Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday, 29 December 2017

Gentleman ~ Ailah Diela

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Dia manis.
Dia pemalu.
Dia perahsia.
Di matanya ada seribu satu duka. Dia adalah Nur Hannah.

Aryan Mirza, dia adalah lelaki yang akan memastikan wanita miliknya sentiasa bahagia. Berkahwin dengan Hannah bukanlah sesuatu yang pernah dia impikan. Tetapi apalah dayanya kerana saat mata bertentang mata, hati lelakinya dah jatuh suka.

“Senyum dan ketawa ini masih milik saya rupanya. Bukan mudah nak dapat tau.”- Aryan Mirza
“Tapi, dah dapat pun kan...”- Nur Hannah
“Mestilah. Bak kata orang tu... Saya kan...” – Aryan Mirza
“Suami gentleman!” – Nur Hannah

Wahai Aryan Mirza,
Bahagiakan dia. Pastikan senyuman manis dengan pipi merah delima itu sentiasa miliknya. Bimbing dia hingga ke syurga.

Superhero Hati ~ Wardina Aisyah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Akasyah Alimin, dia duda terhangat idaman wanita. Kehilangan isteri tercinta menyebabkan dia menjadi seorang yang menyendiri. Masanya hanya dihabiskan pada kerja dan pesakit-pesakitnya. Sehingga dia tidak sedar, perbuatannya ini mengundang rasa kecewa di hati si kecil bernama Adam. Satu-satunya permata hati peninggalan arwah Zahida.

“Kalau abah sayangkan Adam, abah tak mungkir janji. Abah kata nak datang awal… tapi abah tak datang pun. Kalau Adam masih ada mama… tentu mama tak biarkan Adam tunggu lama-lama kat sekolah.” - Adam

Dahlia Suhana. Kenangan cinta monyet itu tak pernah dilupakan. Walau telah bertahun lamanya, lelaki pertama yang pernah dicintai dalam diam itu tetap bernafas dalam hati. Meski dirinya merupakan tunangan orang, namun si dia juga yang dinanti.

Wan Daniel, dia kasanova terhebat. Tak pernah kekal dengan mana-mana wanita. Baginya cinta ibarat menukar baju. Tak perlu kekal lama. Siapa sangka, hatinya tunduk pada seorang gadis gemuk yang comel. Berbagai usaha dilakukan sehingga dia berjaya meraih hati si gadis pujaannya itu.

Luq ~ Dilla Ahmad

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Gadis bisu? Gila! Dia tak pernah menerima gadis bisu untuk berkhidmat di kelabnya. Tapi kerana sekeping surat, dia pula yang terpaksa menerima gadis yang tak diundang ini.

Luqman Hakim. Dia sakit kepala memikirkan apa nak dibuat dengan beban yang baru dia terima ini. Apatah lagi gadis itu hanya tahu pandang dia sahaja.

“Kau ingat aku faham dengan bahasa tangan kau tu? Bahasa tubuh kau tu aku fahamlah!” – Luqman

Irdina. Walau tak punya suara, tapi dia bukan gadis biasa. Pantang tubuhnya dicuit. Kerana satu niat, dia berani untuk berhadapan dengan Luqman Hakim. Namun, dia silap percaturan. Luqman Hakim bukan mudah seperti yang dia fikirkan.

“Kalau kau jadi mistress aku, kau kena layan aku tiap-tiap malam sampai aku bosan dengan kau” -Luqman

Tidak! Untuk hambakan diri itu bukan dia. Biarpun terpaksa hilang nyawa, maruah diri akan tetap dia jaga. Jadi, dia pula yang akan lamar Luqman untuk jadi suami dia.
Luqman garu kepala. Kahwin dengan gadis bisu? Gelap dunia dia!

“Kau ingat, aku nak sangat ke kahwin dengan kau yang bisu ni?”-Luqman

Sindrom ~ Tey Marzuki

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Afifah, seorang gadis yang tercampak ke zaman silam. Purnama Nilam, seorang panglima yang setia. Mereka bertemu dalam satu suratan, gelang dan belati. Membina persahabatan dalam sebuah kembara, menemani Raja Muda mencari seorang bakal permaisurinya, Seri Cahya.

“Izinkan hamba untuk melindungi Afifah,” pinta Purnama Nilam.

Hukum alam, seorang manusia tidak bisa hidup dalam dua zaman yang berbeza dalam satu masa. Lantas, adakah takdir bakal merenggut di saat hati mengecap bahagia rasa? Afifah perlu kembali ke dunianya.

“Maka, siapakah yang akan melaksanakannya, kanda?” tanya Seri Cahya kepada suaminya.
“Biar patik melakukannya, Tuanku,” sampuk Purnama Nilam

Garis ~ Khairul Aswad

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Alfira yang buta kedua belah matanya selepas terlibat dalam kemalangan ngeri yang turut meragut nyawa walidnya buntu bila dia sering diganggu mimpi ngeri dan menakutkan yang datang berulang-ulang di dalam tidurnya hampir setiap malam.

“Fira mimpi lagi ke? Nek Jah boleh dengar Fira menjerit dari bilik tadi.”

“Tak apa, nek. Fira okey. Lama-lama nanti bila Fira dah biasa dengan mimpi-mimpi ni.”

“Nek Jah risaukan Fira. Kita pergi berubat ya lepas ni?”

Tanpa Alfira sedar, sebenarnya mimpi-mimpi yang dialaminya itu menjadi garis pemisah dunia nyata yang menceritakan segalanya. Sebenarnya kedua orang tuanya dibunuh

Thursday, 28 December 2017

#Ghost ~ Zura Rahman

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Dia bagaikan seorang halimunan. Kewujudannya diakui, tetapi tidak kelihatan di mana-mana. Gerakannya tangkas dan cukup senyap. Kejam dengan senjatanya; dia membunuh tanpa belas kasihan. Dia bergerak di atas satu nama. Codenamenya - GHOST.

Apabila Geng Gagak Hitam mengesyaki ada anggotanya belot, mereka melancarkan buruan. Pencarian mereka membawa Geng Gagak Hitam kepada lelaki yang bergelar GHOST. Terselamat dari cubaan dibunuh, dia tercedera. Takdir menemukan dia dengan seorang doktor yang prihatin, yang berada di tempat yang betul, pada waktu yang tepat.

Budi yang ditabur, telah mengheret Dr Daryn Areena ke kancah dunia gelap mereka. Dia turut diburu oleh Geng Gagak Hitam, namun diselamatkan oleh lelaki yang digelar GHOST. Keadaan tergugat apabila dia mengetahui sesuatu tentang lelaki itu. Siapa yang cukup jahat untuk diburu begitu?

Apabila melarikan diri satu-satunya pilihan yang dia ada, Dr. Daryn Areena tersepit. Antara hidup dan mati, dia memilih untuk hidup. Antara percaya dan tidak, dia keliru.

Surat Untuk Orang Yang Putus Cinta ~ Adnin Roslan

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

"Untuk mendapatkan cinta manusia, kau sanggup berkorban segalanya. Tetapi, untuk mendapat cinta Allah, kau hanya berkorban ala kadar..."

Kami dapat ribuan mesej, anak muda hari ni sikit-sikit bermasalah tentang cinta. Pelajar sekolah biasa terjebak, pelajar sekolah agama pun terjebak. Dari couple pegang-pegang tangan, sampailah couple acah-acah islamik. Parah. Bermacam-macam bentuk soalan kami terima, yang membuatkan kami rasa sangat sedih dan sebak. Dari isu couple sampai isu terlanjur, hingga isu anak luar nikah, hingga isu nak bunuh diri, senang cakap, terlalu banyak soalan yang kami dapat tentang masalah cinta ni! 

Korang pun tahu, kes anak luar nikah dari 2006 sampai 2016, cecah 500,000 kes yang di laporkan. Itu baru anak luar nikah yang di daftarkan. Belum yang tak di daftarkan. Belum yang buang bayi lagi. Belum yang berzina tapi tak dapat anak lagi. Belum cerita yang langgan pelacur lagi. Belum campur yang couple pegang-pegang tapi tak berzina. Belum cerita yang couple acah islamik. Belum cerita yang TAK couple, tapi ketagih video lucah. Belum cerita yang tak tengok video lucah, tapi ketagih drama yang di dalamnya banyak unsur yang bertentangan dengan syarak! 

Kerna Syurga Bukan Percuma 2 ~ Najmi Fetih

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

“Mustahillah dia hidup balik. Kau jangan main-main Raziq, mana ada manusia yang dah mati hidup balik!”

Khai berang. Dia tidak kisah andai sahabatnya itu ingin bergurau dengannya. Tapi satu, jangan bergurau tentang lelaki yang paling dicintainya. Lelaki yang pertama menjentik hatinya, memberi semangat dan sentiasa ada dengannya sehinggalah dia berjaya tinggalkan jahiliahnya.

Tapi tak lama..

“Aku tak sangka kau buat benda ni Khai. Sejak bila?” tempik Raziq.
Khai yang terkejut dengan kehadiran Raziq yang tiba-tiba itu menggelabah.

“Kau pilih Khai. Aku, atau benda haram tu?” Soal Nafisah kepada Adawiyah, kakaknya.

Sampai hari ini, Adawiyah masih tidak dapat melupakan lelaki itu. Lelaki pertama yang dapat menarik hatinya. Tetapi malang, jodoh tak panjang. Lelaki itu meninggal dunia ketika ingin menyelamatkan seorang budak yang hampir mati terbakar di surau. Ya, Khai.

Kerna Syurga Bukan Percuma ~ Najmi Fetih

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

“Takkan nak ngorat awek tengah-tengah jalan kot bro? ni set-set tudung labuh pun kau minat?” tanya Khai.
“Bukan Khai.. Ni haaa dua perempuan pakai khemah atas kepala ni rasa dah besar sangat nak tegur aku. Hahahaha.” Gelak Is kuat, diikuti Hanif.
“Eh kau cakap baik sikit eh? Siapa yang kau cakap pakai khemah atas kepala?” marah Solehah. Darahnya naik setelah diperli sedemikian rupa.
“Takkan sebab tu je kau nak buang masa bergaduh dengan dua budak tak matang ni Is? Hanif? Come on la.” Kata Khai sambal menepuk bahu kedua-dua kawannya itu.

Khairul Rafeeq. Ya, mungkin melihat pada barannya dia seakan bukan manusia. Tapi satu; baginya perempuan bukan untuk dikasari. Orang selalu mengambil alih kerja Tuhan. Lantas, Khai dihukum Neraka oleh manusia yang memandangnya dengan penuh hina.

Hidayah, kerja Tuhan. Kita hamba, wajib percaya. Mudahnya menghukum, padahal kita perut tak pernah kosong. Selalu memaki, lupa bahawa aib sendiri bergunung tinggi.

Manusia tak jahat, it is the dose that makes the poison. Pain – changes people.
“Kerana Syurga bukan percuma. Sebab tu kena usaha.” – Khai.

Allah Kan Ada ~ Thebingkisanhati

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80
Buku ALLAH KAN ADA dikarang oleh empunya nama pena The Bingkisan Hati adalah sebuah buku motivasi yang mengumpulkan pesanan-pesanan selain coretan dan nukilan di dalamnya. Buku ini juga disisipkan dengan puisi dan kata-kata mutiara serta beberapa kisah pengalaman hidup agar lebih dekat dengan pembaca.

Setiap ujian dan musibah yang Allah hantarkan dalam kehidupan kita bukan disengajakan. Apabila diuji, kita hanya perlu cari jalan penyelesaian. Sepanjang proses kehidupan, akan ada pelbagai kesenangan dan kesusahan yang datang silih berganti. Jika mahu dihurai satu demi satu episod kehidupan, ia terlalu banyak untuk dipersembahkan. Tentang takdir, tentang kematian, tentang kehilangan, tentang penghijrahan dan pelbagai lagi ujian dan peringatan yang Allah hantarkan. Bersama semua itu, Allah turut hantarkan hikmah agar kita tahu bahawa setiap sesuatu yang terjadi di dunia ini bukan sengaja Allah biarkan kita melaluinya.

Penulis persembahkan buku ALLAH KAN ADA ini sebagai sebuah buku motivasi yang mampu mendidik pembaca untuk membuka mata dan menyingkap makna di sebalik kehadiran ujian dalam kehidupan kita. Selamat membaca buku ini. Moga ada ibrah dan kebaikan yang kalian temui di dalam buku ini dan semoga perkongsian di dalam buku ini mampu memberi manfaat kepada pembaca serta ladang pahala buat penulis.