Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday, 25 March 2014

Anugerah Terindah ~ Sophilea

Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana - Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah… SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan…

-Tak elok lelaki dan wanita yang bukan mahram keluar bersama.- Mukhriz
-Bukan keluar berdua. Saya, ustaz, Kak Marlia, along, Kreisya, lepas tu ustaz nak ajak kawan satu bilik pun tak apa.- Ariana

PELBAGAI perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

…. Saya dah jatuh hati dengan ustaz. Dah jatuh cinta dengan ustaz. Saya tak nak jawapan sekarang, ustaz fikir-fikirkanlah ya. Moga-moga cara memikat style lama ini buatkan hati ustaz terbuka untuk saya. I have a pen. My pen is blue. I have a boyfriend. My boyfriend is you.

MUKHRIZ pening kepala. Ariana lagilah pening kepala. Mana tidaknya, di hospital dia ramah dengan pesakit dan serius dengan tugasnya tetapi apabila bab Mukhriz… Dia lakukan sesuatu yang ‘terbalik’.

“Saya nak ustaz jawab soalan sms terakhir saya dulu, baru ustaz boleh balik.”
Jemari Mukhriz sudah di dahi. Apa yang dia nak jawab? Ariana... Ariana.
“Kalau nak kahwin dengan saya, bukan macam ni caranya. Datang jumpa keluarga saya ya.” Hanya itu sahaja jawapan kepada soalan Ariana lewat smsnya. Spontan sebenarnya dia jawab tanpa berfikir apa-apa.
“Ya Allah, ya ke ustaz? Hujung minggu ni juga saya hantar rombongan meminang.” Ariana rasa macam nak terjun sahaja ke tasik buatan tu sekarang ini. Sangat-sangat teruja dan gembira.

DOKTOR Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua orang pening kepala! Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat… Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah. Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Dan, mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz…

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60