Abdullah. Show all posts
Showing posts with label Muzayyanah Abdullah. Show all posts

Wednesday, 23 August 2023

Husnuzon: Tugas Kita Hanya Taat. Takdir Biar Allah Tentukan ~ Ustazah Muzayyanah Abdullah, Alfiah Berkah

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Semua orang ada dugaan dan proses cabaran yang pahit. Pasti ada yang berjaya melangkah, pasti ada yang tersadung patah.

Yang berjaya akan terus menongkah, yang kalah mula menyerah dan mencari salah. Sama ada mencari salah diri, salah masa, salah individu di sekeliling, malah lebih parah dan berat adalah menyalahkan tuhan.

Duhai sahabat, seberat apapun langkah dan bebanmu, tiada siapa yang salah, tiada siapa yang kalah. Semua dugaan dan cabaran adalah proses hidup manusia menuju destinasi yang sama dengan masa yang berbeza-beza. Cepat ataupun lambat, yang berhusnuzzon pasti tiba di destinasi, BERJAYA.

Sahabat, bersangka baik bukan satu pilihan, tetapi ia sebuah keputusan, untuk lebih tenang pada masa kini dan lebih maju pada masa hadapan.

Benarlah hakikat kejadian manusia, tugas kita hanya taat., takdir biar Allah yang tentukan. Husnuzzon!

Tuesday, 21 June 2022

Fasobrun Jamil: Nasihat-Nasihat Penguat Jiwa Untuk Kamu Yang Hampir Putus Asa ~ Muzayyanah Abdullah, Alfiah Berkah

(SEM & SS) RM30.000 > RM29.00

Sabar itu indah. Sabar menghadapi kegagalan dalam keputusan. Sabar selepas kehilangan insan tersayang. Sabar menempuhi dugaan dalam kerjaya. Sabar apabila tidak mencapai sesuatu yang diinginkan selepas sehabis daya berusaha dan berharap. Kesemua kesabaran ini indah kerana sabar itu menjadikan kita masih kekal melangkah ke hadapan.

Sabar itu indah apabila ia menyebabkan kita tidak menyembunyikan diri, tidak berlari daripada segala kenyataan hidup ini, dan menambah semangat untuk kita kembali berjuang lagi. Sakit dan lelah menghadapi ujian kehidupan tidak mematikan rasa ataupun menjadikan kita berputus asa apabila sebuah sabar mekar dalam jiwa.

Buku ini bukan penyelesaian pasti buat masalah dan halangan kita. Solusi bagi setiap rintangan itu tidak mudah seperti yang diungkapkan. Namun, hayatilah pesanan-pesanan penguat jiwa supaya bertahan dalam meneruskan perjuangan melihat episod-episod sukar ini sebagai sebuah keindahan. Fasobrun jamil!

“Hidup itu seperti benang kusut. Sukar merapikannya. Namun, Allah mengajarkan kita untuk sabar, kerana sabar itu indah dan kita pasti mampu memperbaikinya.”

Siapa Lebih Utama, Wanita Dunia atau Bidadari Syurga? ~ Muzayyanah Abdullah, Dzulkhairi Md Noor

(SEM & SS) RM38.00 > RM37.00

Syurga adalah dambaan semua manusia tidak kira orang beriman ataupun tidak. Oleh sebab syurga ini menjadi dambaan seluruh manusia, Allah s.w.t. banyak menceritakan mengenai nikmat-nikmat syurga yang tidak tercapai dek akal fikiran manusia.

Bidadari-bidadari syurga yang cantik menawan akan mendampingi orang yang beriman di syurga kelak.

Maka bagi isteri orang yang beriman, timbul persoalan, siapakah yang lebih utama, wanita dunia ataupun bidadari syurga yang akan mendampingi suami mereka di syurga kelak? Di dalam buku ini ada perbahasannya.

Buku ini bukan sekadar membincangkan topik ini, malah didatangkan juga sebanyak 52 topik yang berbentuk soalan unik yang sangat menarik untuk dibaca. Penyampaian yang santai namun ilmiah menjadikan ia bacaan yang menarik untuk dibaca. Topik-topik ini mungkin menjadi salah satu persoalan yang mungkin sudah lama bermain di fikiran kita, namun tiada jawapannya.

Antara topik yang dibincangkan dalam buku ini:

• Siapa Lebih Utama, Wanita Dunia ataupun Bidadari Syurga?
• Adakah Ajal Boleh Ditangguhkan?
• Adakah Jasad Penghafal al-Quran Tidak akan Dimakan oleh Tanah?
• Adakah Dosa Dalam Ramadhan Digandakan?
• Adakah Wanita atau Lelaki yang Paling Ramai di Syurga?
• Dan banyak lagi.