NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Wednesday, 1 March 2017

Waris Dukun Hitam ~ Syikin Zainal

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Embun, pewaris keturunan dukun hitam, seorang dukun yang benar-benar ampuh di zaman silam. Kedua-dua orang tuanya dibunuh oleh neneknya sendiri yakni Nek Kuntum semasa dia kecil. Sejak kecil Embun hanya didedahkan dengan segala macam sihir dan ilmu hitam. Dia diasingkan oleh masyarakat kerana dua sebab. Pertama, kerana Nek Kuntum mahu menyediakan dia sebagai pewaris ilmu tengkorak hitam dan sekali gus menjadi pewaris dukun hitam. Dan yang sebab kedua, kerana dia adalah cucu Nek Kuntum, seorang pengamal ilmu hitam yang ditakuti oleh penduduk kampung. Biarpun begitu, Nek Kuntum selalu sahaja menjadi tempat kunjungan penduduk yang sentiasa mahukan ‘sesuatu’ daripadanya.

Menginjak remaja, Embun mencintai seorang pemuda yang bernama Yusoff. Cinta mereka bersemi seiring dengan usia. Embun sebenarnya tidak mahu bergelar dukun. Dia sekadar mahu menjadi seperti gadis pingitan yang lain, dicintai dan mencintai. Hubungan Yusoff dan Embun diketahui oleh keluarga Yusoff dan Nek Kuntum. Mereka menghalang cinta mereka. Keluarga Yusoff menghalang kerana mereka mendambakan anak Orang Kaya Leman sebagai menantu. Sementara itu Nek Kuntum melarang keranaYusoff seorang pemuda yang bakal menghancurkan harapannya.

“Ya Embun ini. Tadi bilang tidak takut sama hantu. Baru tengok Sentot sudah kecut. Hingga Embun pun abang sudah tidak kenal,” - EMBUN
“Hantu? Mana ada hantu di dunia ini, Embun. Yang ada hanyalah syaitan. Yang tugasnya menyesatkan manusia,” - YUSOFF


Sementara itu, Tok nyang sentiasa menjaga keturunannya daripada menjadi hamba syaitan. Tok nyang dan keturunannya sentiasa menjadi buruan waris dukun hitam. Cintanya pada Embun menyebabkan dia berkelana bersama keluarga untuk mengelak daripada diburu oleh waris dukun hitam. Mak dukun sudah semakin terdesak. Dia sudah terlalu lama menjadi hamba kepada janji yang dimeterai. Menginjak ke usia tua, dia perlu mencari pengganti! Antara Fatin, Aida dan Adzim yang mempunyai pertalian darah. Mereka bertiga adalah waris dukun hitam! Siapakah yang menjadi mangsa perjanjian syaitan ini? Dapatkah pengganti dicari? Nikmatilah cerita Waris Dukun Hitam ini sehingga perkataan tamat untuk temui jawapan yang dicari.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...