Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 27 November 2015

Dia Putera Mahkota ~ Cahaya Ainn

“Awak ni serius sangatlah. Macam nak angkat sumpah untuk ditabalkan sebagai sultan Indera Mahkota pulak.”

“Kalau betul saya jadi sultan Indera Mahkota, awak nak tak jadi permaisurinya?”

“Awak jadi putera mahkota dulu, baru saya fikirkan.”

Pertemuan tanpa sengaja antara Dahlia Sophia dan Shah aka Tengku Shah Putra di Kota Paris telah mengubah hidup mereka. Dahlia ke Paris setelah kematian tunang tercinta manakala Tengku Shah Putra pula ‘lari’ ke Paris kerana rimas dengan desakan bondanya tentang bakal permaisuri Kerajaan Indera Mahkota. Di Paris, Tengku Shah Putra yang menyamar sebagai rakyat biasa mula menyedari yang dia sudah jatuh cinta kepada Dahlia, gadis misteri yang dia temui di kota Paris. Namun, hati Tengku Shah Putra hancur berkecai apabila Dahlia mengaku yang dia tunangan orang.

“I found you. At last.” ~ Tengku Shah Putra.

Berbulan lamanya Tengku Shah Putra menanggung rindu kepada Dahlia, mereka akhirnya bertemu tanpa sengaja di majlis pertunangan Suria, sepupu Dahlia. Di saat hati Dahlia sudah hampir terbuka mahu menerima Tengku Shah Putra, rahsia identiti lelaki yang hanya dikenali sebagai Shah itu akhirnya terbongkar. Shah sebenarnya putera mahkota Kerajaan Indera Mahkota!
“Berada di sisi awak buat saya menjadi diri sendiri. Saya tenang dan bahagia walaupun awak mungkin fikir saya sudah gila, tapi saya nak awak tahu yang saya sudah jatuh sayang pada awak sejak di Paris lagi.” ~ Tengku Shah Putra.

Namun, kesetiaan Dahlia teruji apabila Riz muncul secara tiba-tiba. Riz yang mempunyai raut wajah yang sama seperti Reza, arwah tunangnya itu betul-betul membuatkan hati Dahlia goyah sehingga gadis itu tegar mengecewakan Tengku Shah Putra.

“Shah, kenapa awak memilih untuk jatuh cinta pada saya?” ~ Dahlia Sophia.
*****
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90