Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday, 20 December 2016

Namaku Bedah ~ Mohd Shahremy Ikmal

(SEM & S/S) RM23.00 > RM20.20

Namaku Bedah binti Bedul. Nama indah pemberian ibu dan arwah bapa adalah hasil gabungan nama mereka berdua iaitu Bedul dan Hamidah.

Berkali-kali aku meminta daripada ibu supaya dia benarkan penukaran nama. Namun, katanya namaku itu tanda cinta dia dan arwah bapa. Oleh itu, aku tidak dibenarkan sama sekali menukarnya. Boleh ke aku lalui kehidupan aku dengan nama Bedah? Aduh, malunya…Hanya Tuhan saja yang tahu.

“Saya nak gunakan nama Puteri Anis!”
“Puteri Anis? Awak bukannya keturunan raja. Kenapa nak letak perkataan Puteri di pangkal nama awak?”
“Saya ingin gunakan nama Puteri Anis. Keputusan saya muktamad!”

Boleh tak aku nak tukar nama…nama yang glamor lagi? Bolehlah…Bolehlah…

“Terima kasih juga kerana berurusan dengan pihak kami. Semoga Cik Puteri Anis akan gembira nanti.”

Nama Bedah akan lenyap dan biarlah hanya bersemadi dalam diriku. Aku juga akan memberitahu emaknya suatu hari nanti tentang perubahan namaku dan harapaku agar emak juga akan menerima dengan hati yang terbuka. Namun, langit tidak selalu cerah. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya aku yang jatuh ke tanah juga.

Hakikatnya, sampai bila-bila pun tetap NAMAKU BEDAH!