Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday 10 November 2022

Kerana Dia Suamiku ~ Cahaya Ainn

(SEM & SS) RM29.00 > RM27.00

Alia dan Syah, kawan baik sejak kecil. Suatu masa dahulu mereka pernah berjanji akan berkahwin apabila dewasa nanti. Janji budak-budak. Namun, satu kejadian berlaku, buatkan Alia membenci Syah. Bagi Alia, apa yang dilakukan oleh Syah takkan mampu dimaafkannya.

"It's not that easy, Syah. Apa yang awak pernah buat dulu, takkan tertebus dengan kata-kata maaf. Just... leave. Jangan muncul di hadapan saya lagi." - Alia

Tapi, takdir menentukan segalanya. Takdir jodoh yang telah tertulis antara mereka berdua. Setelah bertahun-tahun, mereka dipertemukan kembali dan kali ini Alia tak mampu nak lari lagi apabila dia didesak menerima Syah sebagai suami. Tidak mahu menghampakan dan mengec​ewakan hasrat kedua-dua orang tuanya, Alia akhirnya pasrah. Pasrah menerima lelaki yang paling dia benci sebagai suami.

"Lia, apa sebenarnya yang berlaku antara kau dengan Syah dulu sampai kau benci betul dengan dia?" - Julia

Bagi Syah pula, perasaannya terhadap gadis itu langsung tidak berubah. Dia masih sayangkan gadis itu sebagai kawan baiknya dan selepas bertemu semula rasa sayang itu menjadi cinta. Namun, Syah akur kerana kejadian lalu antara mereka telah merosakkan segala-galanya.

"Lia, kalaulah... kalaulah kejadian dulu tak berlaku, adakah semuanya akan berubah? Adakah awak... takkan melayan saya macam ni?" - Syah

Apakah kejadian yang telah mengubah hubungan antara Alia dan Syah sehinggakan Alia begitu berdendam dengan Syah? Dan Syah, mampukah dia menawan kembali hati Alia dan memastikan rumah tangga mereka mampu bertahan dan hidup bahagia?​​