NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Sunday, 30 October 2016

Cinta Han dan Nad ~ Jaja Ahmad

Cinta pandang pertama. Ramai yang percayakan cinta pandang pertama tetapi tidak ramai yang mampu memilikinya. Nadia Aliff, seorang gadis yang kuat dan cekal tetapi hidup di dalam bayangan cinta pandang pertama yang tidak pernah kunjung tiba. Farhan Shah Umar. Saat terpandangkan wajah gadis yang kalut itu, jantungnya mula berdetak laju. Pertemuan demi pertemuan tetapi tidak juga mencambahkan sebarang ikatan.

Dua tahun berlalu, masing-masing masih mencari dalam bisu. Pertemuan yang tidak disengajakan berlaku lagi dan kali ini Farhan melangkah laju, mencari titik mula perhubungannya dengan Nadia.

“Balik lambat ni suami tak marah ke?” – Farhan
“Belum kahwin.” – Nadia
"Tunang tak jemput?” – Farhan
“Tak ada tunang.” – Farhan
“Boyfriend tak temankan ke?” – Nadia
“Doktor nak tahu saya dah berpunya atau belum sebenarnya kan?” – Nadia

Penantian yang lama walau dengan perkenalan yang singkat menyatukan mereka untuk menghalalkan segalanya.
“Jadi, jawapan untuk lamaran saya tu?” – Farhan
“The answer is yes.” – Nadia

Semuanya nampak indah di mata tetapi tiada yang tahu Nadia sedang berperang dengan perasaan duka.
“He is the one who I don't want to talk about. But now he just kept coming into my life just like a nightmare.” - Nadia
“He is a beast I bet.” – Farhan
“He is more than that.”- Nadia

Kemunculan Harlina yang tiba-tiba pula telah merubah Farhan daripada seorang lelaki yang budiman menjadi singa.
“Enough Harlina! Stop calling her sundal.” – Farhan
“No, I tak akan berhenti panggil dia sundal sebab dia memang perempuan sundal. Perempuan tak tahu malu. No! Dia bukan perempuan, dia betina. Betina tak sedar diri. Betina tak sedar di untung. Betina tak ada maruah...” – Harlina

Dalam cintanya ada badai yang melanda. Ada ribut yang datang menerpa. Namun, teguhkah Farhan di kala Nadia dicemuh dan dihina? Dan kuatkah Nadia bila cinta dan kepercayaannya diuji? Farhan berdiri sebagai suami...dan Nadia juga terus berdampingan sebagai isteri. Cinta Han dan Nad merungkai segalanya.
***
(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...