NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, 6 December 2016

Calon Pengantin Untuk Dipilih ~ Hannah Ezaty

(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

“Lil, kau tahu tak kat mana nak cari perempuan serba sempurna yang menepati piawaian aku?” – Carl
“Tahu.” - Akalil
“Kat mana?” - Carl
“Dekat dalam mimpi!” - Akalil

Benarkah perempuan serba sempurna itu hanya wujud di dalam mimpi? Carl tidak percaya malah dia yakin yang cik serba sempurna itu benar-benar wujud dan dia akan meminang gadis tersebut sebaik mereka bertemu. Tetapi bila dia bertemu dengan Rara, hidupnya yang bagai berada di alam fantasi mula huru-hara. Mimpi indah serta lenanya yang panjang terganggu-gugat hanya kerana seorang Rara!

“Ceritakan pada aku siapa kau yang sebenarnya. Kenapa kau ekori aku selama beberapa minggu ni dan apa yang kau mahukan daripada aku?” – Carl

“Sia-sia saja kau buat macam ni. Kau tak akan dapat jawapan apa-apa pun daripada aku. Lepaskan aku. Itu saja yang kau perlu buat.” - Rara

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Rahsia yang selama ini disorokkan oleh Rara pecah. Kerana sebuah janji, Rara terjerat dalam permainan yang dicipta oleh Carl. Kerana sebuah budi, dia terperangkap dalam kemahuan gila Carl.

“Heh, pinang aku? In your dreams, Carliff Andre! Mati hidup semula pun aku tak akan terima kau jadi suami aku. Tak akan! Faham?” - Rara

“Berkali-kali kau mati kemudian kau hidup semula pun aku tetap dengan pendirian aku. Aku takkan lepaskan kau. Faham?” - Carl

Kenapa Carl begitu nekad untuk memilih Rara sebagai calon pengantinnya walaupun Rara bukanlah cik serba sempurna yang diimpikan? Apakah rahsia yang disorokkan oleh Rara sehingga dia terjerat dalam permainan ini?

Kau akan jadi calon pengantin yang aku pilih! Itu janji aku.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...