ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Saturday, 28 July 2012

Kertas Kerja Konvensyen Fiqh Ummah ~ Kumpulan Penulis K-Fiqh

Sesungguhnya yang sangat ditekankan dalam dakwah Islam kepada agama dan dunia adalah dengan mengajak manusia untuk tidak berlebih-lebihan dalam kedua-duanya. Justeru, penyebab keistimewaan Islam itu adalah dengan menjauhi kemewahan dan mengajaknya kepada kesederhanaan dalam segala bidang yang berkaitan kehidupan manusia. Bahkan dalam masalah ibadah, agama Islam melarang untuk berlebih-lebihan. Islam menempatkan manusia sesuai dengan hidupnya, bukan hanya menekankan rohani tanpa jasmani atau jasmani tanpa rohani semata-mata, tetapi Islam menekankan keseimbangan rohani dan jasmani agar manusia bahagia dunia dan Akhirat. Bagaimanakah caranya untuk mencapai semua itu? Jawapannya terkandung dalam Konvensyen Fiqh Ummah.

*****

(SEM) RM30.00 - RM26.40
(S/S) RM32.00 - RM28.20

101 Doa Mohon Makbul ~ Dr. Hj. Zahazan Mohamed, Nik Wafdi Nik Jaafar

Buku ini merupakan garapan menarik daripada buku 101 Doa daripada Hadis-hadis Sahih, tulisan Dr. Zahazan Mohamed. Dipersembahkan semula secara santai dan menarik dengan ilustrasi kartun yang menghiburkan oleh Nik Wafdi Nik Jaafar (Kartunis Nik). Keistimewaan buku ini ialah ia sesuai dibaca semua peringkat umur dan persembahan isi berbentuk santai dan humor. Ia dapat mendekatkan pembaca kepada hadis dan ayat-ayatnya mudah untuk difahami dan dihayati. Ia juga mudah dibawa sebagai bahan bacaan ringan da ia sesuai dijadikan cenderahati dan bimbingan kepada remaja malah ilustrasi berwarna sepenuhnya.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM22.00 - RM19.40

Thursday, 19 July 2012

Kerana Terpaksa Aku Relakan ~ Umie Nadzimah

Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.

Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.

Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum.

“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin

Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…

“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina

“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak sama ke angan kita?” – Tajul Razin

*****

(SEM) RM27.00 - RM23.80
(S/S) RM30.00 - RM26.40

Siapa Orang Gajiku ~ Azimah Lily

Semuanya gara-gara Datin Sharifah Mawar. Kerana ingin melarikan diri dari ibunya, Aina bersetuju dengan tawaran nenek Rina, Tengku Fauziah.

Orang Gaji!!! Itu pilihan kerja yang dia ada sementara menyembunyikan diri dari kehendak ibunya sendiri. Selain itu, Tengku Fauziah juga meletakkan syarat yang lain pula. Orang gaji hanyalah alasan sahaja. Tujuan sebenar Aina adalah untuk merawat cucu Tengku Fauziah, Tengku Haikal Iskandar.

“Saya tak sangka masa tuan kecil dulu, tuan suka pakai pakaian perempuan.” – Sharifah Aina Aishah

"Kau ingat aku pakai baju ni dengan rela hati ke? Ini semua salah Mamee Monster tu. Eh… macam mana kau dapat gambar ni, hah?” Tengku Haikal Iskandar

"Rahsia. Inilah urus niaga yang saya cakapkan tadi. Mulai esok tuan mesti mula bekerja di pejabat.” –Sharifah Aina Aishah

Kehilangan tunangnya, Sofea pada hari pernikahan mereka menyebabkan Tengku Haikal Iskandar kecewa dan putus harapan untuk hidup. Sikap Tengku Haikal Iskandar yang degil dan kurang ajar menyebabkan Aina hilang sabar. Walau apapun, Aina harus melaksanakan tugasnya. Sementara itu, kehadiran Aina tidak disenangi oleh ibu Tengku Haikal, Tengku Fazira. Baginya, Aina ada agenda.

Sehingga bila Aina dapat menyembunyikan identitinya yang sebenar? Dapatkah Aina meneruskan hari-harinya di rumah itu dengan tenang? Semakin hari, Tengku Haikal Iskandar mencurigai identiti Aina. Dapatkah Aina merahsiakan identitinya sebagai Sharifah Aina Aishah?

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.10

Monday, 16 July 2012

Gadisku, Wan Adnin ~ Noor Suraya

cinta itu kurniaan Allah
jatuh dalam hati-hati hamba-Nya

Wan Adnin satu-satunya cucu perempuan Wan Suhaidah. Neneknya itu wanita aristokrat yang hidup dalam zaman yang salah. Dia mahu tentukan pasangan hidup Adnin. Dia mahu Adnin mendapat suami yang sedarjat. Satu per satu pinangan orang Wan Suhaidah tolak sehinggalah hadirnya Ahmad Akhtar...

“Tapi kalau Tok Bonda kau tu panjang umur sampai seratus tahun, macam mana? Cuba kira berapa lama kau kena ‘kelola’ dia di sini. Kira umur kau sudah berapa waktu tu?”

“Haniiii!”

“59!!!” Cepat sahaja Zie mengira. Mentang-mentanglah emaknya itu ada kedai runcit kampung.

Adnin ambil bantal dan memukul mesra Hani, kemudian Zie.

Jahat!

“Adnin! Kau ingat Akhtar nak kahwin dengan kau yang sudah nenek-nenek waktu tu! 59, Adnin, 59! Ingat tu,” sambung Hani. Sementara itu Zie pula membuat gema mengulang usikan Hani: ‘59, Adnin, 59! Ingat tu’.

Sheri dan Zila sudah ketawa. Tidak tahan.

“Yalah, kalau dah betul Akhtar tu cinta kat kau separuh mati pun, padan patutlah... takkan sampai tua kerepot pun dia masih setia nak tunggu!” tambah Zie menambah benzin.

Sampainya hati mereka kata macam tu dekat Tok Bonda. Kawan-kawannya itu tak pernah berhenti ‘membasuh otak’nya supaya ‘menderhaka’.

Jadi apa yang Adnin pilih? Ikut rasa Tok Bondanya, atau ikut kata hati! Tapi kata peribahasa lama pula, ikut rasa... binasa, ikut hati... mati!

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Urusan Cinta Belum Selesai ~ Imaen

Sudah lima hari Cinta ke Tanah Suci.

Dan Rauf (konon-kononnya) sudah berikrar tak mahu peduli lagi pada Cinta. Sebut nama Cinta pun dia tak mahu lagi. Apatah lagi mahu merasa Cinta itu juita hatinya. Lima hari ke, 50 hari ke, 500 hari ke, 5 000 hari ke, 50 000 hari ke, bukan ada kena-mengena dengan aku pun.

Betul ke begitu, Rauf... betul ke tak mahu peduli?

TAK... memang tak begitu. Dia memang rindu pada Cinta. Amat rindu. Sebelum ini, kalau dia rindu pada Cinta, dia akan buka Google Map. Kemudian taip alamat Cinta. Tak dapat tengok Cinta dapat tengok bumbung rumah Cinta samar-samar dalam Google Map pun cukuplah. Tapi kini dia tak berbuat begitu lagi. Dia lawan perasaannya itu. Lawan sungguh-sungguh macam HAMAS lawan Israel. Lawan sampai menang atau mati!

Payah sungguh melepaskan diri daripada Cinta!

Sebab...???

Rauf ini mencari makan seputar novel Melayu. Sedang perkataan ‘cinta’ mungkin antara perkataan yang paling banyak ada dalam banyak novel Melayu di Malaysia selepas perkataan ‘aku’, ‘kau’, ‘mu’, ‘pandang’, ‘renung’, ‘tenung’, ‘kata’, ‘tanya’ dan ‘senyum’.

Dan setiap kali dia menemui perkataan

‘cinta’ dia akan teringat pada Cinta.

Tak patut sungguh bapa Cinta dulu namakan anaknya Cinta. Hanya menyusahkan orang yang mencintai anaknya tapi cinta tak berbalas saja!

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Setelah Hati Dimiliki ~ Rozita Abd. Wahab

Disebabkan onar yang dibuat oleh Amni, Auni yang terpaksa menjadi galang-gantinya. Dia dipinta meneruskan sebuah perkahwinan tanpa kerelaan hati. Demi maruah keluarga dan rahsia yang selama ini tersimpan kemas, dia menerima jua Fikri sebagai suaminya. Tiada secubit pun rasa kasih yang wujud di ruang hati tatkala lafaz akad itu bergema. Auni berasa kesal kerana menerima lelaki yang tidak dikasihinya. Dia cuba memujuk hati untuk menyayangi Fikri, namun dia takut diusik rasa kecewa. Dia dapat merasakan bakal menjadi janda sebaik saja cerita yang satu itu terbongkar.

Seiring masa berlalu, lelaki yang diterima tanpa rela itu akhirnya berjaya juga meraih kasihnya. Namun, semuanya musnah sebaik sahaja Fikri mendapat tahu status dirinya yang sebenar. Dia diceraikan tanpa sedikit pun rasa simpati. Setelah hatinya dimiliki, mengapa begitu mudah ia dilukai? Kenapa dia harus merasakan kesakitan itu lagi? Namun, jatuh sekali tidak bererti akan rebah sekali lagi. Dia bangkit membina semangat untuk meneruskan kehidupan. Semoga kebahagiaan akan menjadi miliknya yang abadi.

*****

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Friday, 13 July 2012

Bakal Isteriku, Gangsternya! ~ Crystal Anabella

Zyya Adrianna Bella, nama yang indah secantik rupanya, tapi perangai macam gengster. Berumur 17 tahun dan bersekolah dalam sebuah sekolah persendirian yang didirikan papanya, Tan Sri Iskandar. Dikelilingi hero-hero yang sentiasa menjaga kebajikannya, Rayya, Ilham, Faryzal dan Nazarul.
Tengku Syamrein Ashraf, pewaris tunggal empayar Harizen Corporation yang baru pulang dari Amerika. Niat di hati ingin mencari Zyya yang dirindui. Akhirnya bertembung dengan Bella, langsung jatuh hati. Sanggup jadi tutor peribadi di sisi ‘Gangster Princess’ hanya kerana nak ubah perangai Bella supaya jadi Zyya.

“Awak tau tak Bella, walau setinggi mana pun awak dijunjung, jangan sesekali awak terniat untuk menindas orang di bawah awak. Saya tahulah awak tu princess, tapi tak payahlah sampai nak cederakan orang lain! Awak tak ada otak ke untuk berfikir mana yang baik mana yang buruk!”

Mampukah Syamrein mengubah perangai Bella yang agak gengster dan menyakitkan hati itu? Apakah dia sebenarnya memang sudah jatuh hati pada Bella? Bisakan Bella yang gangster menjadi seorang yang lemah lembut? Apa yang pasti, Syamrein dan Bella, bolehkah berjalan seiring?

*****

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Monday, 2 July 2012

Saya Muslim, Awak Iman ~ Nur Fizkkmi Satar

Andai cinta hadir untukku,
hadirkanlah seseorang yang hatinya terpaut pada-Mu

Sejak mereka kenal, ada sahaja yang tidak kena. Ada sahaja salah faham. Iman dengan angin puting beliungnya. Muslim dengan angin pembakar amarah Si Iman.

“Perempuan ni kalau kecik-kecik dah malas, dah besar nanti, susah nak buat jadi bini!”
“Lelaki kalau kecik-kecik mulut dah macam longkang, dah besar nanti tak boleh jadi laki.”
“Iman… Muslim… sudah. Nanti kamu berdua yang abang kahwinkan.”
“Tak nak!!!”
“Kuat jodoh ni, cakap pun main serentak aje ni. Sesuai la kau orang.”
“Tak nak jugak!!!”

Benarkah tiada ruang untuk Iman-Muslim itu berdamai?
Kehilangan seorang adik merubah Iman dan membuatkan Muslim mati kata. Tatkala diri baru merasa teguh berdiri, datang pula rombongan meminang yang membuatnya bungkam kembali. Mengapa mesti ‘beliau’ menurut andai Iman bukan pilihannya sendiri? Perlukah Iman reda dengan takdir itu seperti dia reda dengan kehilangan adiknya?

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Kisah Cinta Seribu Wajah ~ Noor Suraya

Enam belas penulis ‘Keluarga JS’ (Adiwarna & Jemari Seni) ‘berpadu suara’ untuk berbicara fasal cinta dalam antologi lapan belas cerpen berwarna-warni ini. Koleksi cerpen Kisah Cinta Seribu Wajah ini adalah ‘kisah’ yang belum pernah diterbitkan di mana-mana media cetak.

Dengarlah bagaimana penulis bercerita fasal kisah cinta mereka; fasal cinta mereka yang dekat dengannya; atau cinta mengikut pemerhatian dan pengertian mereka. Penulisan pelbagai gaya, latar dan teknik ini eksklusif dipersembahkan buat pembaca ‘Keluarga JS’ sebagai hadiah daripada kami untuk anda.

Inilah mereka – Aidah Bakri. Dihsar Ludba Haqifa. Fatihah Pauzihal. Hafizah Iszahanid. Hafizul Osman. Haswida Abu Bakar. Ijazati Habib. Ika Madera. Imaen. John Norafizan. Kamalia. Misdhiaz. Nazawati. Noor Suraya. Pingu Toha. Szalies.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Min, Kopi & Zzzzz ~ Kamisah Majid

“Perniagaan ini kita jalankan secara rahsia sahaja. Jual kepada orang-orang kepercayaan sahaja, dan mereka yang boleh menyimpan rahsia kita dengan selamat tanpa pecah.”

Yasmin atau Min baru sahaja masuk ke sekolah berasrama penuh. Tabiat Min yang kuat tidur menjadi satu masalah besar apabila ia terbawa-bawa hingga ke sekolah baharunya itu. Dia sering kali tertidur di dalam kelas. Rakan-rakannya yang lain turut mengalami masalah yang sama – mengantuk. Kopi menjadi penyelamat mereka. Minuman kopi bukan sahaja untuk Min dan rakan-rakan tetapi turut dijual oleh mereka secara rahsia di dalam asrama.

Mastura dan Siti Asiah, dua orang pengawas yang dengki akan Min dan rakan-rakannya, menyangka mereka cuba mengedar dadah secara rahsia kepada para pelajar asrama. Lalu, mereka ingin membongkar rahsia tersebut.

Mampukah Min dan rakan-rakan menyimpan rahsia mereka daripada diketahui pihak warden dan Puan Pengetua? Apakah kesan daripada jualan serbuk kopi mereka kepada pelajar-pelajar asrama itu? Semuanya bakal terjawab dalam kisah penuh asyik dan lucu ini.

*****

(SEM) RM17.00 - RM15.00
(S/S) RM20.00 - RM17.60
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...