Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Ruqayyah Muhd. Show all posts
Showing posts with label Ruqayyah Muhd. Show all posts

Thursday, 17 December 2020

Diet Bukan Mitos ~ Ruqayyah Muhd

(SEM & SS) RM35.00 > RM31.50

Biasanya, persepsi awal orang awam mengenai diet sihat itu suatu yang mahal, susah untuk dibuat dan sukar diikuti mesti diubah. Hingga menyebabkan ramai yang terbantut hasrat mahu mengubah pemakanan kerana memikirkan kos-kos bulanan yang akan meningkat.

Tidak dinafikan, diet sihat yang sering dipaparkan dan dikongsikan banyak mempunyai menu-menu barat dan sukar untuk diikuti. Apatah lagi, apabila sudah biasa makan nasi bercicah sambal, mahu tukar makan ‘Grilled chichen with blackpepper sauce and baked potatoes.

Diet dalam erti sebenarnya bermaksud pemakanan. Bukanlah seperti kefahaman biasa, diet bermakna tidak makan atau mengehadkan makanan tertentu.

Maka, penulis hadirkan kisah-kisah di dalam naskhah ini mengenai diet sihat yang mudah agar semua orang mampu merealisasikan impian untuk menjadikan diet sihat itu bukan lagi hanya mitos.

Friday, 19 April 2019

Mrs. Papa ~ Ezatul Marini Ghazali Ruqayyah Muhd Rozilawati Mohamed Hayati Abu Hassan

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Wanita sering digambarkan sebagai makhluk Allah yang rumit untuk difahami, teliti dan beremosi. Justeru, bukan satu perkara mudah untuk makhluk ciptaan Allah yang indah ini mahu bergelut menjalankan dua peranan serentak.

Sebagai tulang belakang dalam rumah tangga. Sebagai wanita bekerjaya yang menyumbang tenaga untuk masyarakat.

MRS PAPA. Merekalah yang cuba berjuang untuk menjadi isteri dan ibu sejati. Mereka jugalah serikandi yang turut gigih memerah keringat mencari rezeki.

Ini adalah naskhah yang buat saya tersenyum dan berbangga dengan kehebatan jiwa para wanita di luar sana yang diwakilkan menerusi tinta para penulisnya.Mereka benar. Sebagai wanita berkerjaya, kalut dan ribut itu biasa. Tapi mereka terus melangkah demi tanggungjawab untuk membantu meringankan beban ekonomi keluarga dan menyumbang tenaga buat masyarakat sedaya upaya mereka.

Monday, 1 April 2019

Diet Mak-Mak ~ Ruqayyah Muhd

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Semua ibu, mahu berikan yang terbaik buat anak di dalam kandungan. Mahu anak yang sihat dan lahir sempurna. Apabila melalui alam berpantang, tiada ibu mahu melalui tempoh berpantang yang sukar. Sering kali juga dimomokkan dengan mitos-mitos yang tidak masuk akal.

Tempoh berpantang juga adalah tempoh ibu belajar menyusukan anak. Semua ibu yang menyusukan anak, mahukan air susu itu dapat menjadi sumber nutrisi yang berkualiti buat anak. Matlamat mahu menyusukan anak secara eksklusif selama enam bulan dan diteruskan sehingga dua tahun usianya. Ibu sanggup bangun memerah susu dan menyusukan anak di tengah malam.

Adakalanya tidur bersandarkan kepala katil demi memastikan anak dapat menyusu dengan baik dan tidur lena. Biar perut berkeroncong hebat, mulut kering dan tubuh letih, tetapi kerana anak mahu menyusu, semua keinginan ibu ditolak tepi dahulu demi seorang anak. Hebatnya kasih sayang ibu yang tidak berbelah bagi. Apa saja demi anaknya pasti akan dituruti.