NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, 19 August 2016

Lakaran Cinta di Garis Waktu ~ Luvis Eija

"Kenapa renung saya macam tu? Mulut saya comot lagi ke?" Mulut disapu laju. Mana tahu masih ada lagi sisa aiskrim tadi.
"Awak ni manislah." Jujur Firash. Senyuman mula menguntum di bibir.
"Awak baru tahu ke?"Hanim tertawa manja. Tapi pipi dia tetap merah. Malu sebenarnya.
"Eeii.. Perasannya!" Firash tertawa juga. Bahagia mendengar tawa manja Hanim.
"Awak yg cakap saya manis tadi, okey? Saya ia kn aje.." Bibir Hanim masih senyum-senyum.

Mata Firash masih tetap lurus pada muka Hanim. Dalam kepala mula menghitung berapa banyak masa lagi yang tinggal untuk mereka.

"Hanim.. Kalau kita dah tak bersama nanti awak rindukan saya tak?" Tiba-tiba saja hati melonjak ingin tahu.
Mati terus senyuman di bibir Hanim. Terus mukanya dipalingkan ke arah tasik teratai.

"Cantik kan teratai tu?" Senyuman kelat bermain di bibir Hanim. Soalan Firash dibiarkan sepi tanpa jawapan.

"Hanim?" Firash masih belum berpuas hati.
Hanim tarik nafas panjang. Kali ini mata Firash ditentang dalam.
"Awak memang nak lepaskan saya ke?"
Kali ini giliran Firash pula terdiam. Lama.
"Mmm.. Jom, kita ke sana sebelah sana. Dekat sini dah mula panas." Tangan Hanim ditarik laju. Soalan Hanim dibiarkan sepi juga.
Hanim mengekor tanpa banyak bicara. Nampaknya kini, masing-masing sudah terjerat dengan rasa.
*****
(SEM & S/S) RM23.00 > RM20.20

1 comment:

Kupu-kupu Senja said...

Best! Rugi siapa tak beli.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...