Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday 10 August 2017

Syarah Hadis 40 ~ Imam Ibn Al-'Aththar

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Istimewanya Syarah Hadis 40 ini adalah kerana ia dihuraikan oleh murid kanan Imam al-Nawawi sendiri, iaitu Imam Ibn Al-‘Aththar. Beliau menyebut bahawa Imam al-Nawawi pernah berazam untuk mensyarahkan Hadis 40 yang dihimpun oleh beliau, namun belum sempat hajatnya tercapai, ajal menjemput beliau. Maka Imam Ibn al-‘Aththar meneruskan azam gurunya dengan mensyarahkannya berdasarkan ilmu-ilmu yang beliau pelajari daripada Imam al-Nawawi.

Imam Ibn al-‘Aththar berusaha menukilkan sebanyak mungkin kata-kata Imam al-Nawawi dalam syarahannya. Sudah tentu ia menjadi lebih istimewa kerana hurainnya lebih dekat dengan jiwa penulis asal.