NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, 6 June 2017

Oh! My Hubby... Mr. Dentist ~ Bunga Amani

(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Mawar mula merasai ada yang tidak kena dengan sikap kekasihnya Danial. Saban hari sikap Danial mulai dingin dan kerap melupakannya. Namun bukan mudah bagi Mawar untuk menyimpan syak terhadap lelaki itu kerana usia percintaan mereka yang sudah sekian lama. Segala kesetiaan dan kepercayaan tersemat kukuh dihati Mawar buat Danial. Hinggalah saat Mawar menemui sebiji kek indah tertulis 'Awin' di atasnya. 

Hati Mawar mula penasaran dan berkocak. Sah! Danial menipunya selama ini. Memang ada yang tidak kena! Awin kekasih Danial yang baru? Biar sukar hendak percaya tetapi itulah kenyataannya. Biar pedih dan rasa dikhianati,Mawar rela undur diri. Bukan prinsipnya untuk merebut seorang lelaki. Biarpun Danial sedaya upaya menidakkan kenyataan itu.Mawar sudah tawar hati .Dia tambah pula Awin sendiri datang memperkenalkan diri. Makin hancur lumat perasaan Mawar. 

Suatu hari,Mawar mendapat khabar bahawa dirinya sudah ditunangkan dengan seorang lelaki. Tidak marah dengan khabar itu, malah Mawar sendiri merasakan itulah khabar terbaik tika dia rimas dengan gangguan Danial. Megat Mizwar,doktor muda yang tenang dan pendiam. Tidak romantik tapi cemburunya dalam diam-diam. Dia menerima Mawar sebagai isterinya,sebagai bidadari siang dan malamnya. Dia tahu bila lafaz sakinah sudah disahkan, maka Mawar adalah tanggungjawabnya. Biarpun lambat namun dia akan berusaha mencintai Mawar. Cuma... Cuma....bukan mudah bagi Mawar dan Megat Mizwar hendak mengapai bahagia. 

Saat mereka merasakan pernikahan itulah penutup kepada masalah hubungan terdahulu. Satu demi satu ujian menimpa pasangan itu. Ketika cinta mereka mulai membara pelbagai dugaan datang tak disangka. Apakah Mawar mampu mempertahankan mahligainya daripada digoncang tangan-tangan yang punya hasad terhadapnya? Adakah benar Megat Mizwar mencintai Mawar sedangkan hatinya tidak mempercayai isterinya itu?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...