NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, 25 March 2016

Jodoh Untukku ~ Anne Wanie

NUR AIN... Jodohnya dipermudahkan. Tidak perlu hendak bercouple, tidak perlu hendak merancang bertahun-tahun. Hanya dengan mengangguk tanda setuju, semuanya sudah siap tersusun. Bukan kahwin paksa, bukan untuk berlakon.

AHMAD FUADI... Suka cakap lepas, kerek dan sinis sudah sebati dalam diri. Sayangnya dia kepada Ain, ditunjukkan dengan cara tersendiri. Baginya, kalau sudah namanya isteri, kenalah terima semua perangai suami.

“Eh, mana kulit ayam ni?” – Ain
“Orang perempuan tak elok makan kulit ayam. Nanti lemak berkumpul kat punggung.”- Fuadi
“Habis, orang lelaki lemak berkumpul kat mana?”- Ain
“Nama aje doktor, takkanlah tak pernah belajar lipid metabolism dulu? Ke kau ni kaki tidur dalam kelas?” - Fuadi.

Namun siapa sangka, kehidupan berumah tangga Ain tidak semudah seperti penyatuannya dengan Fuadi dulu. Kehadiran Sofea dan Danish mula mengucar-ngacirkan semuanya. Menjadi titik mula untuk derita dalam jiwa. 

“Abang ingat, senang ke Ain nak terima semua ni? Now, I wonder, antara Ain dengan Danish, siapa yang lebih penting.”- Ain
“Stop Ain! You’re too much. He’s only two years old. Dia tak ada salah apa-apa. Tak sepatutnya dia terima kemarahan Ain.”- Fuadi

Satu per satu ujian melanda. Memang mampu menggugat iman di dada. Kuatkah Ain untuk menempuh derita? Atau, sudah tiba masanya dia mencari bahagia?

Ikatan yang tercipta, bukan bermakna dia jodoh kita. Mungkin si dia, hanya ujian semata, sebelum jodoh yang sebenar datang kepada kita. - Ain
Kita hanya manusia. Tak ada daya untuk menilik siapa jodoh kita. Sekali ikatan tercipta, dialah jodohku selamanya. - Fuadi
*****
(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...