Jatuh cinta dengan seorang itu mudah. Tetapi bagaimana kalau jatuh head over heels dengan satu keluarga?
Joshua punya perniagaan yang dibanggakan dan kehidupan sosial yang boleh tahan. Tetapi dia sukakan ketenangan dan disebabkan sejarah masa lalu, dia tidak fikir akan menjadi seorang suami dan memiliki keluarga sendiri. Dia sudah menerima hakikat bahawa dia seorang loner yang akan bersendiri seumur hidupnya.Wanita bujang itu bernama Fish. Hidupnya kacau-bilau. Dia punya anak tanggungan yang ramai. Lelaki yang disukainya dalam diam sepertinya tidak akan membalas cintanya. Dia tidak pasti dia mampu membayar bil bulan ini dan dia bekerja dengan majikan yang datang dari neraka.
“Mungkin ada masanya I rasa nak cekik-cekik dia orang. Tapi they are my responsibility sebab I sayang dia orang. Dia orang tu family.” - FISH

