Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Ustaz Ahmad Dusuki. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Ahmad Dusuki. Show all posts

Wednesday, 5 August 2020

Bagaimana Ke Syurga dan Terjauh Dari Neraka? ~ Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Buku ini memperlihatkan pelbagai amalan yang boleh dilakukan sebagai usaha bagi mendapatkan rahmat Allah untuk masuk ke syurga.

Umum mengetahui bahawa syurga bukan percuma namun tidak ramai yang sanggup bersusah-payah untuk meraih syurga. Sedangkan amalan-amalan baik yang disukai Allah tidak semestinya memerlukan belanja yang besar atau tenaga yang banyak.

Tidak kira sama ada golongan muda mahupun kuat, golongan kaya mahupun golongan miskin, amalan untuk ke syurga itu ada pelbagai dan tidak hanya tertumpu kepada ibadah tertentu sahaja.

KANDUNGAN:
· Muqaddimah
· Mereka yang Dirindui Syurga
· Sifat yang Melayakkan Seseorang ke Syurga
· Meraih Syurga
· Mereka yang Dijanjikan Syurga oleh Al-Quran dan Hadis
· Amalan Mengangkat Diri ke Syurga
· Penyebab Mereka ke Neraka
· Tingkatan Neraka
· Tingkatan Syurga

Monday, 6 January 2020

Syurga Ganjaran Terindah ~ Ustaz Ahmad Dusuki

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.80
Pintu syurga yang seluas 40 tahun perjalanan itu dibuka. Mendengar bunyi pintu syurga dibuka sahaja sudah mengasyikkan. Melihat pintu syurga dibuka untuk kita, perasaannya tidak mampu digambarkan.

Segala nikmat syurga yang dahulunya pernah diceritakan kini terbentang di hadapan. Sungguh segalanya lebih indah, lebih hebat dan lebih mengagumkan daripada apa-apa yang pernah digambarkan.

Syurga, Ganjaran Terindah menceritakan nikmat-nikmat dan keindahan syurga yang disebutkan dalam ayat-ayat al-Quran dan juga hadis seperti bidadari, sungai-sungai, istana dan binaan, makanan dan lain-lain lagi. Semua itu diceritakan kepada kita sebagai suatu motivasi untuk kita lebih kuat berusaha menjadi ahli syurga.

Monday, 16 December 2019

Maka Bergembiralah ~ Ahmad Dusuki Abd Rani

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Bahagia dan gembira. Ia suatu yang subjektif. Wang ringgit, pangkat, kedudukan, harta benda dan cahaya mata bukanlah kayu pengukur sebuah kebahagiaan dan kegembiraan.

Hanya jika kita perolehi ketenangan di dunia dan juga kelapangan di akhirat, itulah ukurannya. Dan ia menjadi dambaan kepada semua manusia.

Carilah kegembiraan dengan bergaul bersama orang yang soleh. Mereka banyak mengingatkan kita kepada Allah SWT.

Carilah kebahagiaan dengan membaca dan menghayati al-Quran. Ia adalah mukjizat. Di dalamnya terkandung ayat-ayat cinta daripada Allah SWT untuk kita.

Carilah kebahagiaan dengan sentiasa menyebut 'Alhamdulillah' dalam apa jua situasi. Bersyukur dengan musibah dan bergembira dengan keimanan adalah sifat orang yang terpilih. Jiwa yang sedang tertekan dan dada yang sempit perlu dipositifkan dengan rasa syukur yang tidak berbelah bagi.

Friday, 25 October 2019

Terhumban ke Kawah Neraka ~ Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00
Tidak ada jaminan bahawa kita boleh terlepas daripada dihumban ke dalam neraka. Seandainya terjadi, ia adalah detik yang sangat malang dan sangat merugikan. Hidup selama 1000 tahun sekalipun, langsung tidak ada makna. Sedih sungguh. Namun kesedihan pada saat itu sudah tidak berguna lagi.

Sementara masih bernyawa inilah kesempatan untuk kita membuat persiapan dan beramal sebanyak-banyaknya supaya kita diselamatkan daripada api neraka.

Monday, 1 April 2019

Amalan Doa Rabbana ~ Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani

(SEM & SS) RM10.00 > RM9.00

45 doa yang bermula dengan lafaz Rabbana dimuatkan dalam buku kecil ini dengan disertakan asal doa, fadilat mengamalkannya dan panduan melakukan amalan-amalan berkaitan.

Doa-doa ini semuanya dipetik daripada al-Quran al-Karim yang merupakan doa-doa yang pernah dipohon oleh para nabi dan orang-orang soleh.

Antara doa yang terdapat dalam buku ini ialah:
- Doa Memohon Keturunan yang Taat kepada Allah
- Doa Memohon Keamanan Negara
- Doa Memohon Ditetapkan Pendirian
- Doa Memohon Petunjuk ke Jalan yang Benar
- Doa Memohon Diterangkan Hati
- Doa Memohon Pertolongan
- Doa Memohon Perlindungan Allah

Tuesday, 31 July 2018

Mauizhah Hasanah 4: Talian Hayat di Barzakh ~ Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40
Mau‘izhah Hasanah 4: Talian Hayat Di Barzakh ialah buku terakhir dalam siri Mau‘izhah Hasanah.

Buku ini menekankan perkaitan antara kita yang masih hidup dengan mereka yang sudah meninggal dunia. Sesungguhnya alam barzakh sangat menggerunkan dan menakutkan, maka sewajarnya kita mempersiapkan sebanyak mungkin amal sebagai bekal untuk ke sana.

Namun jika bekal yang dibawa tidak mencukupi, apa lagi daya yang ada saat kita sudah tiba di barzakh? Hanya doa dari mereka yang masih hidup akan memberi kelegaan. Doa orang Mukmin membantu ahli kubur seperti talian hayat di barzakh.

ANTARA KANDUNGAN
SELARASKAN KEHIDUPAN SEBELUM MATI
- Penderitaan Mayat Akibat Ratapan Orang Terhadap Dirinya
- Selaraskan Matlamat Hidup kepada Akhirat
- Islam Melarang Meratapi Kematian
- Mayat Terseksa Apabila Berlaku Ratapan

MAYAT DIAZAB AKIBAT PERBUATAN ORANG YANG MASIH HIDUP
- Tangisan Orang yang Masih Hidup
- Islam Melarang Binaan di Atas Kubur
- Ratapan Umpama Dijirus Air Panas Mendidih
- Pembahagian Harta Pusaka dan Pertengkaran
- Pertengkaran di Dunia Terbawa-bawa ke Akhirat

Thursday, 19 July 2018

Komik Daurah: Alam Barzakh ~ Ustaz Ahmad Dusuki, Athool

(SEM & SS) RM10.00 > RM8.80

Siri Komik Daurah yang julung kalinya diterbitkan menceritakan perihal kematian. Apabila manusia meninggal, mereka akan menghadapi suasana alam barzakh terlebih dahulu. Kisah alam barzakh ini berdasarkan daripada tazkirah Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani yang diadaptasi dalam bentuk komik.


Apabila masuk sahaja jenazah ke dalam liang lahad, himpitan kubur akan berlaku sebelum disoal oleh dua malaikat penyoal di dalam kubur. Kemudian, kita akan di panggil oleh malaikat Ruman sebelum bertemu Munkar dan Nakir. Suaranya bagai halilintar, matanya bagai cahaya kilat atau petir yang menyambar. Taringnya panjang menjulang ke langit dan menceceh ke bumi. Komik ini juga sesuai sebagai bacaan umum untuk menambah pengetahuan dan ilmu.

Thursday, 9 November 2017

Mau'izhah Hasanah 3: Khabar Dari Barzakh ~ Ahmad Dusuki Abd. Rani

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Mau‘izhah Hasanah 3: Khabar Dari Barzakh ini menyambung perbicaraan dalam buku sebelumnya iaitu Mau‘izhah Hasanah: Malam Pertama Di Barzakh dan Mau‘izhah Hasanah 2: Teman Di Barzakh.

Buku ketiga ini membawakan kisah mimpi-mimpi orang soleh yang bertemu dengan roh sahabat atau ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia.

Roh-roh ini menyampaikan perkhabaran dari alam barzakh; seperti apa yang mereka perolehi daripada nikmat dan rahmat Allah SWT juga menyampaikan pesan nasihat buat orang yang masih hidup. Malah ada roh yang dapat menyampaikan wasiat mereka melalui mimpi.

Kisah mimpi mereka ini disampaikan demi satu tujuan; agar kita mengambil pengajaran dan sentiasa mempersiapkan diri menuju ke barzakh.

Thursday, 23 March 2017

Berlari ke Syurga: Tour De Jannah 2.0 ~ Ustaz Ahmad Dusuki

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Berlari Ke Syurga merupakan himpunan kata-kata dan kisah-kisah sirah dari Facebook Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

"Ketika kamu MEMBERI, kamu akan beroleh kebahagiaan yang lebih banyak daripada kamu mengambil.
ni semua adalah pemberian daripada ALLAH, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang berada sahaja. Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai sahabatku!

ANTARA KANDUNGAN
1. Untuk Allah
2. Untuk Rasulullah ﷺ
3. Zikir & Istighfar
4. Jangan Berhenti Berdoa
5. Keluarga
6. Ayyuhal Walad
7. Dosa
8. Al-Quran
9. Kehidupan
10. Ilmu itu Cahaya
11. Sedekah & Rezeki
12. Baik & Buruk
13. Syurga & Neraka

Friday, 24 February 2017

Mau'izhah Hasanah 2: Teman di Barzakh, Penempatan Para Roh ~ Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Buku Mau‘izhah Hasanah 2: Teman Di Barzakh ini membicarakan perihal roh dan arwah setelah diceraikan nyawa daripada jasad, peristiwa yang bakal berlaku sebagaimana yang tercatat dalam hadis dan atsar para Sahabat r.anhum. 

Juga menjelaskan perkaitan antara roh orang yang telah mati
dengan roh orang yang masih hidup. Semuanya untuk kita hayati agar lebih bersedia dalam menyiapkan bekal ke ‘sana’.

Monday, 29 August 2016

Mau'izhah Hasanah: Malam Pertama di Barzakh ~ Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani

Pengakhiran bagi setiap kehidupan adalah kematian. Kematian yang Husnul Khatimah menjadi idaman setiap orang beriman. Pun begitu, hakikat akhir kehidupan tidak terhenti di situ. Liku-liku perjalanan yang bakal kita tempuhi setelah itu adalah lebih mencabar dan masih panjang.

Buku ini membicarakan tentang kehidupan selepas kematian yang jarang manusia mahu mengambil tahu tentangnya. Sedangkan alam barzakh itu, seandainya manusia tahu realitinya yang sebenar, pasti dia akan mengabaikan dunianya. Malah menumpukan seluruh hayat untuk mempersiapkan bekalan menghadapi alam barzakh. Membacanya bukan untuk menambah takut, tetapi menambah ilmu dan takwa supaya giat menyiapkan bekalan kerana kita semua pasti akan menghadapi malam pertama di barzakh.
*****
(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60