Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday 25 March 2014

Anugerah Terindah ~ Sophilea

Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana - Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah… SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan…

-Tak elok lelaki dan wanita yang bukan mahram keluar bersama.- Mukhriz
-Bukan keluar berdua. Saya, ustaz, Kak Marlia, along, Kreisya, lepas tu ustaz nak ajak kawan satu bilik pun tak apa.- Ariana

PELBAGAI perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

…. Saya dah jatuh hati dengan ustaz. Dah jatuh cinta dengan ustaz. Saya tak nak jawapan sekarang, ustaz fikir-fikirkanlah ya. Moga-moga cara memikat style lama ini buatkan hati ustaz terbuka untuk saya. I have a pen. My pen is blue. I have a boyfriend. My boyfriend is you.

MUKHRIZ pening kepala. Ariana lagilah pening kepala. Mana tidaknya, di hospital dia ramah dengan pesakit dan serius dengan tugasnya tetapi apabila bab Mukhriz… Dia lakukan sesuatu yang ‘terbalik’.

“Saya nak ustaz jawab soalan sms terakhir saya dulu, baru ustaz boleh balik.”
Jemari Mukhriz sudah di dahi. Apa yang dia nak jawab? Ariana... Ariana.
“Kalau nak kahwin dengan saya, bukan macam ni caranya. Datang jumpa keluarga saya ya.” Hanya itu sahaja jawapan kepada soalan Ariana lewat smsnya. Spontan sebenarnya dia jawab tanpa berfikir apa-apa.
“Ya Allah, ya ke ustaz? Hujung minggu ni juga saya hantar rombongan meminang.” Ariana rasa macam nak terjun sahaja ke tasik buatan tu sekarang ini. Sangat-sangat teruja dan gembira.

DOKTOR Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua orang pening kepala! Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat… Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah. Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Dan, mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz…

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Tuesday 11 March 2014

Suami Tanpa Cinta ~ Syamnuriezmil

"Cinta yang sempurna, bila kita dicintai dan mencintai. Cinta yang sejati, bila kita gembira melihat insan yang kita cintai bahagia walaupun bukan bersama kita. Cinta yang poyo... bila dia cintakan aku, dan aku tahu aku juga cintakan dia, tapi aku tak boleh cakap aku cinta."
Ain Syifa, seorang yang berhati kering. Dia memang langsung tidak punya perasaan tetapi, dia minta dikahwinkan kepada Zaidan Iman tanpa rasa cinta. Dengan cara ini saja, kesempitan antara dua keluarga boleh diselamatkan.

Kata Ain Syifa, "Cinta itu hanyalah emosi dan dia tiada emosi!"
Kata papa, "A successful marriage will make a successful business. So, in order to get both, make sure your marriage is successful."
Kata mama, "Ingat, Aid tu bakal suami Ain, syurga Ain. Jangan buat kahwin macam business."
Kata Ustaz Abdul Rahim, "Dilarang untuk main-main atau bergurau tentang tiga perkara iaitu cerai, nikah dan rujuk. Talak atau penceraian itu ialah sesuatu yang halal tapi yang paling dibenci Allah SWT."
Kata Zaidan Iman, "Belajar cemburu sama tau... cemburu tu tanda pengukur cinta kepada suami atau isteri. Macam ustaz cakap tadi tu, tak ada orang nak bagi syurga dia kepada orang lain."

Apakah perlu ada cabaran untuk mencintai Zaidan Iman? Atau perlu hadir cinta kedua, untuk membuktikan cinta pertama? Tidak sempurna cinta, tanpa dia...
"Tidak sempurna KITA kalau tidak bersama, tapi kalau KITA bersama, ia lebih daripada sempurna."

*****

(SEM) RM30.00 - RM26.40
(S/S) RM33.00 - RM29.00