Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 6 October 2017

Dia Jejaka Eksklusif ~ Cik Bawang

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Tangan cuba mengambil kesempatan memegang tangan Mark yang berada di atas meja. Namun pantas Mark menjatuhkan tangannya ke bawah meja membuatkan gadis itu mengeluh kecewa.

Mark terdiam bila tak tahu nak panggil apa calon 52 itu. Terlupa pulak dia nama gadis itu. Sempat lagi dia mengerling Malik dan Zainal yang sudah terkekek-kekek menggelakkan dia. Hish! Menyesal bawak dua malaun itu. Pasti dia akan dibahan nanti. Adui...menyesalnya!

Alina merenung Mark penuh pengharapan bila Mark seperti tidak berminat untuk berbual dengannya.

“Aku tak minat dengan kau. Maaf. Hidup kau akan sengsara kalau kita bersama.” Mark bersuara tanpa nada.

Mark kerling hujung mata Malik yang sedang buat gaya hatinya ditikam bertalu-talu. Ceh! Nak kata Mark kejam la tu. Baik kejam sekarang daripada kejam kemudian hari.

Alina tergamam bila Mark dengan penuh dingin menolak dirinya. Terasa panas pipi dia kerana malu, sedih dan marah dengan kata-kata Mark yang seakan menembak tepat ke hatinya. Tanpa sedikit pun kiasan!

Hati apa la yang lelaki depan dia ni pakai? Hati batu? Tak sensitif langsung dengan perasaan wanita! Gerutu Alina dalam hati.

Tapi hati dah terlanjur suka. Suka sejak empat tahun lalu! Dia dah lama tahu Mark memang lelaki dingin. Cuma baru sekarang dia berkesempatan berbual dengan lelaki itu.

“Mukriez, kita boleh mencuba,” pujuk Alina lagi.

Mark menarik nafas dalam. Dia ingat calon 51 saja yang sengal dan tak makan saman! Rupanya calon 52 pun sama! Tapi yang ini bukan sengal, cuma tak faham bahasa saja. Jenis memaksa.

“Aku cakap aku tak nak!” Mark mula tertekan. Muka dia berkerut-kerut menahan geram.

Alina geleng kepala laju-laju, hujung matanya dah bergenang. Tak boleh bayang dia nanti kalau Mark akan berkahwin dengan perempuan lain. No! Dia tak boleh terima!

“Please Riez. Tolong pertimbangkan I.” Tangan kiri Mark yang terletak di atas meja pantas digapai dan digenggam erat membuatkan Mark terjeda seketika.

“Wei!” Mark mendengus sebal lalu menyentap kuat tangannya daripada genggaman gadis itu tetapi Alina siap menggenggam dengan kedua belah tangan membuatkan Mark tidak dapat melepaskan dirinya.

Malik dan Zainal melopong bila tengok Mark terkena gangguan seksual di tempat awam! Fuyooo! Untung ler ada awek nak pegang tangan. Kalaulah Malik dan Zainal yang terkena, memang kena perempuan tu balik! Aum! Kedua lelaki itu mula berfikiran nakal.

Sedang aksi tarik menarik berlaku, tiba-tiba datang seseorang berdiri di tepi meja mereka.

Serentak Mark dan Alina berpaling melihat gerangan yang berdiri di situ.

Mark macam nak jatuh rahang bila tengok calon 51 dengan muka bengis sudah terpacak di sisi meja makan itu tapi segera dia beriak tenang.

Iris siap merenung tajam tangan Mark yang berada di dalam genggaman Alina. Kurang asam punya perempuan! Bukan Iris tak nampak betapa tak relanya Mark saat gadis seksi itu memegang tangan superheronya itu.

Hish! Saya datang ni. Saya akan selamatkan awak daripada dicabul!

Alina pantas melepaskan tangan Mark. Gerun dia melihat renungan membunuh gadis yang tiba-tiba muncul itu.