Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Pelbagai Penulis. Show all posts
Showing posts with label Pelbagai Penulis. Show all posts

Friday, 25 February 2022

Sarkas 2 ~ Pelbagai Penulis

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Setiap manusia mempunyai pengelihatan yang berbeza. Dunia ini dilihat melalui kaca mata yang tidak sama. Bagaimana kita melihat dunia, itulah diri kita sebenarnya. Semua perkara adalah betul dari sisi kita.

Kau tahu apa itu Sarkas?

Cerminan aku dan kamu.
 

Sarkas ~ Pelbagai Penulis

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

DUNIA NI MACAM SARKAS. BANYAK PERKARA YANG DIADA -ADAKAN. KADANG KALANYA BENAR, ADA KALANYA TIPU. JAGA JAGA ! JANGAN SAMPAI KITA TERTIPU.

Antara kisah:
1. Ganjaran Tak Didendang (Nurul Bakar)
2. Cermin Mata, Stokin Dan Kain Pelikat Longgok (Hannan Hariri)
3. Hani (Noor Adeelia Ahmad)
4. Abang Minta Maaf, Migha! (Harith Hakeem)
5. Mahu Kurus! (ibnuDDin)
6. Jalan Rasta (Hariz Zain)
7. Kisah Dua Berus Gigi (Sha'azizi Dadameah)
8. Papa Dan Ketam (Norillah Abdullah Hassim)
9. Pikat Aku Jadi Menantu (Huzairul Ihsan)
10. Sarkastik Dunia Aka Dunia Berhijab (Web Sutera)
11. Facebook, Sebiji Epal Dan Senaskhah Novel (Salleh Kausari)
12. Sedut (Wak Buang)
13. Sembang Mak Jemah (Naqhuhines)
14. Sepetang Ber-chai Bersama (Sha'azizi Dadameah)
15. Simbolis (Muhammad Faizal)
16. Suamiku Putih (Iwan Reaz)
17. Tetamu Pulang (J Rawa)
18. Kpop (Hanasof)
19. Topengnya Anjing Jiwanya Malaikat (Ceriterapena)
20. Sarkas (Khairy Tajudin)

Friday, 8 November 2019

Ragam Suami Isteri ~ Pelbagai Penulis

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.80

Menghimpunkan 115 buah anekdot daripada 23 orang penulis berkaitan jenaka dan humor dalam dunia rumah tangga.

Friday, 9 March 2018

Lelaki Lingkungan Cinta ~ Lily Haslina Nasir

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Antara redup wajah itu, aku menumpang cinta.
Antara kekar tangan ini, engkau aku pimpin.

Nakal. Itu perkataan yang paling sinonim dengan Adib. Semenjak di kolej sehingga ke universiti, Adib sangat terkenal. Bukan terkenal kerana kecemerlangannya tapi terkenal kerana kenakalannya. Semua pernah Adib lakukan termasuklah membuat ‘dajal’ kepada Esya. Bagi Esya, Adib adalah musuh nombor satunya. Kerana Adib dia didenda. Kerana Adib habis pakaiannya rosak. Kerana Adib dia terkenal di kolej.

Saya mungkin tak romantik, saya mungkin tak kacak, tak kaya... Tapi percayalah, hati saya melimpah kasih untuk Esya. - Adib

Mahligai cinta terbina ketika masing-masing masih bergelar pelajar. Esya pada awalnya tidak begitu yakin dengan Adib yang sangat nakal itu. Sikap Adib yang berlainan ketika bersama dia akhirnya menambat hati Esya. Bahagia yang dibina menerbitkan hasad dalam diri Zamri. Zamri berusaha memisahkan pasangan muda itu. Alasannya? Hanya dia yang tahu.

Friday, 10 April 2015

Duda Terlajak Laris ~ Aifa Batrisya

Apakah perasaan anda saat disuruh bernikah ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya menduda waktu usia perkahwinan baru menjangkau usia dua tahun?
Itulah yang terpaksa dihadapi oleh Zack biarpun dalam keadaan separuh relanya. Rela pun dia dengan pernikahan itu pun hanya kerana dia memikirkan air muka tok ayah, insan kesayangannya yang juga imam Masjid Batu Lima. Disebabkan sebiji mentol, hidupnya jadi huru-hara dek perangkap gadis genit bernama Pehah, adik angkat sahabatnya iaitu Bob.

“Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya. Itu doa saya!” – Pehah.

“Pehah, Pehah... Dunia ni bulat tau tak? Bulat. Tapi bulat macam mana pun, tak bermakna pusing-pusing aku akan jumpa kau juga. Ada ramai lagi perempuan dalam dunia ni yang aku boleh jumpa. Kau kasilah peluang dekat aku jumpa yang ala-ala Siti Nurhaliza ke, Izara Aishah ke. Ini tidak, kau nak juga aku jumpa kau lagi. Memang bad lucklah aku kalau begitu ceritanya. Aduhaiii...” – Zack.