Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Shiroe Sherry. Show all posts
Showing posts with label Shiroe Sherry. Show all posts

Tuesday, 21 June 2022

Rasa Yang Tercipta ~ Shiroe Sherry

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Menjadi anak angkat Encik Farouk dan Puan Fariza adalah satu rahmat bagi Inara. Namun kewujudannya di dalam keluarga itu seperti tidak disenangi Noah, anak tunggal Encik Farouk dan Puan Fariza. Pulangnya Noah dari luar negara, tiba-tiba dia seolah menerima Inara sebagai ahli keluarga. Sehinggalah satu fitnah telah membangkitkan kemarahan Noah. 

“Ara pun bukan adik abang! Pergi!” - Noah 

Hati Inara hancur! Kali ini Inara yakin Noah hanya berpura-pura melayan dia dengan baik. Dia tetap dianggap ‘orang luar’ dalam hati Noah. Di saat kebenaran terbongkar, Noah sudah terlambat. Inara benar-benar terluka. 

“Abang minta maaf sebab dah buat hati Ara terluka dan terasa dengan kata-kata abang sebelum ni.” - Noah 
“Apa bezanya? Awak dah cakap pun, kan?” - Inara 

Namun tiada siapa pun yang tahu Noah sayangkan Inara lebih dari seorang adik. Perasaan dan

Thursday, 16 December 2021

Bintang di Hati ~ Shiroe Sherry

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Dari kerana pandangan mata, tumbuh perasaan cinta di hati Anne buat Ammar. Namun malangnya lelaki yang dipuja, rupa-rupanya milik adik sendiri. Bermula dari situ, Anne mula bersikap dingin kepada Ammar demi kebahagiaan si adik. 

“I tahu you tak sukakan I.” - Ammar 
“Baguslah kalau you tahu.” - Anne 

Namun tiada satu pun manusia yang dapat melawan takdir Allah. Annis menghilangkan diri sebelum majlis perkahwinan. Demi satu permintaan, majlis perkahwinan tetap diteruskan tanpa Annis. 

“I tak pandai nak jaga you macam mana lepas ni.” - Anne 
“You tak perlu jaga I. Biar I yang jaga you.” - Ammar 

Sikap Ammar selepas berkahwin membuatkan Anne keliru. Ammar berubah menjadi seorang penggoda kelas satu

“Tolong bagi I bernafas sekejap.” - Anne 
“Nak I buat CPR?” - Ammar 

Walaupun ada cinta di hati Anne tetapi dia tidak dapat menzahirkan rasa itu untuk Ammar. Apatah lagi setelah Annis kembali menagih cinta Ammar. 

“Dia cakap apa? Kenapa abang diam?” - Anne 
“Dia nak abang semula.” - Ammar 
“I mengaku I dah buat silap sebab tinggalkan you dulu. I menyesal.” - Annis 

Mampukah perkahwinan mereka yang dibina atas dasar permintaan orang tua, bertukar menjadi sebuah perkahwinan yang berlandaskan rasa cinta? Adakah Anne akan pertahankan perkahwinannya dari gangguan Annis?

Thursday, 10 December 2020

Zaem Rasya ~ Shiroe Sherry

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Pada Rasya, cinta Datuk Zulkarnain kepada ibu saudaranya hanya berlandaskan hawa nafsu semata-mata. Apatah lagi lelaki itu sudah pun mempunyai tiga isteri. Demi mencari bukti telahannya adalah benar, Rasya bertindak ‘masuk’ ke dalam mahligai lelaki itu sebagai pengurus rumah. Namun, bekerja di situ bukanlah sesuatu yang mudah. Tuan Zaem aka Lord Vader, anak Datuk Zulkarnain itu sentiasa mencari salahnya. Hidupnya tak pernah aman. 

“Saya akan perhatikan awak dari masa ke semasa. Awak ingat office awak saja ada video rakaman CCTV rumah ni? Jangan nak gembira sangat.” - Tuan Zaem 

Malangnya dia sudah terlalu jauh bermain dengan api sehingga hampir memakan dirinya. Rasya harus berhenti. 

“Tuan Zaem tak ada ciri-ciri lelaki idaman saya.” - Rasya 
“Saya akan pastikan ciri-ciri lelaki idaman awak bertukar kepada Zaem Daniel! Zaem Daniel! Zaem Daniel! Tak perlu ciri-ciri lain dah.” - Tuan Zaem 

Thursday, 11 April 2019

Secret Love ~ Shiroe Sherry

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Mencintai Izzat yang jauh di mata merupakan sesuatu yang mustahil tetapi itu yang Delisa rasakan. Berbelas tahun berpisah, mereka langsung tidak berhubung sehinggalah Izzat tiba-tiba muncul. Bagi Delisa cinta dia pada Izzat adalah rahsia hatinya dan Izzat tidak perlu tahu semua itu.

Love that can’t be together can also be known as love.

“Kalau dengan orang lain elok aje mood. Tak ada nak mengelak bagai, tak sakit, tak banyak alasan, tapi kalau dengan abang?”

Segala tanda tanya itu membawa Izzat kepada pembongkaran satu rahsia sehingga memaksa dia membuat satu keputusan.

“Abang nak Lisa sayang abang sama macam abang sayang Lisa.”

Saat itu Delisa merasakan maruah dia dibuang ke tempat yang paling jauh oleh Izzat.