NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, 26 August 2013

Penghujung Cintaku ~ Admatiza

Pertemuan yang singkat antara Qistina dan Fairil telah membuahkan rasa cinta yang tak terperi di hati masing-masing. Namun, hanya tinta-tinta hati yang berkata, sedangkan masing-masing memendam sejuta rasa. Pada Qistina, Fairil adalah lelaki yang begitu sempurna untuk disemai cinta bersama. Lelaki yang membuatkan akal fikiran perempuannya goyah. Goyah…Segoyah perasaannya. Namun, jika hanya mainan mata Fairil yang dilayangkan untuk melafazkan getar rasa, sememangnya ia sekadar menambahkan kekeliruan di kotak fikiran Qistina. Mengapa cinta jika hanya bermain mata? Mengapa suka jika hanya tersenyum? Mengapa rindu jika hanya termangu? Dalam kebingungan memahami getaran hati, Fairil pergi meninggalkan Qistina tanpa sepatah kata. Sungguh Qistina termangu sendirian.

“Andai kau pergi meninggalkan aku kerana perempuan itu, aku redha Fairil. Sungguh aku redha. Aku tahu aku bukan selayaknya untuk bergandingan denganmu. Andai cinta ini terus milikmu aku akan pelihara sebaik mungkin. Akan aku cinta kamu di setiap nafasku ini. Namun, andai aku bukan untukmu, akan aku pupuskan cinta ini untuk aku meneruskan hidup dengan yang selayaknya.”

Hati yang lara membawa Qistina, jauh ke perantauan. Di Jerman dia mengubat hati yang luka. Kehadiran Fariz membuka semula lembaran baru dalam hatinya. Dalam gelodak menyemai perasaan cinta, sekali lagi Qistina teruji. Fairil kembali untuk merebut cinta Qistina semula. Tidak! Qistina tidak tega untuk merobek hati Fariz, walau hakikat cintanya hanya milik Fairil selamanya. 

“Sungguh aku tak sangka betapa bodohnya aku meninggalkan dirimu, sayangku. Aku cinta padamu. Cinta setengah mati. Betapa deritanya aku untuk menelan takdir ini. Namun, aku tak sangka hatimu bukan milikku lagi. Ya Tuhanku! Aku mohon padamu, kembalikanlah Qistina semula ke dalam hidupku. Aku tak tega hidup seperti bangkai bernyawa lagi!!!

Cinta Fariz begitu utuh, cintanya begitu suci. Dalam kemelut cinta tiga segi, Qistina bagaikan di persimpangan dilema. 

“Aku amat mencintaimu dan cinta ini akan aku titipkan sehingga ke nafasku yang terakhir. Aku tahu aku hanya orang ketiga tapi aku tak mampu untuk beralah. Aku tak mampu, sayang. Biarlah ajal maut yang memisahkan kita. Jika aku pergi dulu sebelum memilikimu, aku pasrah. Kerana aku tahu pasrah itu berserah. Berserah kepada TUHAN. Kerana hanya DIA yang akan mengadili cinta ini.”

Qistina akur, biarlah takdir yang menentukannya. Takdir yang akan membawa kepada penghujung cintanya.
“Jika kau yang menjadi PENGHUJUNG CINTAKU, aku akan terima. Tetapi, jika orang itu adalah sebaliknya aku redha kerana mungkin dialah pemilik kunci hati di PENGHUJUNG CINTAKU ini…..”

*****

(SEM) RM26.90 - RM23.70
(S/S) RM29.90 - RM26.30

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...