Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 16 December 2019

Aku Adalah Hawamu ~ Cahaya Ainn

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

“Err, saya... err... tunggu kawan.”
“Tunggu kawan? Siapa?”
“Hawa! Selamat. Bukan Cikgu Adam yang masuk ke kelas...”

Adam Zikri. Disebabkan lelaki ini, hidup Hawa menjadi huru-hara. Apa sahaja yang dilakukan oleh Hawa, pasti tak kena di mata lelaki itu. Lagaknya mereka seperti pernah menjadi musuh tradisi.

Atas kesalahannya, Hawa telah dihukum mengikuti kelas tambahan di waktu petang oleh Adam. Bimbang jika perkara itu diketahui oleh pak cik dan mak ciknya, Hawa terpaksa akur. Menghabiskan masa setiap petang, membuatkan ada satu rasa yang menjengah hati naif seorang Hawa. Namun, disebabkan salah faham, perasaan itu dipendamkan.

“Awak aje yang mampu bawa lari hati saya...” – Adam

Bertahun lamanya, Adam dan Hawa akhirnya bertemu kembali. Ikrar janji dan kata cinta telah dilafazkan, namun semuanya berubah apabila Adam tiba-tiba ‘menghilangkan’ diri.

“Hawa, sebenarnya… aku suka kau. Tak… aku sayangkan kau lebih daripada seorang kawan. Senang cerita, aku cintakan kau.” – Hafiz

Kehidupan Hawa bertambah rumit apabila kawan baik sendiri meluahkan perasaan. Tak mungkin untuk dia menerima hati dan pinangan Hafiz apabila hati Hawanya hanya untuk seorang Adam.