Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday 26 July 2016

Pseudoscience Watch ~ Ahli Medik dan Para Saintis Gila

Dalam dunia yang penuh dengan Pseudoscience atau Sains Palsu, kita memerlukan sebuah entiti yang tegas, ganas dan intelek untuk bangun dan menentang mereka yang korup ilmu. Maka terciptalah Pseudoscience Watch - sebuah komuniti yang paling dibenci kapitalis bangsat yang mengambil kesempatan dan para pengamal Sains Palsu.

Kami Doktor Perubatan, kami Jurutera, kami Saintis, kami Ahli Farmasi dan kami tak akan berhenti. Kami akan terus bongkar produk Sains Palsu, kami tetap bongkar mereka yang menipu sebagai Doktor Perubatan, Professor, Pensyarah, Ahli Sains atau apa saja.

Godamlah kami, ugutlah kami, ambillah tindakan undang-undang ke atas kami, Sains akan terus menang.

Pesanan kepada pengamal Sains Palsu - We are Pseudoscience Watch, and we are watching you!
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Monday 25 July 2016

Jodohku Abang Doktor ~ Nurfaza Alisya

"Saya Rizz Fahim bin Iswadi. Salam perkenalan daripada saya. Terima kasih sudi terima saya menjadi suami awak. Saya janji akan jaga awak baik-baik lepas kahwin nanti. Saya harap lepas kahwin nanti kita saling belajar untuk mencintai satu sama lain." - Rizz Fahim.

Disebabkan pembohongan emaknya, Puan Zaharah, Che Hannah terpaksa menerima Rizz Fahim sebagai suami apabila lelaki itu melamarnya. Namun begitu, mereka hampir tidak jadi kahwin apabila Che Hannah terkilan dengan sikap emaknya. Hati Che Hannah terasa kosong sebaik berpisah dengan Rizz Fahim, membuatkan dia terus ke hospital untuk melamar lelaki itu kembali.

"Doktor, sebenarnya saya datang sini nak jumpa doktor. Saya dah tersukakan doktor. Lepas saya buat solat istikharah, saya yakin doktor adalah calon suami saya. Calon suami istikharah saya." - Che Hannah

Abang Sado Hati Jambu ~ Aunie Ayunie

Ameer Hayyad lelaki biasa. Pemuda kampung yang ada kerjaya sendiri. Hidupnya cukup sempurna di samping keluarga tersayang dan kekasih hati yang sudah sepuluh tahun menyulam cinta. Malah, mereka sudah bercadang untuk bertunang.

Sikapnya yang terlalu melindungi ahli keluarganya membuatkan dia terlibat dalam masalah alongnya. Daripada mahu menolong, dia terjebak dalam masalah besar. Hayyad yang baran dan pere-ngus bertemu dengan Yuzma yang sombong, bongkak dan suka memberontak. Tiada apa yang manis untuk dibicarakan antara mereka melainkan kebencian semata-mata.

Masalahnya bertambah apabila Tan Sri Mokhtar memintanya untuk menjadi pengawal peribadi kepada Yuzma selama tiga bulan. Separuh rela dia menerima tawaran itu demi alongnya. Yuzma yang ingin melepaskan diri daripada menjadi isteri Edrian merancang sesuatu. Tanpa sengaja, Hayyad yang terjerat.

"Tolong nikahi Yuzma. Saya merayu pada awak." - Tan Sri Mokhtar.

Al-Quran Al-Karim Ar-Riyadh ~ Karya Bestari

Al-Quran Per Kata Berwarna ini tampil sebagai panduan mudah bagi mempelajari Terjemahan Per Kata ayat-ayat al-Quran. Melalui kaedah warna yang digunakan pada setiap patah perkataan sama ada di dalam Bahasa Arab mahupun di dalam Bahasa Malaysia tepat di bawah khat tanpa dipisah dan dipotong pada khat atau tulisan Arabnya.

Dengan pengukuhan kata yang tidak terpisah maka ia dapat memudahkan dan memberikan ketenangan serta kelebihan dalam membaca khat atau tulisan ayat al-Quran yang pastinya lebih besar berbanding yang kebiasaannya terpisah.

Turut dilengkapi Kamus Bahasa al-Quran, Indeks Bertema serta Adab-Adab terhadap al-Quran sebagai nilai tambah istimewa pada mushaf ini.

SPESIFIKASI
Cover: Kulit Keras (Hard cover).
Jenis Kertas: Kertas Khusus al-Quran.
Kategori: Mushaf Tajwid Berwarna, Resam Uthmani, diluluskan oleh Lajnah Tasheh al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia.
*****
(SEM & S/S) RM60.00 > RM52.80

Wednesday 20 July 2016

Teori Konspirasi: Konspirasi Alien ~ Abi Farmadi, Ibnuyaacob

“SEMUA ALIEN DAN REPTILIAN INI HANYA MENGIKUT ARAHAN DARI SEORANG RAJA MANUSIA YANG TINGGAL DI BAWAH GUNUNG SHASTA, CALIFORNIA.”

- Strategi media barat terhadap masyarakat agar mempercayai akan berlakunya Perang Angkasa bersama Alien.
- Pendedahan kru TV Jepun menjumpal piring terbang ketika melakukan siasatan di Area 51, Amerika Syarikat.
- Pendedahan bekas pegawai keselamatan tentang dua jenis bangsa aneh yang berkerja di pengkalan tentera Amerika.
- Perbahasan kajian Muhammad Isa Dawud tentang Carl Lennies yang pernah melawat dunia makhluk bawah tanah.
- Pembongkaran kitab sihir terawal yang ditulis oleh jin pada zaman pemerintahan Nabi Sulaiman.
- Pembongkaran seorang agen rahsia CIA yang berumur ratusan tahun, tidak makan minum dan IQ melebihi manusia normal.
- Penemuan tengkorak aneh berbentuk panjang. Adakah mereka makhluk asing atau umat sebelum Nabi Adam?
*****
(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Seorang Maisara ~ Fitri Lyiana Amir

Payahnya menjadi seorang Maisara. Kerja di pasar pun orang kacau. Berjalan pulang ke rumah pun ada si pasangan Haji dan Hajah tak senang duduk tengok dia berlenggang. Itu belum termasuk Mak Su Kiah. Ada sahaja yang tak kena pada dirinya di mata mereka.

Apabila dia berubah...dicopnya sebagai ahli neraka yang tak sedar diri. Ujian datang semakin menjadi-jadi. Itu belum lagi apabila Firdaus dan Rayyan muncul di Kampung Kenanga. Dijaja cerita yang dia ada skandal dengan salah seorang daripada jejaka tampan dari bandar itu. Difitnah lagi yang dia mengandungkan anak luar nikah...astaghfirullah!

“Sebenarnya, Mira…mengandung.”

Hah hambek! Nak tuduh orang sangat, tengok-tengok anak kesayangan yang memalit noda di wajah keluarga.

Di saat ada yang mula menyedari istimewanya seorang Maisara, lamaran diterima tanpa diduga.

“Kau dengar tu, Rayyan? Kalau kau terlambat, nanti Maisara jadi milik orang lain. Putih mata kau nanti. Bukan calang-calang orang yang hendak bermenantukan Maisara. Aku cadangkan kau lamarlah Maisara tu cepat-cepat sebelum kau menyesal.” - Firdaus

Novel Cinta Suci ~ Suci Hidayat

Asyiknya kisah bahagia yang terlakar di dalam novel-novel cinta. Begitulah juga asyiknya cinta Suci Arianna terhadap lelaki pertama yang menakluk hatinya, Dr. Harazz Hidayat. Betapa dia mengharapkan untuk hidup bahagia di sisi lelaki itu sehinggakan dia mengabadikan impian cinta mereka di dalam manuskrip ‘Novel Cinta Suci’ dan mengharapkan segalanya bakal menjadi kenyataan.

Hakikatnya, kisah cinta dunia nyata tidak seindah kisah cinta dongeng dalam novel tulisannya. Dr. Harazz Hidayat meninggalkan Suci Arianna dalam sekelip mata. Tanpa sebab. Tanpa alasan. Tanpa punca.

“Sayang, terima kasih sebab sudi bagi peluang pada abang. Abang akan buktikan pilihan Suci tak salah. Abang akan jadi lelaki yang terbaik dalam hidup Suci. Abang janji, Suci tak akan menyesal.” – Zarul Rezza.

Tuluskah huluran cinta Zarul Rezza? Lelaki yang selama ini Suci Arianna anggap seperti abang kandungnya sendiri.

“Aku tak peduli. Dan aku rasa kau tak bodoh untuk tahu betapa berdosanya seorang isteri minta cerai dari suami tanpa sebab. Dan kau kena ingat, dosa seorang isteri yang mencintai lelaki lain selain suaminya yang sah. Aku akan tunaikan semua tanggungjawab aku sebagai suami dan aku akan penuhi segala hak kau sebagai isteri. So… tak ada alasan lagi untuk kau minta aku jatuhkan talak.” – Zarel Razzi.

Wednesday 13 July 2016

Kau Princess Aku Okey! ~ Imani Hatta

“Aku tak percaya pada cinta.” – Hakimy
“Me too…” -Raysha

Cinta bukan untuk memiliki. Jihan Raysha belajar daripada pengalaman hidup untuk tidak mempercayai cinta yang hadir. Dia takutkan kegagalan. Disebabkan cinta, dia berpisah dengan adik-beradik kembarnya. Cinta merapatkan dua hati, tetapi disebabkan dua cinta, hati menjadi rapuh. Siapa kata cinta boleh membahagiakan?

Iqram Zafriel membesar dalam limpahan kasih sayang oleh keluarganya. Namun itu bukan bermakna hatinya tidak pernah terluka. Baginya tanpa kepercayaan, cinta tidak akan terjalin. Disebabkan kepercayaan itulah, dia terluka. Hatinya dilukai.

“Esha Ebrahim?” – Puan Sri Tengku Zanariah
“Are you really our Jihan?” – Najmy
“Jelaskan dulu. Apa yang berlaku? Siapa kau? – Hakimy

Mereka bertemu bukan kebetulan. Mereka berpisah disebabkan suratan takdir. Pertemuan mereka bukan dirancang, menanam bibit-bibit rasa yang cuba diusir. Akhirnya mereka bersatu Siapakah mereka? Namun terlalu banyak rahsia yang cuba dirahsiakan daripada pengetahuan Jihan Raysha. Bagi Iqram Zafriel pula, rahsia itu dapat melindungi gadis itu

Projek Seram Pulau ~ Naim Tamdjis, S. Kausari, Illya Abdullah

PUAKA BELULUT – NAIM TAMDJIS
Ia jangan dicari, kelak menyesal apabila ia muncul...
Jirin dan Misran dua orang sahabat baik yang gemar menginap di bangunan atau kawasan yang seram dan mempunyai misterinya sendiri. Mereka akan merakam sambil mengalami kejadian atau perkara aneh. Satu ketika, mereka telah pergi ke Pulau Jerejak. Pelbagai perkara aneh dan menggerunkan terjadi di situ!

FLOR DE LA MAR – S. KAUSARI
Yang tersembunyi jangan dicari atau diganggu
Jurnal yang terjatuh ke tangan tiga orang wanita menyimpan rahsia tentang harta karun pada zaman Kesultanan Melaka yang disembunyikan di Pulau Besar dan di beberapa lokasi lain selepas serangan Portugis. Perjalanan mereka ke pulau itu telah membawa kepada berlakunya pelbagai kejadian misteri dan mistik. Tanpa disedari, bahaya menanti mereka kerana ancaman sebuah sindiket antarabangsa yang berpakat dengan makhluk halus.

MALAM BERDARAH - ILLYA ABDULLAH
Selangkah kau melangkah masuk, sukar untuk kau melepaskan diri!
Percutian yang sepatutnya meninggalkan kenangan indah telah meninggalkan mimpi ngeri buat pasangan suami isteri, Zafril dan Leeanna. Pakej penginapan yang ditawarkan hanya sekadar mengaburi mata mereka. Tanpa disedari, maut sedang menanti mereka di sana. Mereka bakal dijadikan korban untuk ‘penyucian’ tanah resort itu.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Jangan Biar Dia Masuk II ~ A. Darwisy

Rakaman orang minyak terbakar di Istana Budaya telah mencetuskan viral di media sosial. Sekaligus mengheret Ain dan Liana ke kancah sumpahan. Pertemuan dua gadis itu dengan Maya telah membuka satu episod baru yang lebih menakutkan. Sementara itu, Suraya dan Defi terus menjadi pelindung Maya sehingga nyawa mereka jadi pertaruhan. Siri kejadian rogol dan bunuh yang kembali menggemparkan negara, menguatkan hujah akan kemunculan semula Haris. Keprofesionalan Inspektor Intan sekali lagi teruji.

Penghijrahan Ambarsari dan Ambarwati mengikut suami masing-masing ke Tanah Melayu membawa sekali petaka Kepulauan Jawa. Di sini, mereka bertemu semula dengan musuh lama, Lanang. Selain serangan orang minyak, dunia kejahatan bunian menjadikan kampung yang didiami dua beradik Ambar itu porak-peranda. Keadaan semakin kacau-bilau dan mereka tidak mampu lagi melindungi diri sendiri.

Dua keturunan celaru. Dua keturunan semakin terdesak. Dua keturunan berdepan dengan kematian. Sandiwara syaitan terlalu ramai pelakonnya. Siapa lagi yang mereka boleh harapkan? Mampukah semangat gamelan Ambarsari melawan? Mampukah Maya kali ini berdikari dan berjuang untuk nasibnya sendiri?
*****
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Inspirasi Haji: Rahsia Yang Tersimpan ~ Dato' Hj. Md Daud Bin Che Ngah (Karya asal oleh Almarhum Dr. Sayyid Muhammad Bin Alawi

INSPIRASI HAJI, Rahsia Yang Tersimpan mengupas hikmah dan pelajaran di sebalik pelaksanaan ibadah haji. Sejarah dan rahsia pensyariatan ibadah haji wajar diketahui umat Islam agar ibadah haji dapat dihayati sepenuhnya. Pulang dari tanah suci bukan sekadar membawa gelaran Haji/ Hajah, malah suatu amanah supaya sentiasa mendekatkan diri kepada-Nya dan menyeru manusia lain supaya mentaati-Nya.

Antara isi kandungan buku ini:
* Sejarah syariat haji.
* Beberapa rahsia mengenai haji.
* Al-Masyhad al-A‘zham.
* Masjidil Haram dalam al-Quran.
* Keutamaan negeri Makkah.
* Sebab-sebab Makkah menjadi Tanah Haram.
*****
(SEM & S/S) RM40.00 > RM35.20

Pulang Bersama Haji Mabrur ~ Mohamad Zaki Abdul Halim

Mengerjakan ibadah haji memerlukan kita berfikir dan bertindak mengikut arahan. Bagi orang yang berfikir dan berusaha menghayati ibadah ini sepenuh hati dan perasaan, mereka pasti melalui demensi kehidupan yang berbeza. Apabila kita menyelami segala aturannya dengan bersungguh-sungguh, kita bertemu dengan mutiara-mutiara yang indah dan mahal harganya. 

Oleh sebab rahsia yang tersirat ini tidak diteroka, akhirnya mutiara-mutiara itu tetap tersimpan dan terus menjadi misteri. Buku ini memberi jawapannya dalam pencarian haji yang mabrur.
*****
(SEM & S/S) RM19.00 > RM16.70

One Way Ticket: Pergi Tak Pasti Kembali ~ Muhammad Safwatullah, Mohd Fadli

Kata Ayah, jadilah pendakwah bukan pendakwa.

One Way Ticket: Pergi Tak Pasti Kembali membawa kita menroka sisi murni yang berkait dengan usaha dakwah.
Dakwah ini dilakukan oleh seorang remaja dengan bimbingan ayahanda dan bondanya. Berkisahkan perjalanan dakwah dalam mengajak manusia kepada Allah di sebuah tempat yang terpencil. Pahit dan manis dalam perjalanan dakwah ini sudah sunnah dalam perjuangan.

Tiada perjuangan yang tiada rintangan, tiada perjalanan yang tiada halangan.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60