Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Robert Kiyosaki. Show all posts
Showing posts with label Robert Kiyosaki. Show all posts

Thursday, 17 December 2020

Rich Dad Poor Dad (Edisi Bahasa Melayu) ~ Robert T. Kiyosaki

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

BUKU KEWANGAN PERIBADI NO. 1 SEPANJANG ZAMAN

Menghapuskan mitos yang menyatakan kita perlu memiliki pendapatan tinggi untuk menjadi kaya – terutama dalam dunia di mana teknologi, robot dan ekonomi global mengubah peraturan dunia

Mengajar berkenaan mengapa memperoleh dan membina aset lebih penting bagi masa depan kita berbanding gaji yang besar – dan juga berkenaan manfaat cukai yang dinikmati oleh para pelabur dan pemilik bisnes

Mencabar kepercayaan bahawa rumah kita adalah aset – seperti yang dipelajari oleh jutaan orang melalui pengalaman pahit mereka apabila gelembung ekonomi perumahan meletus dan kegagalan pinjaman gadai janji subprima semakin marak

Mengingatkan mengapa kita tidak boleh bergantung kepada sistem pendidikan sekolah bagi mengajar anak-anak kita berkenaan wang – dan mengapa kemahiran hidup yang kritikal ini semakin penting pada hari ini berbanding sebelum ini.

Menerangkan hal berkenaan wang yang perlu diajar kepada anak-anak kita – supaya mereka dapat bersedia menghadapi cabaran dan peluang dalam dunia hari ini dan menikmati kekayaan hidup yang selayaknya

Monday, 18 January 2016

Rich Dad's: Conspiracy of The Rich - 8 Peraturan Baru Wang ~ Robert T. Kiyosaki

Kita semua sedang melalui fasa kemelut ekonomi yang boleh dikatakan sebagai kritikal. Masalah ini bukan sahaja melanda golongan biasa, malah golongan usahawan dan juga korporat turut terkesan.

Selain berkongsi pandangan beliau tentang landskap ekonomi global serta kesannya terhadap orang ramai Menerusi buku Rich Dad's Conspiracy of The Rich ini, beliau juga turut memperkenalkan 8 Peraturan Baru Wang iaitu:

Peraturan Baru #1 Wang: Wang adalah Ilmu Pengetahuan
Peraturan Baru #2 Wang: Belajar Bagaimana Menggunakan Hutang
Peraturan Baru #3 Wang: Balajar Mengawal Aliran Tunai
Peraturan Baru #4 Wang: Bersedia Menghadapi Masa yang Buruk
Peraturan Baru #5 Wang: Keperluan pada Kepantasan
Peraturan Baru #6 Wang: Belajar Bahasa Wang
Peraturan Baru #7 Wang: Hidup ini Ibarat Sebuah Pasukan Sukan
Peraturan Baru #8 Wang: Belajar Mencetak wang Sendiri

Menerusi buku ini, Robert membawa pembaca meneroka sisi positif serta peluang yang boleh dicapai di sebalik kekusutan ekonomi yang melanda.

Buku ini ditulis secara online dan interaktif oleh Robert. Sepanjang penulisan beliau, pembaca dapat turut sama memberikan komen serta berkongsi pendapat yang relevan dengan setiap bab yang ditulis.

Tuesday, 5 January 2016

Rich Dad's: Cashflow Quadrant Capai Kebebasan Kewangan ~ Robert T. Kiyosaki

Pernahkah kita tertanya-tanya...
- Mengapa sesetengah pelabur mampu menjana pendapatan lumayan dengan risiko yang sedikit sementelah pelabur-pelabur lain hanya mampu balik modal sahaja?
- Mengapa terdapat individu yang kerap bertukar-tukar profesion sedangkan ada individu lain yang nekad berhenti kerja dan membina empayar perniagaan sendiri?
- Adakah perubahan Zaman Perindustrian kepada Zaman Maklumat memberi makna dan kesan kepada kita dan keluarga?
- Bagaimana kita dapat memanfaatkan perubahan ini sekaligus melaras laluan hidup demi mencapai kebebasan kewangan yang diimpikan.

Menerusi buku Cashflow Quadrant ini, Robert akan mendedahkan rahsia bagaimana ilmu kewangan mampu membantu kita mencapai kebebasan kewangan tanpa perlu bekerja keras, malah membayar cukai yang sedikit berbanding mereka yang berhempas pulas bekerja siang dan malam.

Pernahkah kita tertanya-tanya...
- Mengapa sesetengah pelabur mampu menjana pendapatan lumayan dengan risiko yang sedikit sementelah pelabur-pelabur lain hanya mampu balik modal sahaja?