Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 13 February 2017

Siapa Dalam Hati ~ Uji Norizqi

(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

"Agak-agak Abang Hir masih di ruang tamu atau dah masuk bilik ek? Daripada melayan perasaan seorang diri, baik aku keluar tengok tv," getus Aathifah sendirian. Diari disimpan ke dalam laci dan tudung dicapai.

"Eh buat apa aku nak pakai tudung lagi? Lupa pula kami kan dah sah jadi suami isteri. Tak perlu jaga batas lagi. Kenapalah aku masih bertudung ek?" Aathifah tidak jadi pakai tudung. Sebaliknya mencapai sikat dan menyikat rambutnya yang melepasi bahu itu agar rapi.

Melangkah ke ruang tamu, tv masih terpasang. Bermakna Zuhair ada di situ. Berdebar-debar juga Aathifah mahu duduk di sebelah Zuhair tanpa memakai tudung. Maklumlah sudah bertahun-tahun dia pakai tudung di hadapan Zuhair. Tup-tup malam ni dengan selamba dia mendedahkan rambutnya. Tak kisahlah, bukan dia tayang badan seksi pun.

Tidak berkelip mata Zuhair memandang figura berambut panjang itu. Bidadari jatuh dari langit ke? Tapi cepat-cepat dia berpaling. Sekian lama melihat Aathifah bertudung, memanglah dia pelik. Cantik rupanya Nur Aathifah Amni apabila membiarkan rambutnya lepas bebas begitu.

Aathifah mulanya kaget dipandang Zuhair begitu, tapi apabila Zuhair berpaling ke arah lain debaran dalam dadanya kembali sekata.

"Cantik rambut, pakai syampu apa?"

Tidak menahan sungguh soalan Zuhair. Jenama syampu juga yang dia nak tahu. Layan ajelah Aathifah.

Aathifah menyentuh rambutnya. Blur dia dengan soalan tak ada perasaan suaminya itu.

'Relaks Nur Aathifah Amni. Dia tanya pasal syampu bermakna dia pedulilah pasal rambut kau. Bukan tak pandang. Mungkin itu sajalah cara dia memuji.' Aathifah cuba menenangkan hati sendiri.

"Pantene. Kenapa abang nak try guna ke?"

Zuhair geleng. "Rambut pendek macam abang ni pakai syampu apa pun boleh."

"Tak semestinya abang. Kalau tak sesuai, kulit kepala jadi gatal dan berkelemumur."

"Kulit kepala abang tak sensitif pun," balas Zuhair.