NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, 4 August 2016

Waris ~ Nuris

Deris ternampak dirinya berada di suatu tempat yang sunyi dan sepi. Seluruh kawasan itu ditutupi semak samun. Ada sebuah pondok buruk di hujung-hujung penglihatannya. Tidak jauh dari pondok yang sudah usang itu ada sebuah lubuk. Langkah Deris ditandu menuju ke arah lubuk bersebelahan pondok buruk itu.

Sampai sahaja di lubuk tersebut, dia nampak seseorang sedang berendam di situ. Seorang lelaki yang bertubuh kekar sedang mandi dalam keadaan membelakangkannya. Deris terpasak kaki di tepi lubuk itu. Dia berdiri sambil memerhati. Dalam sekejap waktu sahaja, antara celah-celah semak berdekatan lubuk tersebut, keluar beberapa orang pemuda dengan bertanjak dan berkeris terus menerpa ke arah lelaki yang bertubuh kekar itu.

Pertengkaran bermula antara mereka. Pemuda bertubuh kekar itu cuba melawan. Tetapi dalam keadaan dia berseorangan, berlawan dengan lima orang lelaki yang bersenjata, akhirnya dia tumpas. Keris telah menemui mangsa. Tubuhnya dirodok hingga terburai tali perut. Kemudian jasadnya ditolak ke tengah-tengah lubuk sebelum pemuda-pemuda samseng tersebut menyerbu naik ke atas pondok buruk yang kedudukannya tidak jauh dari situ.

Seorang wanita sarat mengandung telah dikerumuni oleh lelaki-lelaki samseng seramai lima orang itu. Pergelutan telah berlaku antara mereka hingga akhirnya wanita sarat mengandung itu tewas. Perbuatan keji dan jijik telah terjadi antara mereka. Laknat perbuatan lelaki-lelaki samseng itu!

“Kanda, apakah begini akhirnya nasib kita? Kanda dibunuh dengan kejam tanpa rasa bersalah. Dinda diperlakukan bagai haiwan tanpa rasa perikemanusiaan. Apa nasib cahaya mata kita nanti kanda?

Kanda… dinda bersumpah! Mulai hari ini dinda tidak akan membiarkan anak cucu cicit kita mengalami nasib yang serupa. Dinda bersumpah kanda! Cukuplah kita dihina! Cukuplah kita dianiaya! Selepas ini tiada siapa lagi yang akan berani-berani menganiaya keturunan kita!”
*****
(SEM & S/S) RM23.90 > RM21.00

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...