NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, 21 March 2016

Hey! Mr. Spotlight ~ Izma Qahiera

Bujang tapi ‘not available’. Meletakkan status dirinya sudah berpunya walaupun sebenarnya dia belum ada teman istimewa.. Azraf Hamidi. Di hatinya sudah tertulis satu nama. Raisya Azzahra aka budak lesung. Setelah lapan tahun berlalu, budak lesung ni muncul semula tetapi tidak mengenalinya. Mustahil! Kalau diikutkan wajahnya tak banyak berubah. Masih lagi kacak. Bergaya. Kenapa Raisya tak kenal dia? Hati mula tak senang.

“Ini sayalah, Azraf. Takkan tak kenal?” – Azraf
“Ooo... Okey... Kenal.” – Raisya
“Yes!”- Azraf
“Encik Azraf ni bos Syarikat Pemadam Api Ghazali Enterprise ni, kan?” – Raisya

Bermula dari situ, pelbagai cara dia buat untuk pastikan ingatan Raisya kepadanya kembali pulih. Semua tidak berhasil. Satu idea nakal mula dibentangkan pada ibunya. Setuju! Ikatan pertunangan antara Azraf dah Raisya telah dimeterai. Tetapi dengan syarat, Raisya tidak perlu tahu siapa encik tunangnya. Hati Raisya mula gundah gulana. Dia pula yang gunakan bermacam akal fikiran untuk putuskan pertunangan. Kerana di hatinya juga tertulissatu nama. Azraf Hamidi.

“Betul ke Raisya kata nak pedajalkan kau?” – Puan Diana
“Dia tak cakap nak pedajalkan orang. Dia cakap nak kenakan bakal tunang dia..."- Azraf
“Bakal tunang dia siapa?” Puan Diana
“Azraf Hamidi.”- Azraf
“Siapa tu?” – Puan Diana
“Oranglah! Apa mak ni? Anak sendiri pun dah tak kenal ke?”- Azraf

Dalam huru-hara itu, akhirnya mereka disatukan. Tersenyum lebar kedua mempelai kerana cinta mereka akhirnya ke jenjang pelamin. Namun, Azraf mula berkerut dahi bila yang dikahwini itu adalah anak emak! Mampukah dia mengemudi rumahtangga yang dibina bila ibu dan ibu mertuanya mula membuat aturan? Dapatkan Raisya menyesuaikan diri dalam keadaan kacau bilau itu? Itulah yang dia akan lalui bila dia jatuh cinta pada silau Mr Spotlight!
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...