Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Rak Buku. Show all posts
Showing posts with label Rak Buku. Show all posts

Monday, 3 February 2020

Barang Penting Perlu Ada Ketika Baca Buku


KHAS UNTUK PENCINTA BUKU.
MESTI ANDA PERLUKAN ANTARA SENARAI BARANG-BARANG INI TANPA SEDAR.

IA TABIAT SEMULAJADI.
IA JUGA BERI KEGEMBIRAAN.
IA JUGA HILANGKAN STRESS.
IA PERLU ADA SETIAP KALI MEMBACA.

JOM RAIKAN SEMANGAT MEMBACA KITA.
JOM RAIKAN JUGA MALAYSIA SEBAGAI KOTA BUKU.

Thursday, 30 January 2020

Susun & Hias Buku Cara Pro


Selamat Sejahtera Semua...

Rasanya, kita semua yang suka membaca dan ulat buku, pasti mempunyai rak buku sendiri atau nak lagi best, bilik bacaan sendiri. Dan pastinya, anda ada pelbagai cara penyusunan buku-buku peribadi.

Di sini, kami senaraikan beberapa tip cara menyusun & menghias rak buku berdasarkan pendapat profesional & ulat buku dalam & luar negara. Anda boleh gunakan beberapa tips yang diberi. Moga almari buku anda ceria, bersih & kemas. Sedap mata memandang. 

1. Asingkan buku yang berkulit keras (hard cover) dengan yang berkulit nipis (soft cover). Ia akan lebih mudah dicapai dan kelihatan cantik di rak.

Koleksi buku kulit tebal

2. Susun buku mengikut kategori atau penulis. Pasti anda ada penulis feveret seperti JK Rowling, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Debbie Macomber, Pahrol Mohd Juoi, HAMKA atau lain-lain. Susun ikut koleksi penulisan mereka. Senang ketika mencari. Jika anda suka memasak, bertukang, kemas rumah, seni ataupun sastera, boleh kumpulkan koleksi tajuk tertentu dalam satu kumpulan.