Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday, 6 April 2020

Kenapa kita tak habis baca buku yang dibeli?


DAH BELI BUKU, KENAPA TAK HABIS BACA?

Anda pernah ada dalam situasi ni?
Min pernah. Ada yang min baca sekerat-sekerat & ada yang min baca skip beberapa muka surat.
Alasannya?
Ada dalam senarai yang diberikan tu.

Awalan cerita agak lambat - Bila rasa bab pertama tak berapa ngam, rasa nak teruskan baca bab seterusnya. Tapi bila dah 3-4 bab pun still tak sampai 'feel', ada potensi sampai situ aje.

Faktor rakan - Yang ni pun memainkan peranan penting. Sebab mereka tahu citarasa kita. 

Isi buku ada yang menyakitkan hati - Bila terlalu banyak perkaitan yang tak sepatutnya contoh bab politik, seks bebas, mencarut, adalah lebih baik tak habiskan baca.



Banyak kesalahan ejaan - Yang ni pun memainkan peranan. Seolah-olah pihak editor tidak menjaga mutu penerbitan sesebuah buku. Take for granted.



Membeli buku tanpa tujuan - Yang ni selalunya dibeli sekadar nak isi masa lapang. Bila dah baca beberapa bab, rupanya tak kena langsung dengan jiwa.

Memilih buku yang salah - Jarang berlaku tapi adakala terkena juga. Especially bila beli buku time pesta buku & jualan murah.

Gaya penulisan tak kena dengan jiwa - Sesetengah pembaca berusia tidak berapa masuk dengan gaya penulisan penulis muda dan ada juga sebaliknya. Mungkin cara penyampaian terlalu straight forward tapi ada kiasan atau maksud tersirat.

Cerita yang ditulis tak masuk akal / tak realistik - Yang ni selalunya akan berlaku bila penulis syok sendiri menulis buku. Jika kisah science fiction, boleh diterima lagi. Tapi jika ia kisah di situasi sekarang atau real time, buat pembaca rasa macam ada yang tak kena dan tak logik dek akal.

Kekerapan fakta yang dikongsi adalah salah - Ini selalunya berlaku untuk buku-buku travelog, sejarah mahupun buku parenting. Jika kesalahan fakta itu dalam 1-2 sahaja, pembaca boleh menerima ianya typing error. Tapi jika lebih dari itu, pembaca mula rasa sejarah atau fakta cuba diputar belitkan.

Buku yang dibaca tak sampai jangkaan yang diharapkan - Sesetengah pembaca ada tanda aras yang diberikan bila membeli buku. Tanda aras yang mungkin melibatkan gaya penulisan, maksud perkataan yang mudah difaham, fakta yang tepat dan lain-lain. Maka, jika tanda aras tersebut tidak dicapai mengikut kehendaknya, kemungkinan besar, buku tersebut tidak akan habis dibaca.

Komen negatif dari pembaca - Adakala bila kita dah beli buku di kedai buku atau online retail sebab kita suka dengan sinopsisnya, tiba-tiba anda terjumpa komen negatif dari pembaca lain atau rakan anda yang dah baca, ia akan 'spoil the mood' untuk feel membaca hingga habis.

Karektor buku yang tak ngam dengan jiwa - Sesetengah pembaca jika terjumpa dengan karektor yang dia rasa tak patut ada atau annoying, dia lebih suka skip novel tersebut hingga ke bab akhir. Makanya, bab-bab lain sure diabaikan.