ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, 20 December 2011

Amalan Sunnah Selepas Solat & Kelebihannya ~ Muhammad Subki Ab. Rahman, Mohd Rifqi Myidin

Buku ini banyak mendedahkan pelbagai amalan sunnah selepas mengerjakan solat fardu. Amalan-amalan selepas mengerjakan solat fardu ini mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri yang tidak ada tolok bandingannya. Penulis telah menghuraikan tentang amalan-amalan sunat selepas solat dengan membawakan beberapa dalil daripada hadis Nabi SAW dan pendapat para ulama muktabar.

*****

(SEM) RM35.00 - RM30.80
(S/S) RM37.00 - RM32.60

Sehingga Al-Quran Terpahat di Hati ~ Mohd Solleh Ab. Razak

Buku Sehingga al-Quran terpahat Di hati merupakan suatu usaha penulis dalam gagasan menggalakkan umat Islam menghafaz al­-Quran sebagai garis panduan hidup yang mampu memerintah dan memimpin manusia. Al­-Quran merupakan satu mukjizat yang kekal dan abadi untuk selama­lamanya khusus untuk umat Nabi Muhammad SAW. Inilah nikmat yang mampu menunjuk dan memimpin manusia agar berjaya mentadbir hidup di dunia ini menuju kepada hasanah di dunia dan hasanah di akhirat. 

Apabila al­-Quran terpahat di hati, setiap anggota tunduk akur pada arahan al­Quran, setiap langkah tersusun mengikut rentak al-­Quran, setiap tindak tanduk terbias daripada cahaya al-­Quran dan setiap gerak­hidup selari di atas landasan al­-Quran. Itulah harapan. Itulah impian. Bukanlah mustahil bahawa daripada usaha yang kerdil, mampu mencetus sesuatu yang luar biasa sekiranya ia dilakukan dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan.

*****

(SEM) RM30.00 - RM26.40
(S/S) RM32.00 - RM28.20

Tuesday, 13 December 2011

Jutawan Gedik ~ Ain Maisarah

Kelab Jutawan Sri Bangsar? Wow! Ekslusifnya nama kelab terbaru yang ditubuhkan di Sekolah Sri Bangsar! Membuatkan semua berbisik teruja. Mesti sertai kelab baru yang cool bunyinya!

Tidak ketinggalan sibuk mahu turut serta tentulah kumpulan The Wannababes. Yalah, siapa lagi yang layak digelar jutawan jika bukan mereka bertujuh? Mereka sememangnya tujuh pelajar paling kaya dan paling bergaya di seluruh antero sekolah. Selayaknya mereka dilantik jadi teraju utama!

Sewaktu pertemuan pertama, misi kelab diterangkan dengan lebih terperinci. Kelab Jutawan Sri Bangsar sebenarnya penjenamaan baru bagi Kelab Usahawan. Kelab yang mahu mendidik ahlinya berniaga. Berusaha sendiri mendapatkan kewangan supaya nanti boleh bergelar jutawan berjaya.

Sebaik mendengar misi bosan lagi skema itu, tujuh The Wannababes serentak bangun angkat kaki. Urgh! Mereka tidak mahu sertai Kelab Usahawan. Bosan, tidak trendi dan tidak minat mahu berniaga sendiri! Lagipun mengapa perlu bersusah-payah? Mereka sudah dilahirkan dalam keluarga kaya-raya. Tidak perlu kerja pun tidak mengapa! Tiada class jika disuruh berniaga!

Kelakuan The Wannababes membangkitkan rasa marah ahli-ahli lain. Membuatkan guru penasihat kelab itu sendiri mencabar mereka. Mesti jadi jutawan dengan usaha sendiri, bukan dengan duit ibubapa!

Kata-kata cabaran itulah memulakan segalanya. Satu tugasan diberi kepada semua. Misi mencapai RM1 juta menjadi matlamat utama. Buatlah apa cara sekalipun. Asalkan dengan usaha sendiri mencapai RM1 juta.

*****

(SEM) RM19.00 - RM16.70
(S/S) RM22.00 - RM19.40

Sunday, 11 December 2011

Rindu Yang Membara ~ Nass Alina Noah

Apakah ada bahagia setelah diperkosa, didera, dan dihina ? Ah, peritnya untuk bangkit menjadi manusia berhemah apabila sejarah hitam tidak henti-henti mengajar untuk menjadi pendendam yang tidak berperasaan dan membunuh lelaki yang menghancurkan hidupnya, satu demi satu.

Namun, kehadiran Ku Muzammil persis Prince Charming yang datang mengubah hidup malang Cinderellanya. Cinta putera raja itu membuatkan Erin Natasya sering tenggelam di lautan asmara yang bergelora hebat. Semalan rindu semakin sayang dan semakin dendam itu mendesaknya untuk membenci lelaki itu. Namun, rindu gila yang cuba dipinggirkan itu tetap mekar menguntum, tidak pernah layu walaupun musim berganti.

Dalam benci ada rindu, dalam dendam ada kasih, namun lelaki tetap lelaki, setelah Ku Muzammil mempertaruhkan nyawa dan darah sebagai nilai cintanya...sanggupkah Erin membunuh kakasih yang telah berjaya menghuni kamar asmaranya demi melunaskan janji-janji semalam!

*****

(SEM) RM29.00 - RM25.50
(S/S) RM32.00 - RM28.20

Masih Ada Cinta ~ Faizura Mansor

Pencarian cinta membawa Iskandar bertemu secara kebetulan dengan Yana. Gadis yang diselubungi dendam kesumat terhadap insan bergelar lelaki. Dendam Yana membawa parah dalam keluarga. Tunang dirampas kakak kandung sendiri. Dia menjadi saksi pernikahan miliknya membuatkan dendam terhadap bekas tunangnya Farid dan ayahnya Datuk Idrus terus tersemat di sanubari. Hilang kasih, hilang saying, cinta sudah berkubur bersama dendam yang terpahat di hati buat selama-lamanya.

*****

(SEM) RM35.90 - RM31.60
(S/S) RM38.90 - RM34.20

Tuesday, 6 December 2011

Fiksyen 302 ~ Ramlee Awang Murshid

LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.

Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!

RAMLEE AWANG MURSHID dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah di hadapan mata. Melarikan diri adalah perkara mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.10

Thursday, 24 November 2011

Jom sertai kempen "Sayang NAk Buku"


Salam sejahtera kepada pengunjung blog semua.

Kali ini, satu kempen kemasyarakatan sedang dijalankan oleh pihak Jemari Seni dan JS Adiwarna. Program 'Sayang Nak Buku' ini bertujuan untuk menyumbangkan buku kepada perpustakaan @ kutubkhanah sekolah-sekolah yang 'masih lompong'.

Objektif kempen ini adalah:

  1. Membantu menambah jumlah buku untuk kutubkhanah sekolah-sekolah yang memerlukan;
  2. Menyuburkan amalan bersedekah dalam kalangan masyarakat Malaysia;
  3. Menyalurkan buku-buku bermutu tetapi tidak diperlukan lagi di rumah ke saluran yang betul;
  4. Membantu menyelesaikan masalah kekurangan buku bagi sekolah-sekolah yang tercicir mendapat peruntukan untuk kutubkhanah,
  5. Meningkatkan minat membaca kanak-kanak dengan menyediakan buku yang bermutu dan pelbagai variasi untuk mereka.
Sebarang maklumat lanjut berkaitan kempen ini dan juga jika saudara-saudari berminat, bolehlah menghubungi pihak JS Adiwarna di talian 03-89260142 atau emelkan kepada hadiahbuku.warna@gmail.com. Anda juga boleh layari www.jsadiwarna.com untuk info-info lain.

Terima kasih.

Booksville Ent.

Sunday, 20 November 2011

Marilah membantu mereka


Salam pada anda semua yang melayari blog ini.

Di sini saya ingin mengajak atau mempelawa anda semua untuk bersama meringankan beban anak-anak yatim & miskin di TERATAK RAHMAT, Mata Ayer, Perlis. Program bantuan ini dijayakan oleh Grup Ukhwah yang turut dinaungi oleh penulis prolifik, Puan Norhayati Berahim.

Bantuan dari segi kewangan amat diperlukan bagi mereka untuk menampung kehidupan dan persekolahan anak-anak ini. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, saudara/saudari semua boleh menghantar emel ke nbkara@yahoo.com atau langkuit_mn@yahoo.com. Ataupun boleh hubungi terus pihak NB Kara Sdn Bhd di talian 03-8736 4025 atau pergi Facebook mereka.

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatkan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya." (Al-Baqarah: 261)

Keprihatinan anda didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Booksville Ent.

Thursday, 17 November 2011

Dia Yang Kusayang ~ Diya Elora

Di saat aku menyayangimu, gelora keikhlasan cintamu teruja, menjengah keyakinanku, sehingga mengeladakkan arus cinta dan mengucar-ngacirkan benting kesetiaan. Malah, kebencian umpama tombak, menghunus jantungku sehingga berkecai, meranapkan panji-panji cinta yang megah berkibar di puncak kasih. Leburlah sebuah janji yang kita ukir bersama.

Kubiar cintaku direnggu demi maruah diri. Kuketepikan sayang demi kebencian. Kurela melihat kau senyum pada orang lain...

Namun, setiap detik kenangan manis kita menjadi perisai, mampu mengatup kelopak mataku, malah menumpulkan tombak kebencian yang begitu tajam. Biar bibirku membilang benci, namun hatiku tetap memanggil nama mu ... sehingga meruntuhkan tembok rasa.

Di saat cinta menyatu semula, kasihmu terbahagi dua. Kepada dia yang menjadi dian di saat kejerihanmu. Dan aku pula ... bagai orang ketiga. Demi itu, biarlah kusimpan rindu ini ...

*****

(SEM) RM42.70 - RM37.60
(S/S) RM45.70 - RM40.20

Terpenjara di Kamar Sutera ~ Kamsiah Abu

Dalam mengejar cita-citanya, Azmira telah diketemukan dengan Razif, lelaki yang penuh dengan cinta dan kasih sayang yang suci. Ketika kasihnya baru mula berputik, harapan Azmira untuk terus bahgia bersama Razif kecundang kerana dek fitnah yang telah mencemari maruah dirinya. Dalam keterpaksaan Azmira perlu menerima Badrul, lelaki yang langsung tidak pernah dikenalinya.

Gelora dan badai yang menjerok derita di hati Azmira bertambah parah apabila Razif terus-terusan meraih cinta Azmira. Keikhlasan dan kejujuran Razif telah benar-benar menduga kesetiaan dan keimanan Azmira sebagai seorang isteri kepada lelaki yang mencintainya sepenuh jiwa dan raga. Azmira bagaikan tersepit antara tanggung jawab, cinta dan kasih sayang, menjadikan perkahwinan yang dibina secara rahsia semakin goyah.

“Perkahwinan kita ini ibarat sebuah rumah kaca dan semua orang di sekeliling kita ada batu di tangan mereka. Bila-bila masa sahaja rumah kaca itu boleh dipecahkan!… apa yang kita ada untuk mempertahankan rumah kaca itu?…” ungkapan yang amat menyiksakan Azmira.

Kedudukan dan kekayaan keluarga Badrul banyak memberi kekangan kepada usahanya untuk membina bahgia bersama Azmira. Akibat kesilapan yang telah dilakukan oleh ayahnya, patutkah kini Badrul pula yang terpaksa membayarnya? Mengapa Badrul dan Azmira perlu menjadi mangsa keadaan yang bukan silap mereka?

Namun… siapakah kita untuk menolak takdir ALLAH? Dapatkah Badrul dan Azmira mempertahankan perkahwinan mereka yang diibaratkan sebuah rumah kaca? Berjayakah Razif memilikki cinta Azmira?

*****

(SEM) RM19.00 - RM16.70
(S/S) RM22.00 - RM19.40

Bukan Terlarang ~ Nur Hazma

Maisara merenung lama wajah Imran yang sedang lena, lelaki yang terpaksa dikahwininya. Sememangnya hati Maisara rela bersuamikan Imran. Sejak zaman sekolah lagi dia mencintai Imran. Namun, cinta itu tetap menjadi rahsia hatinya.

Sesungguhnya, Maisara menyintai lelaki itu sepenuh jiwa raganya dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dengan rela sedangkan Imran menganggapnya tidak lebih daripada seorang sahabat baik. Perkahwinan mereka pun atas dasar terpaksa. Cinta Imran hanyalah untuk Tina.

Kemesraan Imran terhadapnya sebagai pasangan suami isteri hanyalah sebuah lakonan semata-mata, demi menjaga hati emaknya yang amat menyayangi Maisara sebagai seorang menantu. Namun, Maisara tidak tahu sampai bila dia mampu bertahan, merelakan dirinya seumpama pohon yang semakin layu kerana tidak disiram. Dia mahukan keadilan untuk diri dan maruahnya sebagai wanita.

Mampukah dia meraih cinta Imran atau akan berkuburkah perkahwinan mereka seperti yang telah dirancang oleh Imran?

*****

(SEM) RM35.00 - RM30.80
(S/S) RM38.00 - RM33.40

Menggamit Syurga Firdaus ~ Kamsiah Abu

Natasha dan Zamir setia membajai cinta pertama. Segalanya bagaikan sempurna. Malang sekali cinta mereka kecundang dek badai takdir yang melanda. Kasih yang membunga terlerai diragut tragedi hiba. Natasha berkelana meneruskan kehidupan. Hatinya tawar untuk menerima sebarang cinta lain. Baginya, Zamir tiada taranya. Cinta Zamir terlalu agung sehingga tiada siapa yang mampu menandingi. 

Tetapi, haruskah dia menyisihkan setiap cinta yang hadir? Natasha bertambah keliru apabila jodohnya dengan Firdaus - lelaki yang tidak pernah dikenali sama sekali - diaturkan oleh kedua-dua orang tuanya. Tiada daya lagi Natasha menolaknya.

*****

(SEM) RM26.00 - RM22.90
(S/S) RM29.00 - RM25.50

Sesegar Nailofar ~ Zaid Akhtar

Menjadi siswa menuntut upaya ilmu. Upaya kepimpinan. Upaya iltizam, intelek, sabar cekal kental. Iqbal siswa tahun akhir, merenangi laut duga di bumi Isra' bersarna sekalian rafik-Syahid penuh wibawa, Hamizan si tukang masak, Widya si teguh prinsip, Nur Hazwani penyokong yang lembut, dan Icha yang memahami, serta Aiman pejuang Palestin yang sentiasa diburu ancaman.

Sibuk mendepani imtihan, dipasung rindu resah kepada Salsabila yang jauh, disakat oleh pengagum yang tak pernah alah mengacah lewat selindung e-mel, Iqbal ditahan, disoal siasat atas nama jihad.

Sesegar kuntuman nailofar diapung air, Iqbal tidak pernah layu oleh gelombang ganas walau atma jadi taruhan.

*****

(SEM) RM14.70 - RM12.90
(S/S) RM17.70 - RM15.60

Sunday, 13 November 2011

Noorah ~ Ummu Hani Abu Hassan

NOORAH merupakan sebuah kisah benar mengenai kisah hidup seorang wanita Inggeris berhati tabah. Perjalanan hidupnya penuh dengan cubaan. Zaman remaja dilatari dengan pelbagai tragedi hitam sehingga dia disumbat ke penjara Yorkshire.
Sama saja bagi Kathryn Bennet sama ada dia tinggal di rumah atau menghuni penjara juvana di Yorkshire. Kedua-duanya ‘dahsyat’ dan ‘teruk’. Namun segalanya berubah selepas dia berhijrah ke Bahrain, seterusnya ke London untuk bergelar Muslimah. Itu saatnya dia sentiasa dapat menghirup sisa manis dalam wadah ujian Allah. Maka dia masih boleh tenang melalui kepahitan hidup berumah tangga. 

Dia pasrah meredah ribuan kilometer untuk menjejaki tiga anak yang dilarikan bekas suami. Dia redha bergelar ibu tunggal kali kedua dan sekali gus mengambil peranan ayah untuk menyara enam orang anak di kota London. Dia juga mampu sabar diuji penyakit digeruni. Kerana dia yakin dengan besarnya hikmah di sebalik musibah.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Thursday, 20 October 2011

Ekspo Buku Islam & Festival Buku Kanak2



Salam semua...
Dapatkan pelbagai buku-buku Islamik dari pelbagai terbitan di Ekspo Buku Islam yang akan berlangsung di KL Sentral pada 26 Oktober - 1 November 2011. Ekspo bermula jam 9 pagi sehingga 9 malam. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung seperti kuiz, pertandingan mewarna untuk kanak2, pelancaran buku baru, sesi bersama penulis & yg paling penting sekali DISKAUN 50% utk buku2 terpilih...


Anda juga dijemput hadir ke Festival Buku Kanak-kanak yang dianjurkan oleh pihak Perpustakaan Kuala Lumpur (berhampiran Dataran Merdeka). Festival berlangsung dari 27 Oktober - 2 November 2011. Festival bermula dari jam 10 pagi sehingga 6 petang. Antara aktiviti menarik yang bakal berlangsung adalah sesi bercerita & pertandingan bercerita, demostrasi origami, pameran buku, sesi bersama penulis dan pelbagai lagi. 

Monday, 17 October 2011

Awak Suka Saya Tak? ~ Melur Jelita

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha

***** 

(SEM) RM35.00 - RM30.80
(S/S) RM38.00 - RM33.40

Thursday, 13 October 2011

Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia ~ Umar M. Noor

Buku ini merupakan himpunan kisah dan riwayat hidup para ulama yang sangat kaya dengan pelbagai ilmu dan hikmah yang dapat diambil pengajaran daripadanya. Setiap ulasan diiringi dengan pelbagai nukilan daripada al-Quran, as-Sunnah dan ucapan para ulama, lalu mengaitkannya dengan realiti kehidupan kita pada hari ini. Kita dapat berkenalan, berziarah, dan belajar daripada ulama-ulama ini. Satu kaedah pendidikan akhlak yang menarik dan mudah terpaut di hati. 

Tetapkan fokus, mencontohi akhlak Rasulullah SAW sebagai panduan. Jadikan buku ini sebagai bacaan dalam perjalanan, hadiah buat teman dan keluarga atau dijadikan bahan nasihat dalam usrah anda. Mudah-mudahan setelah itu, kita dapat mengamalkan akhlak mereka dan menghidupkannya dalam kehidupan ini.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM22.00 - RM19.40

Takwil Hadis ~ Umar M. Noor

Dewasa ini, umat Islam sedang mengalami kesedaran untuk merujuk kepada hadis dalam pelbagai perkara. Fenomena ini amat ketara dalam beberapa siri ceramah agama bukan sahaja di radio dan di televisyen, bahkan dalam artikel laman blog dan buku-buku yang dicetak secara meluas. Senario ini tentu sahaja positif dan selari dengan anjuran Islam agar terpelihara kemurnian sumber akidah dan syariah kita. 

Namun begitu, perkara ini masih belum diiringi dengan kesedaran untuk menerapkan metode (cara) pentafsiran isi hadis yang tepat sebagaimana manhaj ulama. Akibatnya, berbagai-bagai fatwa pelik yang kita dengar. Kemunculan puak sesat yang mengajarkan doktrin menyimpang daripada kefahaman jumhur ulama menggunakan nama hadis dan sunah makin membimbangkan masyarakat.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM22.00 - RM19.40

Menyingkap Kehebatan Nama-nama Allah ~ Wahid Haniff dan Azrul Ismail

Buku ini memerihalkan tentang nama-nama bagi Allah SWT yang menjadi lambang sifat-sifat-Nya berlandaskan dalil al-Quran dan hadis-hadis sahih. Ia padat dengan kisah-kisah hikmah yang menarik untuk menguatkan lagi pemahaman pembaca tentang nama-nama Allah SWT. 

Buku ini juga bukan sahaja mampu menguatkan keimanan kita kepada Allah SWT bahkan menjadi pedoman hidup agar mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

*****

(SEM) RM10.00 - RM8.80
(S/S) RM12.00 - RM10.60

Thursday, 6 October 2011

Rindu Tanpa Kata ~ Ain Marissa

Sueraya, gadis lembut yang periang. Walauun disisih oleh ibu kandung, tidak pernah sebesar zarah pun terbit dihati untuk membenci ibunya. Persoalan bermain diminda, mengapa aku disisihkan? Mengapa aku di benci? Namun ianya berlalu tanpa jawapan yang pasti.....Perlukah Sueraya bertanya lagi?
Duka membaluti hidup Sueraya, apabila dia lumpuh selepas terjadi satu insiden, hidup ibarat bernyawa tapi tidak berjasad...Tanpa lafaz dibibir dia reda dan pasrah dengan suratan hidupnya apabila dijodohkan dengan anak orang gajinya, Firrhan.

"Hisy...tak naklah Firr. Macam mana nak kahwin dengan dia, mak? Firr pun tak kenal dia, ini baru pertama kali tengok dia, dalam keadaan macam tu pulak... Sesiapa pun akan terfikir banyak kali mak, kalau nak kahwin dengan dia, lagi pun Firr dah ada orang lain dalam hati Firr."
Emilia gadis yang diimpikannya, hanya dia ratu hatinya, hanya dia cinta pertamanya.

"Ya Allah, jika aku boleh berkata-kata, ingin kuucapkan terima kasih yang tidak terhingga pada insan-insan yang menyayangi diriku. Firrhan, walaupun Sue tidak mengenali dirimu, maafkan Sue di atas segala yang berlaku.Maafkan Sue!"

Sebagai manusia kita hanya mampu merancang, namun percayalah keikhlasan doa dan keagungan kasih akan merubah takdir.

*****

(SEM) RM22.90 - RM20.10
(S/S) RM25.90 - RM22.80

Monday, 19 September 2011

Percuma!!! Penanda Buku Bersadur Perak

PERCUMA !!! PENANDA BUKU BERSADUR PERAK DENGAN PELBAGAI UKIRAN EDISI TERHAD


Sempena sambutan Hari Malaysia, kami ingin memberikan anda penanda buku bersadur perak dengan pelbagai jenis ukiran menarik SECARA PERCUMA!!!


Mudah saja, anda hanya perlu membuat pembelian minimum 4 buah buku. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
1. 2 buah buku terbitan Karangkraf + 1 buah buku terbitan Jemari Seni + 1 @ lebih buku dari penerbit lain ATAU
2. 2 buah buku terbitan Karangkraf + 1 buah buku terbitan NB Kara + 1 @lebih buku dari penerbit lain ATAU
3. 2 buah buku terbitan Karangkraf + 1 buah buku terbitan Jemari Seni + 1 buah buku terbitan NB Kara ATAU
4. 2 buah buku terbitan Karangkraf + 2 buah buku terbitan Jemari Seni @ NB Kara

Promosi ini bermula dari 16 September -25 September 2011. Setiap belian, hanya mendapat sebuah penanda buku sahaja.


STOK ADALAH TERHAD. SIAPA CEPAT DIA DAPAT...

Monday, 12 September 2011

Ekspo Buku Islam di KL Sentral...


Dapatkan buku-buku Islamik dari Sinergi Ilmu, Telaga Biru, Galeri Ilmu, Jemari Seni, Mustread & MMP Communications. Ekspo akan berlangsung di Stesen Sentral KL @ KL Sentral pada 26/10/2011-1/11/2011.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik boleh disertai dan dapatkan juga potongan hingga 50% bagi harga buku-buku terpilih.

Tuesday, 23 August 2011

Cuti Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri


Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung blog dan pelanggan Booksville yang dikasihi.

Sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri ini, pihak kami akan mula bercuti 25 Ogos 2011 (Khamis) sehingga 4 September 2011 (Ahad).

Jika ada para pelanggan yang ingin menempah buku dalam masa cuti, tidak menjadi masalah. Cuma segala proses jual beli hanya akan bermula pada 5 Ogos 2011 nanti.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Atas Segala Kekurangan Sepanjang Urusan Jual Beli Berlangsung. 

Monday, 11 July 2011

Setia Hujung Nyawa ~ Fatin Nabila

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah ╩╗menyentuh╩╝ isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukum an ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.10

Sunday, 19 June 2011

Kau Yang Satu ~ Nia Azalea

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Bot milik peribadi Datok Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut Cina Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Mustaza dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman.

Taufik tidak setuju dengan cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.

Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli.

Bahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?

Monday, 30 May 2011

Bantuan Anda Amatlah Diperlukan & Dihargai...


Assalammualaikum para pembaca semua...
Jika ada saudara/saudari yang berminat untuk beramal dan membantu, bolehlah saudara/saudari menghulurkan sedikit bantuan ke Pusat Jagaan Rumah Anak-anak Yatim/Miskin di Taman Baiduri, Dengkil ini.

Saudari/saudari boleh juga menghubungi terus pihak pengurusan pusat jagaan ini untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Bantuan anda didahulukan dengan ucapan terima kasih...

1. Pejabat Pengurusan Pusat Jagaan Rumah Anak-anak Yatim/Miskin: 03-87688507
2. En. Mohd Shukry Md. Latar: 019-6539701
3. Ust. Helmi Jamaludin: 012-5774873

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya”.
(Surah Al-Baqarah: 261)

Monday, 23 May 2011

Tuan Rumah Pembantu Rumah ~ Orkid Edyliyne

“Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... Hmm?”

Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.

Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.

Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkaikannya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukan ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.

Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta menrungkai semua yang terjadi?

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.00

Wednesday, 18 May 2011

Kasih Yang Suci ~ Meen Zulaikha

Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk meninggalkan walau satu patah perkataan pun. Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan?

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM22.10

Tuesday, 10 May 2011

Ensiklopedia Solat ~ Pelbagai Penulis

Ensiklopedia ini harus menjadi rujukan yang penting bagi kegunaan pusat sumber, perpustakaan awam, pusat pengajian tinggi, sekolah, masjid, madrasah, kelas pengajian malah setiap rumah harus memilikinya untuk panduan seisi keluarga. Kelebihan Ensiklopedia Solat ini:
  1. Maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan solat.
  2. Keistimewaan ensiklopedia ini berbanding dengan ensiklopedia lain yang ada dalam pasaran kerana mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek, fiqah, falsafah, sejarah dan saintifik.
  3. Setiap entri disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu supaya sesuai untuk rujukan kontemporari.
  4. Disusun mengikut pendekatan mesra pembaca.
  5. Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual.
  6. Semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no. hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan.

*****

(SEM) RM100.00 - RM88.00
(S/S) RM102.00 -RM89.80

Beduk Diketuk ~ Pahrol Mohd Juoi

Buku ini merupakan koleksi tulisan Imam Global @ Ustaz Pahrol Mohd Juoi di dalam Majalah Solusi yang diterbitkan dengan beberapa nilai tambah
Apabila beduk diketuk, tentulah ada yang rasa terkejut, tak senang malah ada kalanya ‘bingit’, namun sebaik menyedari untuk apa beduk itu diketuk. Kita akan mula memberi perhatian, mendengarnya dengan teliti dan bertindak selaras dengan mesej yang dibawanya. Suara peringatan ada kalanya tidak perlu terlalu nyaring, namun cukup sekadar dapat didengar oleh telinga dan hati. Orang yang bijaksana akan lebih terkesan oleh bisikan berbanding jeritan. 

 Nilai tambah dalam buku ini adalah ilustrasi yang penuh makna daripada saudara Nik Wafdi. Ilustrasi mampu mengangkat mesej berbanding ratusan malah ribuan kata-kata. Dan kami yakin pembaca akan teruja oleh usikan nakal namun penuh makna daripada pelukis tersebut. Dengan ini bahagian otak kanan (ilustrasi) dan kiri (kata-kata) para pembaca akan diaktifkan secara optimum bagi memantapkan lagi kefahaman dan penghayatan.


*****

(SEM) RM26.00 - RM22.90
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Wahai Tuhan, Engkaulah Penyembuh: Doa, Jampi & Amalan Dalam Perubatan Islam ~ Dato' Ismail Kamus

Buku ini menampilkan doa-doa terpilih daripada al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang amat mustajab untuk mengubat penyakit rohaniah yang tidak mungkin disembuhkan oleh perubatan secara fizikal semata-mata. 


Disertakan juga lafaz dan cara beristighfar yang digunakan untuk membersihkan hati agar doa kita lebih cepat sampai kepada Allah SWT serta dimakbulkan. Istighfar dan taubat juga boleh menghindarkan diri kita daripada bersarangnya sifat-sifat mazmumah dalam diri, sebaliknya diganti dengan sifat mahmudah. 


Buku ini juga menampilkan susunan wirid dan zikir untuk pendinding diri serta merawat gangguan jin, syaitan, sihir dan santau. Keseluruhan amalan yang terkandung dalam buku ini merupakan “senjata” bagi orang Mukmin yang mungkin lebih hebat dan berkesan daripada senjata lahiriah yang digunakan untuk memerangi musuh.


*****


(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM22.00 - RM19.40

Saturday, 7 May 2011

7 Hari Mencintaiku ~ Siti Rosmizah

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati  nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….”

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya. Segalanya akan terungkai dalam novel setebal 1050 mukasurat ini. 



*****


(SEM) RM32.90 - RM29.00
(S/S) RM35.90 - RM31.69

Thursday, 5 May 2011

Sutera Bidadari ~ Ramlee Awang Mushid


SAIFUDIN - Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah enam purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia. 

RAJA ROMAN - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya... Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawanya. 

MAKHLUK SUMPAHAN - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding.

SAIFULLAH - Pada abad ke-21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511. 

*****

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Monday, 25 April 2011

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki ~ Norhayati Berahim

KEMBALI SEMULA UNTUK PEMINAT!!!

Dia selesa hidup di dalam kesederhanaan. Kemewahan padanya sering melalaikan. Punca ayah lupa diri, lupa tanggungjawab dan lupa pada mamanya yang setia. Mama yang sebelum ini menjadi tulang belakang kepada empayar yang dibina.

Tercabar dan dicabar; tidak menjadi kudis padanya. Melayan rasa sakit hati jua hanya membuang masa. Dia memiliki prinsip diri yang harus dipertahankan dan dihormati. Lalu kedudukan itu bukan ukurannya.

*****

(SEM) RM22.90 - RM21.80
(S/S) RM25.90 - RM24.60

Tuesday, 12 April 2011

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2011

Lagi 9 hari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 akan berlangsung di PWTC. So, kepada peminat-peminat buku semua, jangan lupa serbu untuk dapatkan buku2 yang diminati dengan harga diskaun + sesi bersama penulis di gerai penerbit2 buku. Selamat Berpesta... :)

Saturday, 19 February 2011

Lafazkan Kalimah Cintamu ~ Siti Rosmizah

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. 23 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya. 


Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api  kebenciaan terhadap dirinya. 


Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?


*****


(SEM) RM26.90 - RM23.70
(S/S) RM29.90 - RM26.30

Thursday, 10 February 2011

Rindu Di Awan Biru ~ Meen Zulaikha

JANGANKAN berkahwin, bercinta pun Hanan tidak ingin. Menjadi seorang isteri tiada di dalam kamus hidupnya. Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia. Baginya, lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi suami.

Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki. Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu di Istanbul bagaikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tapi takdir menentukan dia bukan setakat menjadi seorang isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.

Akibat difitnah, Hanan diceraikan dengan talak tiga. Dalam pilu, dia diburu rindu. Dalam duka, dia mengharapkan bahagia. Sanggupkah dia bercina buta untuk kembali ke pangkuan Akmal, sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya di dalam hidupnya?



*****


(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...