Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday, 20 May 2014

Telaga Barahut dan Persoalan Berkaitan Dengannya ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Syeikh Ahmad al-Sobban berkata: "Walaupun banyak riwayat ahli sejarah menceritakan telaga Barahut terletak di Ahqaf, tetapi tidak ada seorang pun yang boleh menetapkan tempat Barahut ini berdasarkan dalil hakiki yang boleh menenangkan akal."

Semoga terbitnya buku Telaga Barahut & Persoalan Berkaitan Dengannya ini akan menjawab segala persoalan yang berlegar di kalangan pembaca dengan kefahaman yang betul. Penulis mengharapkan ia akan menghasilkan satu suasana yang baik di kalangan masyarakat di samping berpijak pada asas ilmiah.

*****

(SEM) RM11.00 - RM9.70
(S/S) RM13.00 - RM11.40

Krisis Syria dan Mauqif Ulama ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Krisis Syria dan Mauqif Ulama merupakan sebuah buku berkenaan pergolakan sebenar yang berlaku di bumi Syria. Buku ini membongkar kezaliman rejim Basyar Asad terhadap rakyatnya sendiri dengan pembunuhan, penjara, penyiksaan dan terpaksa menjadi pelarian.

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM27.00 - RM23.70

Hafazan al-Quran ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Keistemewaan buku ini adalah memberi motivasi kepada penghafal al-Quran, mengemukakan teknik hafazan al-Quran, menyelesaikan pelbagai hukum dan memberi kesedaaran betapa perlunya hafazan al-Quran.

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM27.00 - RM23.80

Friday, 16 May 2014

Pesan Hati Untuk Hati ~ Pahrol Mohamad Juoi

Buku ini merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Huraiannya bermula dengan persoalan asas yang berkaitan iman, Islam dan ibadah kemudian menjangkau aspek hubungan sesama makhluk agar pembaca akan sentiasa faham, ingat dan beramal selaras dengan prinsip pengajian yang dinamik.

Buku ini wajar dimiliki kerana ia mendidik hati agar tidak terus alpa namun sentiasa bertakwa kepada Allah dengan memberi penekanan kepada pesan takwa. Menyingkap masalah-masalah yang berlaku dalam kalangan umat dan cara mengatasinya. Membawa mesej agar memurnikan kembali kehidupan beragama. Menekankan soal keberkesanan ibadah-ibadah lahiriah dalam proses pembentukan hati nurani yang baik dengan menyingkap aspek-aspek yang lebih maknawi. Buku ini sesuai dijadikan sebagai teman dalam menelusuri jalan takwa dan panduan dalam bermujahadah.

*****

(SEM & S/S) RM39.00 - RM34.30

Ikon Syabab ~ Umar Muhammad Noor

Golongan pemuda bukanlah golongan yang calang-calang. Gelegak darah muda mereka mampu menggerakkan dunia. Siapa pemuda kita pada hari ini, menentukan bangsa kita di hari esok. Ingatlah, masa muda akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak.

Ikon syabab menceritakan tokoh-tokoh pemuda Islam zaman dahulu yang pandai menetapkan matlamat dan mengatur strategi untuk mencapainya. Tokoh-tokoh ini layak menjadi ikutan remaja Islam. Terutama dalam menjalani masa-masa muda yang penuh dengan rayuan hawa nafsu dan bujukan syaitan. Jom kenali pemuda Islam berjiwa besar, seperti Yahya bin Yahya, Imam Malik bin Anas, Imam al-Bukhari, Arthaah bin Munzir dan ramai lagi. Kisah-kisah mereka yang dipaparkan dalam buku ini pastinya bakal memberi inspirasi.

*****

(SEM & S/S) RM16.00 - RM14.10

Ringkasan Tafsir Ibnu Katsir ~ Telaga Biru

Buku Tafsir Ibnu Katsir merupakan tafsir yang besar dan kaya dengan manfaatnya. Tafsir ini menggunakan pendekatan yang sesuai dengan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w iaitu merujuk pada al-Quran, As-sunnah serta pandangan para sahabat Nabi s.a.w. Oleh kerananya, tafsir ini menjadi rujukan utama umat Islam dari zaman dahulu hingga kini. Buku ini memudahkan pembaca untuk mempelajari dan memahami Al-Quran dan ditambah dengan penjelasan sebab-sebab turun ayat (Asbabun Nuzul).

"Tidak ada orang yang (lebih baik) menulis tafsir dengan kaedah seperti yang ditulis oleh Ibnu Katsir."
(Imam As-Suyuthi, penulis kitab Tafsir Jalalain)

*****

(SEM & S/S) RM120.00 - RM105.60

Kenali Rasul Kita Muhammad s.a.w: Menyingkap Keperibadian & Cara Hidup Insan Mulia ~ Ahmad Adnan Fadzil

Buku Kenali Rasul Kita Muhammad merupakan hasil terjemahan daripada Matan asy-Syamail al-Muhammadiyyah karangan Imam at-Tirmizi. Buku ini bukan hanya menghimpunkan hadis tentang akhlak dan budi pekerti Nabi Muhammad SAW, tetapi disertakan juga hadis tentang sifat-sifat fizikal, pakaian, makanan, minuman, ibadah, pergaulan dan sebagainya yang berkait dengan kehidupan Baginda secara menyeluruh.

Kelebihan buku ini:
• Gabungan terjemahan, ulasan dan kesimpulan berkenaan riwayat hidup kekasih Allah supaya pembaca memahami keperibadian dan cara hidup Baginda dengan tepat dan menyeluruh sebagaimana tujuan Imam at-Tirmizi menulis kitab asy-Syamail.
• Terjemahan lengkap berbahasa Melayu disertai ulasan yang dapat membantu pembaca memahami setiap hadis asy-Syamail dengan tepat dan baik.
• Mempunyai taujihat nabawiyyah yang boleh dijadikan teladan di setiap bab yang pastinya menjadi nilai tambah bagi buku ini.
• Disertakan foto, gambar rajah dan diagram yang memudahkan pemahaman pembaca.
• Kisah-kisah menarik daripada hadis-hadis yang dipaparkan dalam buku ini dapat mendidik jiwa dan memberi inspirasi kepada pengguna.
• Ekstra! Profil para perawi dan CD kuliah Dr. Hj. Zahazan Mohamed.

*****

(SEM & S/S) RM89.00 - RM78.30

Thursday, 8 May 2014

Rumah Kecil di Jabal Uhud ~ Roza Roslan

Allah menjadikan sebahagian manusia sebagai ujian kepada sebahagian manusia yang lain, bertujuan untuk menguji kesabaran dan keimanan hamba-Nya. Sama ada ujian itu membuatkan mereka semakin tunduk menyembah-Nya atau sebaliknya.

Penulis mempunyai ingatan yang sangat kuat. Kenangan pada zaman kanak-kanak dan remajanya digarap dengan baik. Setiap kenangan yang tercatat di dalam Rumah Kecil di Jabal Uhud (RKDJU) bukan setakat travelog diri penulis tetapi juga berkait dengan tetamu di RKDJ yang pernah bertandang sama ada dengan menjejak kaki sendiri ke RKDJU mahupun menjengah secara alam maya.

Setiap tamu yang hadir ada kisah menarik yang boleh dijadikan iktibar dalam kehidupan seharian kita. Ia tarbiah yang benar-benar menusuk kalbu.

PINTU 18: Nikmat Kesukaran
"Kami meninggalkan negara hanya membawa sebuah beg dan beberapa dokumen pengenalan penting. Ibu bapa dan adik beradik kami masih di China. Entah bagaimana keadaan mereka," Aminah bercerita sambil mengesat air mata yang mengalir di pipi."

*****

(SEM) RM34.00 - RM29.90
(S/S) RM36.00 - RM31.70

Cukupkah Wang Anda? ~ Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir

Gaji besar atau kecil tiada bezanya apabila anda tahu apa itu ‘formula kekayaan’. Dalam mengharungi keperluan kehidupan sehari-hari, adakah di antara kita pernah merasai perasaan ‘kecukupan’ wang? Jika ‘cukup’ pun amat sukar rasanya untuk kita menikmati keadaan wang yang melimpah ruah sekiranya keadaan kita tidak berubah.‘Cukup’ merupakan istilah yang relatif buat seseorang individu dengan individu yang lain. Dalam bahasa mudah, cukup buat Individu A tidak semestinya cukup buat Individu B.

Usahlah takut dilabelkan sebagai ‘kedekut’ oleh masyarakat sekeliling sebaliknya takutlah atas apa yang Allah hitung kelak akibat pemborosan kita. Diharap buku ini dapat membantu semua pembaca dalam memperbaiki keadaan kewangan masing-masing dan keluarga serta yang lebih penting mendapat hidayah daripada Allah SWT agar sentiasa diberkati dan lebih mendekati-Nya.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM22.00 - RM19.40

Wednesday, 7 May 2014

Cik Cinderella dan Encik Tengku ~ Airisz

Nama aku PUTERI NURAISHA. Aku ada mak tiri dan seorang kakak tiri. Biasalah, mana ada mak tiri yang baik. Nama kakak tiri aku Sha. Jahat gila. Orang gila pun tak jahat macam dia. Dia tak sukakan aku, Jadi, ada sebab ke aku nak suka dia? Kirim salam!
Dalam hidup aku ada seorang lelaki yang paling aku tidak suka. Nama dia Ashraf. Tapi arwah ibu cukup suka dengan dia sehinggakan dia suruh aku kahwin dengan Ashraf.

Apa yang jadi masalahnya, aku jatuh cinta dengan seorang lelaki. Nama dia Daniel. Opsss, TENGKU DANIEL. Orangnya segak gila. Kata Jee kawan baik aku, kalau dia dapat kahwin dengan Daniel, setahun tak makan pun dia sanggup. Cerdik sungguh!
Tapi kan, suatu hari tu Daniel beri aku sejambak bunga. Dia cakap dia kutip sebab ada lori bunga dari Cameron Highlands terbalik. Tak percayalah…

Dan dia hantar SMS…
Babe (Dia panggil aku babe.)
Ya sayang (Aku panggil dia sayang.)
Lunch sama (Dia ajak.)
Okey (Aku nak.)
Kat mana (Dia tanya.)
Ayam Penyet Kelana Jaya ( Dalam kepala ingat tempat tu saja.)
Okey cantikkk… (Dia setuju.)

Ya, semuanya cantik belaka. Indah belaka. Tapi selepas itu, semuanya menjadi amat sukar. Aku tidak mampu menolak amanat arwah ibu dan aku juga tidak boleh lupakan cinta aku terhadap Daniel.

Siapa yang bakal aku pilih antara Ashraf dan Daniel?

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.10