NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, 28 December 2010

Bawa Hatimu Kepada Tuhan ~ Amaluddin Mohd Napiah

Gabungan mutiara-mutiara pengajaran dalam pembentukan HATI yang sejahtera. Membicarakan tentang konsep ketuhanan dan pengabdian dengan huraian yang ringkas, padat dan mudah difahami. Pastinya HATI ini terseret dan tersentuh dengan setiap persoalan yang membawa kita merenung dan menilai di mana letaknya HATI. Hingga akhirnya kita akan bertanya, sudah sampaikah masanya untuk kita membawa HATI ini kepada TUHAN?

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Rindu Bau Pohon Tin ~ Hasrizal Abdul Jamil

Merupakan catatan kembara penulis di bumi Jordan. Penulis merakamkan pelbagai iktibar kehidupan, berkongsi cerita, memberi rasa dalam tawa dan air mata. Jauh dari kampung halaman, kelananya sering dilanda payah dan derita. Namun kenangan yang menjenguk selepas perjalanan masa, rindu pula bertamu di jiwa. Nostalgia itu yang memperkenalkan erti kehidupan ukhwah dan kasih sayang.

*****

(SEM) RM18.00 - RM15.80
(S/S) RM20.00 - RM17.60

Monday, 20 December 2010

Indahnya Amalan Doa ~ Dato' Ismail Kamus

Doa adalah antara ajaran Islam yang terpenting yang menjadi tunjang atau tulang belakang kepada ajaran akidah Islamiah kerana rapatnya hubungan doa dengan kekuasaan Allah s.w.t., Tuhan yang menjadikan dan mentadbir alam ini. Doa boleh mengubah persepsi hidup eorang insan daripada seorang yang lemah serta tidak berdaya maju menjadi seorang yang bermotivasi tinggi dan bekerja keras. Malah sebahagian daripada kejayaan yang dicapai oleh orang bukan Islam adalah daripada pegangan dan keyakinan doa yang mereka panjatkan kepada "Tuhan" mereka walaupun pada hakikatnya Allah s.w.t. jua yang menyempurnakan permintaan dan hajat mereka itu.

*****

(SEM) RM35.00 - RM30.80
(S/S) RM38.00 - RM33.40

Monday, 13 December 2010

Iman Suraya ~ Areila Sahimi

Ajal maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Di Tanah Mahsuri, Iman Randhiff dan Suraya Dania bertemu. Suraya ke sana sekadar mahu menghiburkan diri sebelum bergelar seorang isteri. Iman pula membawa diri apabila kisah cintanya tidak menjadi. Di sana mereka berkenalan dengan status berkawan. Sekembalinya ke tempat tinggal masing-masing, mereka meneruskan kehidupan seperti sedia kala. Suraya sudah bersedia menjadi seorang isteri kepada Azim dan Iman pula sedang belajar untuk menerima realiti pada takdir cintanya yang dirasakan perit sekali.

Takdir Tuhan, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Mungkin sudah tertulis bukan jodoh Suraya dengan Azim apabila tunangannya itu pergi menghadap Ilahi. Dia tabah meneruskan hidup bersama kenangan dengan lelaki kesayangannya itu. Walau siapa pun yang datang, dia berusaha untuk kukuh setia bersama cinta arwah tunangnya. Iman pula, sekembali ke rumah, Iman masih dibelenggu oleh rasa cinta kepada si kakak iparnya yang dahulunya kekasih hatinya. Namun, seringkali juga kenangan bersama tunangan orang itu datang bertubi-tubi. Cinta tanpa isyarat. Datangnya tanpa sedar. Akur. Dia jatuh cinta untuk kali kedua.

Selang beberapa tahun mereka berdua bertemu semula tanpa diduga. Di situ persahabatan kembali terjalin antara mereka. Namun, tingkah Suraya tidak lagi seperti dahulu yang banyak cakap, periang dan selamba tetapi kelihatan diam dan sedikit muram. Tetapi azam di dada, hati gadis itu harus dicuri lantas tidak menyedari di belakang gadis itu sentiasa ada Norman Hakim, lelaki yang punya potensi untuk mana-mana gadis di luar sana untuk jatuh cinta padanya.

Susahkah? Bila kisah cinta sudah jadi ala-ala filem Hindustan. Mujur ada 'Wonder Pets' yang sudi membantu dan melengkapkan kisah cinta mereka...

*****

(SEM) RM19.00 - RM16.70
(S/S) RM22.00 - RM19.40

Thursday, 2 December 2010

Rayyan Fantasi ~ Ramlee Awang Murshid

Rahsia susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Aiddin yang berdukacita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.00
STATUS BUKU: ADA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...