Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Cahaya Ainn. Show all posts
Showing posts with label Cahaya Ainn. Show all posts

Thursday, 10 November 2022

Kerana Dia Suamiku ~ Cahaya Ainn

(SEM & SS) RM29.00 > RM27.00

Alia dan Syah, kawan baik sejak kecil. Suatu masa dahulu mereka pernah berjanji akan berkahwin apabila dewasa nanti. Janji budak-budak. Namun, satu kejadian berlaku, buatkan Alia membenci Syah. Bagi Alia, apa yang dilakukan oleh Syah takkan mampu dimaafkannya.

"It's not that easy, Syah. Apa yang awak pernah buat dulu, takkan tertebus dengan kata-kata maaf. Just... leave. Jangan muncul di hadapan saya lagi." - Alia

Tapi, takdir menentukan segalanya. Takdir jodoh yang telah tertulis antara mereka berdua. Setelah bertahun-tahun, mereka dipertemukan kembali dan kali ini Alia tak mampu nak lari lagi apabila dia didesak menerima Syah sebagai suami. Tidak mahu menghampakan dan mengec​ewakan hasrat kedua-dua orang tuanya, Alia akhirnya pasrah. Pasrah menerima lelaki yang paling dia benci sebagai suami.

"Lia, apa sebenarnya yang berlaku antara kau dengan Syah dulu sampai kau benci betul dengan dia?" - Julia

Bagi Syah pula, perasaannya terhadap gadis itu langsung tidak berubah. Dia masih sayangkan gadis itu sebagai kawan baiknya dan selepas bertemu semula rasa sayang itu menjadi cinta. Namun, Syah akur kerana kejadian lalu antara mereka telah merosakkan segala-galanya.

"Lia, kalaulah... kalaulah kejadian dulu tak berlaku, adakah semuanya akan berubah? Adakah awak... takkan melayan saya macam ni?" - Syah

Apakah kejadian yang telah mengubah hubungan antara Alia dan Syah sehinggakan Alia begitu berdendam dengan Syah? Dan Syah, mampukah dia menawan kembali hati Alia dan memastikan rumah tangga mereka mampu bertahan dan hidup bahagia?​​

Tuesday, 12 October 2021

Love You Encik Hakim ~ Cahaya Ainn

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Terkejut. Keliru. Itulah reaksi pertama Alisa saat bertemu Hakim buat kali pertama setelah setahun berlalu, sejak pertemuan mereka di Granada, Sepanyol. Hakim, yang kononnya berjanji mahu menjemputnya di lapangan terbang, hilang begitu sahaja sehinggalah mereka dipertemukan sekali lagi apabila Alisa berjaya diterima bekerja di syarikat milik Hakim, sebagai setiausaha lelaki itu! Yang peliknya, Hakim langsung tak mengenalinya. Atau lelaki itu sekadar berpura-pura? 

Setiap kali Hakim memandang wajah Alisa, dia merasakan ada sesuatu pada gadis itu. Suatu perasaan yang dia sendiri tak mampu nak ungkapkan dengan kata-kata. Adakah dia sudah mula ada hati terhadap setiausahanya? Mustahil. Tapi, kenapa api cemburu dalam dirinya semakin membara setiap kali dia melihat Alisa berbual mesra dengan Ikram? 

"I think... I'm falling in love... with you." - Hakim 

Hakim tewas. Dia tak mampu lagi mahu menyembunyikan perasaannya. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Alisa pun nampaknya seperti turut sukakannya. Semuanya baik-baik sehinggalah munculnya Aiman. 

“Saya tahu saya mungkin dah buat kesilapan dulu, walaupun ia tak disengajakan. Believe me.” - Aiman 
Alisa keliru. Hatinya mahu memilih siapa? Hakim atau Aiman?

Sunday, 14 February 2021

Cinta Hati Mr. Chocolate Marshmallow ~ Cahaya Ainn

(SEM & SS) RM26.00 > RM24.00

Pertemuan pertama di antara Faliq dan Ayana bukanlah bermula dengan baik. Sangka Ayana, itulah pertemuan terakhir mereka.

“Hello, cik adik. Awak pekak ke?” - Faliq
“Awak apa hal? Tiba-tiba nak cari pasal?” - Ayana

Ternyata sangkaannya meleset apabila mereka terpaksa ‘berpasangan’ demi menyiapkan tugasan berkumpulan. Maka bermulalah hubungan ‘sejuk beku’ dan sesekali ‘perang dunia’ antara mereka dalam menyiapkan tugasan yang diberi.
Perhubungan mereka semakin rumit apabila kedua-dua ibu bapa mereka mahu menjodohkan mereka.

“Aku tak nak kahwin! Faham tak? Tak nak!” - Ayana
“Biar masa dan takdir yang tentukan. Lagipun, kita bukan nak kahwin dalam masa terdekat ni.” - Faliq

Tak punya pilihan, akhirnya Ayana terpaksa setuju. Dengan syarat, tiada sesiapa pun yang tahu tentang perkahwinan mereka dan mereka akan menjalani kehidupan seperti biasa. Bukan seperti pasangan suami isteri yang lain.

Namun, satu kejadian yang menimpa Ayana telah membuatkan Faliq mengambil keputusan untuk

Tuesday, 23 June 2020

Muridku Suami Aku? ~ Cahaya Ainn

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Kewujudan bilik muzik yang dikatakan sebagai kawasan larangan itu telah menemukan Ariana dengan Akmal secara tidak sengaja. Ariana, guru muda yang baru sahaja melapor diri di sekolah tersebut, langsung tidak menduga akan berlaku perubahan besar dalam hidupnya tatkala bertemu dengan pelajar bernama Akmal.

Orang kata, jangan terlalu membenci seseorang, kelak akan jatuh sayang pula. Begitulah yang berlaku antara Akmal dan Ariana.

"Kau... dah buat... aku gila."- Akmal
"Saya tak faham apa yang awak merepek ni. Lepaskan saya..." - Ariana
"Kau tak faham, hah? Kau masih tak faham? Aku dah jatuh cinta dengan kau dan kau masih tak faham?! Kau buat aku jadi gila bayang, asyik teringatkan kau! Dan semua ni salah kau! Perempuan bodoh!" - Akmal

Bagaiamana benci bertukar menjadi sayang? Semua ini berlaku ketika Akmal dan Ariana tersesat di dalam hutan dan menyebabkan mereka terpaksa menghabiskan masa bersama-sama pada malam itu.

Monday, 16 December 2019

Aku Adalah Hawamu ~ Cahaya Ainn

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

“Err, saya... err... tunggu kawan.”
“Tunggu kawan? Siapa?”
“Hawa! Selamat. Bukan Cikgu Adam yang masuk ke kelas...”

Adam Zikri. Disebabkan lelaki ini, hidup Hawa menjadi huru-hara. Apa sahaja yang dilakukan oleh Hawa, pasti tak kena di mata lelaki itu. Lagaknya mereka seperti pernah menjadi musuh tradisi.

Atas kesalahannya, Hawa telah dihukum mengikuti kelas tambahan di waktu petang oleh Adam. Bimbang jika perkara itu diketahui oleh pak cik dan mak ciknya, Hawa terpaksa akur. Menghabiskan masa setiap petang, membuatkan ada satu rasa yang menjengah hati naif seorang Hawa. Namun, disebabkan salah faham, perasaan itu dipendamkan.

“Awak aje yang mampu bawa lari hati saya...” – Adam

Bertahun lamanya, Adam dan Hawa akhirnya bertemu kembali. Ikrar janji dan kata cinta telah dilafazkan, namun semuanya berubah apabila Adam tiba-tiba ‘menghilangkan’ diri.

Monday, 11 March 2019

Cinta Pandang Pertama ~ Cahaya Ainn

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

“I don’t have a groom.”
“I can be yours...”
“Setuju tak?” Sekali lagi Akhbar bertanya.

OMG! Adakah Akhbar sedang melamarnya?

Ditinggalkan di malam pernikahannya sendiri membuatkan Adalia tekad membawa diri ke bumi Kashmir. Tujuannya hanya satu. Untuk mengubati luka di hati. Namun, dia tak menyangka yang kedatangannya ke Kashmir bakal membuka cerita cinta yang baru dalam hidupnya. Pertemuannya dengan Akhbar yang secara tidak sengaja, berjaya membuahkan bibit cinta dalam hati Adalia.

Akhbar, lelaki Kashmir yang mempunyai darah Melayu benar-benar membuatkan Adalia jatuh cinta lagi, buat kali kedua. Layanan Akhbar yang istimewa di mata Adalia, membuatkan Adalia turut merasakan yang Akhbar juga punya perasaan terhadapnya sehinggalah kemunculan Malika, sepupu Akhbar, menyentap Adalia daripada mimpi indahnya.

Monday, 5 November 2018

Tak Mengaku Cinta ~ Cahaya Ainn

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

“You are crazy.” Dada Diana turun naik ketika cuba mengawal kemarahannya.
“Yes, I’m crazy because of you. Come on. Just tell me want do you want? Duit? Barang kemas? Handbag? Hermes? Gucci? Prada? Chanel? You name it. Atau, awak nak saya belikan kereta? Rumah? Just name it.”

Gara-gara ternampak kelibat Diana di kelab malam yang selalu dikunjungi oleh Syafiq, membuatkan jantung lelaki itu tiba-tiba berdegup kencang. Hati lelakinya mahukan gadis misteri tersebut. Sudah berminggu-minggu dia menanti kehadiran gadis itu, namun Diana langsung tidak muncul sehingga memaksa Syafiq mengupah penyiasat persendirian untuk menjejak gadis tersebut.
Pelbagai cara telah digunakan oleh Syafiq bagi menundukkan Diana, namun semuanya sia-sia belaka. Sehinggalah memaksa Syafiq membeli resort tempat Diana bekerja, semata-mata mahu gadis itu sentiasa dekat dengannya.
“Macam ni ke awak mengalu-alukan kedatangan majikan baru awak?” ~ Syafiq.
“Yes, Encik Syafiq. Ada apa-apa yang boleh saya tolong?” ~ Diana.
Syafiq angkat kening. “Kalau saya minta awak temankan saya malam ni, boleh?”

Monday, 27 November 2017

Mentorku Suami Aku ~ Cahaya Ainn

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

“I love you.”

Macam mana lelaki seperti Airil, yang selalu tayang wajah sejuk beku tak berperasaan boleh luahkan kata-kata tersebut kepadanya? Macam mana Airil, yang suka menengking herdiknya, boleh jatuh hati kepadanya?

“Saya tak boleh terima encik.” – Wafa
“Why? Awak dah ada someone special?” – Airil

Aduh! Alasan apa lagi yang dia nak bagi kepada Airil? Semua alasan yang dia beri sebelum ini, langsung tak memberikan kesan pun kepada lelaki itu.

“Saya akan selamatkan awak, kalau awak janji akan terima saya.”
– Airil

Gila! Macam mana Airil boleh buat tawaran begitu sedangkan dia berada di ambang maut? Mamat ini betul-betul dah gila!

“So, apa lagi alasan awak untuk menolak saya?” – Airil

Thursday, 23 March 2017

Jejaka Idaman Hati Saya ~ Cahaya Ainn

(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Hey I just met you
And this is crazy
But here’s my number
So call me maybe?
013-4567890
“Awek mana pulak yang bagi nombor telefon pada kau guna lirik lagu Carly Rae Jepse ni?”

Disebabkan kejadian lima tahun dulu, hidup Razan Atira berubah 365 darjah! Puan Azira, ibunya telah memberikan kata dua iaitu:

A. Kahwin dalam tahun ini juga.
B. Berhenti kerja.

Mana mungkin dia akan memilih pilihan pertama! Sudah terlalu banyak yang dia lalui dan korbankan semata-mata demi mencapai cita-citanya! Jadi, pilihan apa yang dia ada? Namun, apabila melihat siapa calon-bakal-menantu-ibunya, Razan Atira hampir pengsan. Kejadian lima tahun dahulu kembali menerjah dalam kotak ingatannya.

“Ya. Awak setuju dengan rancangan perkahwinan ni sebab awak nak balas dendam ke? Awak nak balas balik atas apa yang saya buat pada awak lima tahun dulu?” ~ Razan Atira.
“Tak sangka awak ingat lagi kejadian lima tahun dulu. Ingatkan dah lupa.” ~ Razin Adi.

Monday, 13 June 2016

Encik Bos Cik PA ~ Cahaya Ainn

“Siapa cakap awak akan pegang position tu lagi? Kan saya dah cakap tadi, awak tak layak untuk position itu.”
“Habis tu?”
Ash merenung wajah gadis di hadapannya itu dalam-dalam. Dia tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat perubahan pada wajah gadis itu apabila diberitahu jawatan yang akan disandang oleh gadis itu.
“Pembantu peribadi saya.”

Disebabkan insiden yang berlaku di kampung Jun yakin bahawa lelaki bernama Ash itu mahu membalas dendam kepadanya. Jadi pembantu peribadi lelaki itu? Huh! Dia lebih rela jadi tukang cuci daripada menjadi PA lelaki itu. Namun, atas desakan hidup, akhirnya dia terpaksa akur dengan jawatan yang ditawarkan itu. Maka bermulalah episod mimpi ngeri seorang Jun.

“Ada ke patut aku pulak yang kena buat air untuk dia. Ingat aku ni tukang gaji dia ke? Tak pun bini dia? Huh.”
“Dah tu memang kerja you. You kan pembantu peribadi dia.”
“Ya ke? Habis tu kalau dia suruh I gosok baju kerja dia, I kena buat jugak ke?”
“Yang tu kalau you jadi bini dia.”

Friday, 27 November 2015

Dia Putera Mahkota ~ Cahaya Ainn

“Awak ni serius sangatlah. Macam nak angkat sumpah untuk ditabalkan sebagai sultan Indera Mahkota pulak.”

“Kalau betul saya jadi sultan Indera Mahkota, awak nak tak jadi permaisurinya?”

“Awak jadi putera mahkota dulu, baru saya fikirkan.”

Pertemuan tanpa sengaja antara Dahlia Sophia dan Shah aka Tengku Shah Putra di Kota Paris telah mengubah hidup mereka. Dahlia ke Paris setelah kematian tunang tercinta manakala Tengku Shah Putra pula ‘lari’ ke Paris kerana rimas dengan desakan bondanya tentang bakal permaisuri Kerajaan Indera Mahkota. Di Paris, Tengku Shah Putra yang menyamar sebagai rakyat biasa mula menyedari yang dia sudah jatuh cinta kepada Dahlia, gadis misteri yang dia temui di kota Paris. Namun, hati Tengku Shah Putra hancur berkecai apabila Dahlia mengaku yang dia tunangan orang.

“I found you. At last.” ~ Tengku Shah Putra.

Berbulan lamanya Tengku Shah Putra menanggung rindu kepada Dahlia, mereka akhirnya bertemu tanpa sengaja di majlis pertunangan Suria, sepupu Dahlia. Di saat hati Dahlia sudah hampir terbuka mahu menerima Tengku Shah Putra, rahsia identiti lelaki yang hanya dikenali sebagai Shah itu akhirnya terbongkar. Shah sebenarnya putera mahkota Kerajaan Indera Mahkota!

Thursday, 19 September 2013

Muridku Suami Aku? ~ Cahaya Ainn

Bermula dengan misteri kewujudan bilik muzik di Sekolah Tinggi Swasta yang dikatakan sebagai kawasan larangan itu, Ariana dengan Akmal ditemukan. Ariana, guru muda yang baru sahaja melapor diri di sekolah swasta tersebut sentiasa ingin tahu kenapa bilik muzik yang dibina di dalam kawasan sekolah itu boleh jadi ‘kawasan larangan’ bagi pelajar-pelajar dan guru-guru. Perasaan ingin tahu yang membuak-buak itu telah merubah nasib Arinana selamanya.

Akmal, pelajar tingkatan enam atas yang digelar sebagai ketua enam jahanam itu begitu ditakuti dan digeruni oleh bukan sahaja pelajar sekolah, malah segelintir guru juga. Pertemuan yang tidak pernah dirancang antara Arianan dan Akmal di bilik muzik itu membawa perubahan yang besar dalam hidup mereka berdua. 

Orang kata jangan kita terlalu membenci seseorang, kelak akan jatuh sayang pula. Begitulah yang berlaku antara Akmal dan Ariana. Sejak pertemuan di bilik muzik itu, mereka bagaikan anjing dan kucing. Kadangkala Arinan takut dan gerun pada Akmal yang macam samseng itu, kadangkala timbul rasa menyampah dalam hati Ariana. 

Namun, bolehkah seorang guru mencintai anak murid sendiri?

*****

(SEM) RM30.00 - RM26.40
(S/S) RM33.00 - RM29.00