Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Nasrullah Amran. Show all posts
Showing posts with label Nasrullah Amran. Show all posts

Tuesday, 13 April 2021

Cinta Akhir Zaman ~ Nasrullah Amran

(SEM & SS) RM26.90 > RM25.00

Kisah Arsad, seorang pemuda berjiwa sentimental. Terpengaruh dengan kisah-kisah cinta yang pernah dibaca. Selami kisahnya berjuang mengejar cita-cita dan mencari makna cinta sejati. 

Berjayakah Arsad dalam mengejar cita-cita? Mencari makna cinta sejati? Dapatkah dia memiliki kedua-duanya?

 

Monday, 30 December 2019

Super Imej ~ Nasrullah Amran

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Penampilan adalah jenama kita yang akan dinilai oleh orang lain. Sekiranya penampilan itu baik, maka baik lah nilai jenama kita di mata orang. Tapi… Bagaimana pula jika sebaliknya?

Semuanya ada disebut dalam buku ini. Kita bukan hanya ajak untuk mempunyai imej yang baik, malah mempunyai Super Imej dengan menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai idola.

Thursday, 14 February 2019

Life Is Beautiful ~ Nasrullah Amran

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20
Bacalah untuk menemukan kembali semangat yang hilang agar kita dapat menghargai hidup yang sekali ini seperti satu pemberian yang penuh makna kita tidak diciptakan dengan sia-sia tidak jua diciptakan untuk bergundah-gulana.

Mungkin ada bahagian penting dalam kehidupan yang telah kita abaikan. Perkara yang patut dan mesti kita lakukan, sayangnya tidak pula kita lakukan. Mungkin kita sendiri yang terlalu banyak memikirkan masalah dan kekurangan sehingga tidak memikirkan kelebihan dan nikmat yang telah kita miliki.

Thursday, 9 August 2018

Orang Yang Lupa Takkan Ingat Perkara Esok ~ Nasrullah Amran

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

“Betul la, aku selalu lupa. Selalu buat macam tu. Tak boleh jadi, aku kena ubah lepas ni.”

Lupa ini jika dibiarkan akan mempengaruhi siapa dan kehidupan kita. Supaya tidak lupa, maka perlulah diulang-ulang peringatan.

“Eleh, benda sama saja yang diulang-ulang. Dah klise. Semua tu aku dah tahu la.”

Kerana berasa diri sudah tahu semua, kita akan jadi bodoh. Bodoh dalam hal yang kita tidak tahu. 

Bak kata Kiyai Mustofa Bisri:
“Kamu akan menjadi pandai apabila masih banyak yang perlu dipelajari, kamu akan jadi bodoh apabila berasa sudah cukup tahu.”

Peringatan diulang ada maknanya. Ia menjadikan kita lebih kuat pada masa depan.

Semoga perkara yang biasa kita lupa menjadi penting, sehingga kita benar-benar menjadikannya sebahagian daripada kehidupan. Hilangnya ia seperti tidak lengkap anggota badan.

Monday, 28 August 2017

Tak Perlu Sempurna ~ Nasrullah Amran

(SEM & S/S) RM17.00 > RM15.00

Tak perlu sempurna...kerana dalam kita cuba nak berubah, pasti kita tak lari daripada buat silap.